Perkahwinan merupakan impian setiap insan yang bernama manusia Islam. Ia menjadi idaman di hati-hati pemuda-pemudi. Nabi S.A.W sendiri menggalakan kepada setiap yang bernama pemuda untuk berkahwin kerana objektif utama kepada perkahwinan adalah untuk menghindarkan diri daripada melakukan maksiat dan berada di dalam ranking utama perbincangan dururiyat al-khamsah maqasid al-syariah.
Di dalam menelusuri bahtera perkahwinan, terdapat banyak isu fikah yang perlu dipelajari oleh setiap yang bernama suami dan isteri. Isu fikah ini penting dan menjadi kefarduan ke atas setiap suami dan isteri kerana perhubungan yang telah sah di dalam satu akad serta disaksikan oleh saksi namun kerana kelompangan pengetahuan boleh menjerumus kepada perkara yang haram dan berdosa. Antara perkara yang ingin dikongsi pada tulisan ini adalah berkaitan perhubungan(jimak) di antara suami dan isteri. 

Setiap suami perlu mengetahui bahawa perhubungan dengan isteri tidak boleh dilakukan semasa isteri di dalam keadaan haid. Ini merupakan dosa kerana isteri berada di dalam keadaan kotor dan tidak suci. Ia berdalilkan kepada firman Allah di dalam surah al-baqarah ayat 222 yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci".

Ia adalah haram dan berdosa besar dengan mengetahui hukumnya, melakukan secara sengaja dan paksaan. Maka, suami tersebut perlu untuk bertaubat dan membayar kafaarah kepada golongan fakir miskin menggunakan mata wang Islam iaitu emas. Hal ini bersandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:
"Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya sedangkan dia sedang haid, jika darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah satu dinar dan jika darahnya kekuningan makah hendaklah dia bersedekah separuh dinar"

Situasi yang sama hukumnya kepada perhubungan dengan isteri yang haid dan telah bersih namun belum mandi wajib. Satu dinar bayaran adalah bersamaan 4.25 gram emas dan separuh dinar bersamaan 2.125 gram emas. Ini adalah merupakan pendapat mazhab shafie yang boleh dirujuk dalam buku iqna'.

Terdapat juga pandangan sesetengah mazhab yang membenarkan perhubungan dengan isteri haid tanpa mandi tetapi sekadar membasuh kemaluan namun menurut Syeikh Yusuf al-Qaradawi:
"Pandangan jumhur telah memutuskan seorang suami tidak dibenarkan untuk menyetubuhi isterinya kecuali telah mandi(mandi wajib) dengan berpandukan kepada ayat al-quran surah albaqarah ayat 222. Wallahualam.

faizeerahaman@ipbputrajaya
Pesta amalan telah berakhir dengan berakhirnya Ramadan dengan tawaran yang pelbagai. Namun, ia bukanlah pengakhiran untuk segala-galanya. Hal ini kerana, matlamat hidup hamba adalah untuk  beribadat dan itulah tujuan manusia dihantar oleh sang pencipta ke dunia.

Momentum untuk melakukan ibadat akan menaik dan menurun. justeru, keperluan untuk memelihara momentum sewaktu di bulan Ramadan untuk diteruskan. Al quran menjelaskan cara bagaimana untuk mengekalkan momentum tersebut. Ia dinamakan sebagai istiqamah. Perkataan istiqamah ini menjadi beban besar di kepala Nabi S.a.w. Hal ini diceritakan di dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas:

"Seorang sahabat telah bertanya kepada Rasulullah apakah yang menyebabkan Rasulullah tua beruban. Kata Nabi: Aku telah diubankan oleh surah Hud"

 Tiada tanggapan mahupun andaian yang bisa membantu seseorang untuk beristiqamah melainkan menuruti dengan patuh rukun yang ditetapkan oleh Allah di dalam surah Hud ayat 112 hingga 115. Rukun pertama yang ditetapkan oleh Allah bagi memenuhi syarat istiqamah adalah jangan kamu  melampau (ولا تطغوا). Telah wujud dikalangan masyarakat kita yang cenderung untuk melakukan perkara yang melampau di dalam agama dengan anggapan bahawa amalan tersebut boleh membawa kepada darjat taqwa. Al quran telah menceritakan kisah kaum bani israel yang melampau dalam kefahaman mereka terhadap agama sehingga Allah menghancurkan kaum tersebut.


Cerita sahabat yang ingin solat malam tanpa tidur, puasa tanpa iftar, dan beribadah tanpa nikah dicela oleh nabi kerana itu bukan perbuatan manusia yang bertuhan. Jika dilihat dari sudut akal, apa salahnya, namun agama bukan disukat menggunakan akal tetapi bersandarkan dalil.Perbuatan mengikut dalil al quran dan as sunnah menjauhkan diri daripada perbuatan yang melampau.

 Rukun kedua yang diajar oleh Allah adalah (ولا تركنوا إلى الذين ظلموا) iaitu jangan cenderung kepada
orang-orang yang zalim. Kecenderungan boleh dibahaskan dalam dua keadaan. Keadaan yang
pertama adalah kecenderungan hati dan emosi kepada manusia yang berlaku zalim. Manakala kecenderungan yang kedua adalah cenderung kepada manusia zalim iaitu kebergantungan kepada penzalim.


Siapa manusia yang zalim? Penzalim boleh jadi orang bukan islam yang menindas, ia juga boleh berlaku di kalangan muslim yang juga berlaku zalim. Manusia yang zalim adalah manusia yang mensyirikkan tuhan, melakukan maksiat dan menindas hak manusia. Namun, adakah kita yang tidak  terlibat dengan kesalahan ini, membiarkan kawan kita yang berada dalam kezaliman? Kita tidak perlu untuk meninggalkan mereka, tetapi berusaha untuk membetulkan mereka dengan syarat hati kita tidak cenderung kepada perbiatan mereka. Mereka perlu didekati atas nama dakwah dengan pendekatan yang pelbagai. Paling sesuai dakwah bilhal demi untuk menjauhi kemungkaran dan kezaliman.

Sejarah menukilkan kisah konsisten atau istiqamah sahabat nabi antaranya Abu Talhah. Beliau terkenal dengan pegangan dan berjuang untuk agama sepanjang hidup beliau. Pada suatu masa, ketika beliau sakit telah datang panggilan jihad. Beliau meminta anaknya untuk mempersiapkan dirinya supaya dapat berjihad. Walaubagaimanapun, hasrat belai ditentang oleh anak-anaknya. Beliau telah membaca ayat 41 dari suraj al Taubah yang bermaksud

" Berangkatlah kamu berjuang dalam keadaan ringan ataupun berat".
Ayahmu telah berjuang bersama Rasulullah, Abu Bakar, dan Omar dan sekarang giliran kami pula keluar berjuang dan beliau diizinkan untuk berperang.

Dalam perjalanan, beliau meninggal dunia dan mayatnya hanya ditanam sembilan hari selepas itu namun anehnya tubuh jasadnya masih dalam keadaan yang baik. Kisah ini dinukilkan di dalam al asas di tafsir karangan Said Hawa. Konsisten beliau sepatutnya dicontohi oleh umat Islam pada hari ini.

"Orang yang baik adalah orang yang sanggup memulakam kebaikan. Orang yang cemerlang adalah mereka yang sanggup konsistem di atas kebaikan. Amal yang baik dan sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada yang banyak tetapi tidak berkekalan"
Momentom ibadat dapat diteruskan daripada satu bulan ibadat kepada sebelas bulan yang lain dengan menurut "petua" yang telah ditunjukkan dalam al quran yang dinamakan sebagai istiqamah. Aisyah meriwayatkan hadis daripada Rasulullah " Sebaik baik amalan adalah yang sedikit tetapi berterusan"

Abu Nawal @Kajang



Allhamdulilah..kita semua sudah berada di punghujung bulan sya'ban. Bulan hadapan kita semua akan menyambut satu bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam iaitu bulan Ramadhan. Nabi S.A.W berdoa denga. doa yang masyhur " Ya Allah berkatilah aku di dalam bulan rejab dan sya"ban dan sampaikanlah aku di bulan Ramadhan".

Ramadhan dianggap sebuah universiti yang akan menghasilkan graduan yang mendapat kelas pertama "taqwa". Graduan yang ingin dihasilkan bukan yang mendapat pengiktirafan dari manusia atau duniawi, tetapi mendapat pengiktirafan rabbani untuk pendidikan hati-hati insan ke arah ketaqwaan dan menjadi insan yang soleh yang mampu digelar ulul albab.

Ramadan yang mendatang perlulah semua mahasiswa mendaftarkan diri mereka. Buatlah checklist bagi memudahkan objektif yang ingin dicapai selama sebulan. Dari Abu Hurairah r.h dari Nabi s.a.w bersabda"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah akan diampuni dosanya yang telah lalu. (Riwayat Muslim)

Antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat ialah mengucap tahniah kerana berjaya sampai ke bulan Ramadan. Sabda Nabi : Telah datang kepada kamu Ramadan, bulan penuh berkat. Allah telah mewajibkan kalian untuk berpuasa. Dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu neraka, diikat para syaitan pada bulan Ramadan. Pada bulan ini terdapat satu bulan lebih baik dari seribu bulan sesiapa yang dimuliakan dengan kebaikannya maka ia telah dimuliakan.(Riwayat Ahamad, disahihkan oleh Syuib Al Arnaouth) 

Masyarakat Arab apabila masuk bulan mulia ini mereka akan mengucapkan Ramadan Kareem, Ramadan alMubarak, Kullu Am Wa Antum Bikhair. 

2) Amalan yang perlu dilaksanakan oleh orang yang berpuasa ialah mesti dijauhi perbuatan mencela, menipu, mengumpat dan menghasut. Pendidikan jiwa perlu dibentuk dalam bulan ini. Sesorang yang berpuasa perlu menahan diri daripada perkara syahwat seperti melihat wanita dan mendengar lagu-lagu dan novel yang melalaikan. 
Sabda Nabi diriwayatkan oleh Imam Bukhari maksudnya: " Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dustandan beramal denganya, maka Allah tidak memerlukannya untuk meninggalkan makan dan minumnya"."

Sabda Nabi juga di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al Bukhari:"Puasa adalah pelindung. Maka janganlah kamu mencarut dan melakukan perkara bodoh. Sekiranya diajak bergaduh, maka katalah: Sesungguhnya aku sedang berpuasa sebanyak dua kali

3) Beriktikaf adalah amalan sunnah Rasulullah. Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 187 maksudnya "Dan janganlah kamu setubuhi mereka ketika kamu sedang beriktikaf di Masjid". Hal ini dikeuatkan dengan hadis nabi yang diriwayatkan oleh imam al Bukhari : " Nabi beriktikaf sepuluh malam terakhir bulan Ramadan. Kemudia isteri-isteri baginda beriktikaf selepas kewafatannya"

4) Kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan di dalam bulan ini kerana Allah memperuntukkan ganjaran tersendiri daripada Nya. Perhatian yang diberikan adalah pahala yang berlipat kali ganda daripada bulan lain. Imam al Bukhari menyebutkan dengan sanad daripada Abu Hurairah dalam hadis qudsi yang maksudnya "Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya puasa untuk aku ( Allah) dan aku yang membalasnya. Perubahan bau bagi orang yang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah berbanding wangian kasturi"

Justeru, rebutlah sebanyak mungkin peluang yang terhidang di depan mata dalam bulan yang penuh keberkatan ini kerana Nabi bersabda :

"Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami berhimpun, lalu nabi menaiki tangga mimbar dan beliau menyebut Amin, ketika naik tangga kedua baginda mengucapkan Amin dan begitu juga halnya di tangga yang ketiga. Ketika Nabi turun dari mimbar kami bertanya kepada Nabi s.a.w sesungguhnya kami mendengar kamu menyebut sesuatu yang belum pernah engkau sebut sebelum ini. Lalu nabi menjawab, sesungguhnya Jibril datang kepadaku dan berbisik dengan katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang apabila disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambut  selawat ke atasny, lalu aku mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke tangga yang ketiga dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibu bapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga lalu aku mengaminkannya." (Hadith Riwayat bazar diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Adab al-Mufrat)


Abu Nawal@Mutiara Apartment, Serdang

Wakaf berasal dari bahasa Arab waqf, iaitu nama terbitan (masdar) dari kata kerja waqafa, ia mempunyai berbagai-bagai-bagai makna mengikut tujuan dan penggunaan ayat itu sendiri. Dari segi bahasa, waqf  memberi makna berhenti (السكن), menegah ( المنع), dan menahan (الحبس)

Ulama fikah sepakat mentakrifkan wakaf mengikut istilah bahasa dengan al-habs ertinya menahan; kerana perkataan al-habs itu lebih hampir kepada pengertian syarak (al-Shabrini 1997). Lebih-lebih lagi perkataan al-habs itu banyak diucapkan oleh Rasulullah s.a.w dalam beberapa hadisnya, antaranya:

حبس الأصل  وسبل الثمرة.

Wakaflah tanah itu dan berilah hasil buahnya sebagai sedekah (al-Shafici, Musnad al- Shafici,). 

al-Dasuqi menjelaskan bahawa tujuan wakaf adalah untuk memberikan manfaat sesuatu harta yang dimiliki kepada yang berhak dengan satu akad dalam jangka masa tertentu, sesuai dengan kehendak pewakaf (al-Dasuqi 1980). Ibn Qudamah pula berpendapat bahawa wakaf adalah menahan yang asal dan memberikan hasilnya (Ibn Qudamah 1972).

Dalil Pensyariatan Wakaf

Menurut Abu Yusuf, Muhammad bin Hasan, Ahmad bin Hanbal dan al-Shafici, wakaf ialah menahan cain mawquf  (harta) sebagai milik Allah atau pada hukum milik Allah dan menyedekahkan manfaatnya ke arah kebajikan dari mula hingga akhir.

Firman Allah taala:

`s9 (#qä9$oYs? §ŽÉ9ø9$# 4Ó®Lym (#qà)ÏÿZè? $£JÏB šcq6ÏtéB 4 $tBur (#qà)ÏÿZè? `ÏB &äóÓx« ¨bÎ*sù ©!$# ¾ÏmÎ/ ÒOŠÎ=tæ ÇÒËÈ  

Maksudnya:

Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sebenarnya sehingga kamu belanjakan sebahagian harta daripada harta yang paling kamu sayangi dan apa sahaja yang kamu belanjakan dari sesuatu, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui (al-Quran, Ali cImran 3: 92).

            Menurut cerita Anas bin Malik, Abu Talhah adalah seorang Ansar yang paling banyak memiliki kebun kurma di Madinah. Antara kebun kurma yang paling disenangi ialah kebun kurmanya di Bairuha’ yang terletak berhadapan dengan masjid. Rasulullah s.a.w sendiri pernah mengunjunginya dan meminum airnya yang sangat nyaman (al-Shabrini 1997).

Apabila diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w, maka Abu Talhah bertemu dengan nabi dan berkata:

قَامَ أَبُو طَلْحَةَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ أَحَبَّ أَمْوَالِي إِلَيَّ بَيْرُحَاءَ، وَإِنَّهَا صَدَقَةٌ لِلَّهِ، أَرْجُو بِرَّهَا وَذُخْرَهَا عِنْدَ اللَّهِ.
Maksudnya:
Sesungguhnya harta yang paling aku sayang ialah hartaku di Bairuha’ dan sesungguhnya hartaku di Bairuha’ itulah yang aku wakafkan ke jalan Allah S.W.T(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari).


Wakaf telah diterima oleh majoriti ulama sebagai amal jariah yang disyariatkan dalam agama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan dan menolak tuntutan amalan wakaf dalam Islam kerana wakaf telah menjadi amalan yang sentiasa diutamakan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w, ahli-ahli ibadat yang suka bersedekah atau membuat amal kebajikan dan ahli-ahli ilmu yang suka mendampingkan diri dengan Allah.
           
Pengurusan harta wakaf telah ditentukan panduannya oleh nabi sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar:

Maksudnya:

Dari Nafic dari Ibnu Umar beliau menyebut bagaimana Umar r.a telah memperoleh tanah di bumi Khaybar. Beliau lalu bertanya kepada Rasulullah s.a.w : “Wahai Rasulullah, saya telah memperoleh tanah di bumi Khaybar yang nilainya tinggi dan tidak pernah saya peroleh yang lebih tinggi nilai daripadanya. Apakah yang tuan nak saya lakukan? Rasulullah s.a.w bersabda : Kalau kamu mahu, bekukan sumbernya dan bersedekah dengannya. Lalu Umar menyedekahkan tanah tersebut kepada fakir miskin, kaum keluarganya, untuk memerdekakan hamba, para tetamu, dana orang musafir. Tanah tersebut tidak boleh dijual, dihibah atau dijadikan pusaka. Tetapi, ia boleh digunakan dengan cara yang munasabah oleh pihak yang menguruskannya. Contohnya, memakan harta tersebut tanpa menjadikannya sebagai sumber harta(Ibn Hajar al-casqolani, Fath al-Bari Sahih Bukhari).

Merujuk kepada hadis, para ulama telah menetapkan 3 prinsip utama wakaf yang perlu direalisasikan iaitu (al-Shawkani t.th):

a)        Harta wakaf tidak boleh dijual.

b)        Harta wakaf tidak boleh diberikan(dihibahkan) kepada orang lain.

c)        Harta wakaf tidak boleh diwarisi.

Ketiga-tiga prinsip ini harus diambil kira supaya nazir wakaf tidak melanggar peraturan wakaf sesuai dengan tujuan untuk pembangunan ekonomi dan kemajuan harta wakaf yang ingin dicapai oleh pewakaf. Bagi setiap pengurusan wakaf, nazir dibenarkan untuk mengambil upah pada kadar yang bersesuaian dan tidak sampai tahap seolah-olah harta milik nazir (al-Shawkani t.th).

bersambung...
            
Assalamualaikum..

Bahang pilihanraya sudah tamat. Keputusan PRU13 sudah diketahui. BN masih lagi menguasai kerajaan Malaysia dengan keputusan majoriti. PR menunjukkan keputusan penguasaan yang semakin meningkat daripada 5 tahun yang lepas. Mengikut statistik, jumlah keluar mengundi juga semakin bertambah. Walauapapun yang berlaku, sesiapa pun yang memerintah ingatlah bahawa kepimpinan itu bukanlah satu penghormatan sebenarnya tetapi ia adalah satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh setiap yang memerintah..Teringat akan kata-kata ulama :
القيادة تكليفالا تشريفا
"Kepimpinan itu adalah tanggungjawab bukanlah satu penghormatan"

Berpeganglah kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari :"Setiap kamu adalah pimpinan, dan setiap kepimpinan itu akan disoal oleh Allah"

Amat besarlah tanggungjawab itu, jadilah seperti Umar Bin Abd Aziz yang kepimpinannya menjadi tauladan setiap generasi. Kepimpinan yang diwarisi oleh kepimpinan Nabi Muhammad dan para Khualafa' al-Rasyidin. Rakyat memilih bukan kerana kacak atau cantiknya anda, tetapi rakyat memilih untuk anda realisasikan keadilan bagi rakyat, tunaikan hak rakyat. Ingatlah susahnya kelak persoalan yang bakal di tanya oleh Yang Maha Esa. Koropsi, Kroni,Rasuah dan sebagainya.

Tahniah kepada yang menang.. Kita tunggu yang ke-14..

"Bersama mengejar Kebaikan."
Abu Nawal@Felda Lepar Hilir 3,Pahang