Alhamdulilah..Hari ni dapat tukar jabatan..Kini, aku sebagai pelajar di Jabatan Syariah, UKM..Sememangnya urusan di Malaysia jauh lebih baik dari di Morocco..Hehe..( Suka belajar kat Malaysia.-Kenyataan berani mati-)..So..sekarang tinggal urusan tambah subjek..Masih berbaki dua subjek tidak dapat ditembusi pendaftaranya.

Esok hari jumaat.Kalo di Mesir, Jordan, Kelantan, dan Kedah cuti..Tapi esok semua rakyat Malaysia dapat cuti umum dek bahang kegembiraan PM, Datuk Najib akan kemenangan skuad Negara, Harimau Malaya..Terima kasih PM..huhu..

Sempat menyoroti status fb rakyat Malaysia,semua melahirkan kegembiraan..Ku soroti blogger-blogger yang tidak ketinggalan untuk mengUpdate isi kandungan tulisan mereka..Tapi paling mengejutkan, Khairul Fahmi punya girlFriend pun dapat tumpang sekaki kepopularan aksi hebat pakwanya..huhu..Blog yang aku jenguki telah mencapai soroton penonton melebihi setengah juta dan folowers yang menghampiri 5000 orang..Wah..memang takjub..Tuan punya blog pon dah naik pening..hehe..Untung badan jadi girlfriend orang famous..Blog dia korang cari la..ramai dah orang bagi link..huh..Adakah khairul fahmi akan menjadi top google search 2011? kita saksikan..


Ayam Jantan Malaysia



Petua yang dapat diamalkan untuk menaikkan kunjungan ramai ke blog anda selain dari isu-isu panas menarik, jadilah isteri kepada seleberiti or suami nescaya anda akan turut diminati..heheh..Selamat Beramal..
Dah lama xupdate..Lama ke.? huhu..Sejak kembali ke dunia pelajar, terasa macam sebuk sangat..Setiap hari ada kelas..ada seminar..ada program..Bese la pelajar baru, kene tahu macam-macamkan..Sekarang ni dalam proses untuk bertukar jabatan, dari jabatan quran dan sunnah ke jabatan Syariah..Moga beroleh kemudahan..

Seputar berkenaan piala suzuki..Semalam menyaksikan di restoren mamak as-salam, kajang..Tahniah tahniah dan tahniah skuad rajagobal..Permainan yang ditunjukan tidak hambar..walaupun kubu skuad negara di gasak berulang kali oleh pemain Indonesia, namun Khairul Fahmi yang sudah menjadi kegilaan wanita malaya tidak menunjukkan keciwaan kepada wanita malaya..hakhak..memang salute la bro, lu main..Safee Sali juga menunjukkan mutu permainan seorang striker yang baik.Tahniah kerana menggondol kasut emas pertandingan..

Namun, aku sedikit keciwa dengan sikap anak muda ( penonton bola sepak semalam ) yang memprovok dan menunjukkan sikap yang tidak manis dipandang..Walaupun ia suatu pertandingan sikap-sikap tidak elok dengan kata lain akhlak yang buruk ditonjolkan menjatuhkan budaya Malaysia yang dipandang manis dan baik sebelum ini.Tidak salah bagi aku untuk menyokong dengan berkobar-kobar namun memprovok dan mencaci fan lawan tidak sama sekali..Kerna sudah tentu akan mendatangkan scene negative kelak..Nasib baik tidak berlaku sebarang petaka malang semalam.Good supporters like england fan's maybe shoulde be reveal...

Ap-apa pun, tahniah kepada pemain muda Malaysia yang bermain baik dan teruskan kualiti permainan supaya kelak dapat menggegam piala Asia pula..Tahniah juga kepada supporters Malaysia..

good game

* Sir Alex Furguson aku rasa mesti kene beli Safee Sali dan Khairul Fahmi untuk menampung Wayne Rooney dan Van Der sar.:D
1. Memilih beg laptop yang sesuai
Ciri-ciri beg laptop yang sesuai:
- Tahan lama
- Mempunyai alas (padding) mencukupi bagi menyerap hentakan
- Tidak terlalu longgar (hingga laptop mudah bergerak)
- Tidak terlalu ketat (hingga boleh merosakkan bahagian laptop)
- Sesuai untuk semua pengguna terutamanya untuk dibawa dalam perjalanan
2. Penjagaan umum
Antara penjagaan umum yang perlu:
a) Jangan campak atau letakkan dengan kasar bagi melindungi bahagian-bahagian dalaman yang sensitif. Hentakan pada laptop anda boleh menyebabkan kerosakan yang serius kepada komponen dalaman termasuk hard disk
b) Jangan penuhkan beg laptop sehingga sendat dengan pelbagai perkakasan yang lain
c) Jangan tindih laptop (sama ada yang terbuka atau yang ditutup) dengan apa-apa sekalipun terutamanya benda berat yang boleh merosakkan bahagian sensitif laptop
d) Gunakan laptop di atas permukaan yang rata dan keras. Elakkan daripada meletak di atas katil atau permukaan yang lembut dan tidak sekata termasuk di atas riba anda untuk jangkamasa yang lama (walaupun laptop itu bermaksud di atas ribaan anda )
e) Jauhkan laptop anda dari sumber magnetik yang tinggi kerana ia boleh merosakkan komponen dan data di dalam hard disk anda
3. Penjagaan skrin
a) Lindungi skrin daripada benda tajam, termasuk menunjukkan dengan benda-benda yang boleh merosakkannya termasuk pen dan pensil. Jika perlu, gunakan pointer mouse untuk menunjuk kepada bahagian tertentu pada skrin. Berbeza daripada monitor PC (yang diperbuat daripada kaca), skrin laptop diperbuat daripada bahan berupa gel yang sensitif.
b) Gunakan fungsi “screen saver” dan “power management” supaya skrin anda boleh berehat ketika tidak digunakan. Fungsi ini berkesan sekiranya anda menggunakan fungsi “screen saver” yang menggelapkan (hitam) skrin, bukan dengan pelbagai gambar yang menggunakan piksel skrin monitor laptop anda.
c) Di samping boleh merosakkan skrin, pen dan pensil juga boleh meninggalkan kesan comot pada skrin. Begitu juga dengan jari anda. Bagi mengelakkan peninggalan kesan yang sukar ditanggalkan gunakan pointer mouse untuk menunjuk sesuatu di atas skrin
d) Gunakan kain atau cecair pembersih yang tidak merosakkan skrin dan laptop anda. Elakkan mengguna kain lembab kerana air yang termasuk ke dalam laptop anda mungkin boleh membawa mudharat.
e) Jangan tutup bahagian atas laptop (skrin) semasa sedang beroperasi. Haba pada laptop boleh merosakkan skrin anda.
4. Penjagaan papan kekunci (keyboard).
a) Lindungi laptop anda daripada habuk dengan mengelakkan ianya terbuka (walaupun dengan suis tertutup) dengan jangkamasa yang lama tanpa digunakan. Ini kerana habuk boleh memasuki ke dalam bahagian dalam melalui keyboard.
b) Jangan terlalu kasar ketika menekan butang atau ketika mengelapnya dengan kain
c) Adalah bagus untuk menyediakan keyboard dan tetikus berasingan bagi mengelakkan penggunaan keyboard dan touchpad secara lebih kerap dan intensif (sesuai jika anda bukan di dalam perjalanan, contohnya ketika berada di rumah).
5. Memindahkan laptop
a) Jangan angkat laptop dengan memegang bahagian skrin, sebaliknya angkat pada bahagian kiri dan kanan dasar dengan mengekalkan kedudukannya
b) Jangan tutup bahagian atas laptop dan membawa secara menegak (seperti di dalam beg laptop) semasa ia sedang beroperasi, kerana ini boleh merosakkan hard disk yang sedang berpusing dan sensitif.
c) Cara terbaik adalah menutup secara “shut down” agar hard disk boleh berada dalam kedudukan yang selamat (parked) sebelum memindah laptop anda
d) Pastikan semua komponen yang disambung telah dicabut dengan cermat, kerana bahagian yang bersambung mungkin boleh rosak atau merosakkan laptop anda semasa pemindahan
6. Penggunaan laptop
a) Jangan biar laptop anda beroperasi telalu lama (lebih daripada satu hari) tanpa rehat. Berikan masa untuk ia berehat dengan “shut down” secara sempurna bagi mengelakkan haba yang berlebihan (overheating) sebelum menggunakannya semula.
b) Jangan tutup bahagian skrin dan jangan simpan di dalam beg laptop semasa laptop sedang beroperasi (walaupan di dalam mod “sleep” ) kerana hanya dengan “shut down” yang sempurna tiada haba yang terhasil dalam laptop anda
c) Jangan biar laptop anda terdedah tanpa pengawasan kerana anda boleh menjadi mangsa kecurian atau pencurian data sulit di dalam laptop anda. Simpan rekod berkenaan laptop anda seperti nombor siri dan model untuk menghadapi kes kecurian laptop anda.
7. Perlindungan daripada air atau wap
a) Elakkan menggunakan laptop berhampiran dengan air termasuk air minuman sejuk atau panas, atau di tempat berisiko terkena hujan (termasuk sebelah tingkap)
b) Elakkan menyimpan laptop anda di tempat yang lembab yang memudahkan jangkitan kulat atau karat dan kerosakan kepada komponen dalaman dan luaran laptop anda
c) Elakkan daripada menggunakan laptop semasa sedang makan atau minum.
Namun begitu jika berlaku tumpahan air ke atas laptop anda ambil langkah berikut
- tutup komputer anda dengan menekan butang “power” dengan segera
- tonggengkan laptop anda untuk membuang saki-baki air yang masih ada
- lapkan saki-baki cecair yang masih ada
- anda boleh gunakan pengering rambut, tetapi pastikan pada jarak dan suhu yang selamat agar tidak merosakkan permukaan dan komponen dalaman laptop anda
- tanggalkan komponen yang bersambung kepada laptop anda termasuk, USB drive, adaptor dan bateri dan lap jika terdapat air
- sebaik-baiknya jangan “on”kan suis laptop anda sebelum mendapat khidmat penyelenggara laptop anda bagi memastikan tiada kerosakan serius, kecuali jika anda telah benar-benar pasti air telah kering dan laptop selamat digunakan (sebaik-baiknya 24 jam selepas kejadian).
- hubungi penyelenggara komputer anda untuk mendapatkan nasihat dan dapatkan pemeriksaan rapi untuk laptop anda bagi memastikan tiada sebarang kerosakan serius atau untuk membaik-pulih sebarang kerosakan
8. Perlindungan daripada panas cahaya matahari
Jangan biarkan laptop anda terbiar di bawah cahaya matahari yang terik ataupun di dalam kereta anda.
9. Tip semasa perjalanan
a) Sekiranya anda menaiki kapal terbang, ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian:
- bawa laptop and ke tempat duduk, jangan letakkan bersama bagasi anda yang lain.
- Jangan bawa laptop anda menerusi alat pengimbas “human metal detector” kerana tahap Xray yang tinggi boleh merosakkan hard disk anda berbanding dengan alat pengimbas bagasi.
b) Sebelum perjalanan, back-up data anda di tempat lain selain daripada laptop anda bagi mengelakkan risiko kehilangan data akibat kerosakan hard disk anda, malah persiapan sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian ke atas laptop anda.
c) jangan gunakan laptop semasa berlaku gegaran kuat, contohnya semasa perjalanan di atas jalan yang kasar dan tidak sekata atau berbongol-bonggol. Ini bagi mengelakkan risiko hard disk rosak akibat gegaran yang berlebihan.
d) Sekiranya anda pergi ke luar negara, periksa voltan negara tersebut bagi mengelakkan spesifikasi yang tidak sesuai dan merosakkan laptop anda (dan barangan elektrik anda yang lain)
e) Sekiranya anda menginap di hotel dan ingin menggunakan modem, pastikan talian telefon itu menggunakan talian analog dengan voltan yang rendah. Talian digital dengan voltan yang tinggi boleh merosakkan motherboard dan modem anda.
10. Penjagaan bateri
Seperti bateri telefon bimbit atau PDA anda, bateri laptop mempunyai jangka-hayat yang rendah tanpa penjagaan yang rapi.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk jangka hayat bateri laptop yang lama:
a) jangan caj bateri laptop anda melebihi had. Sebaik-baiknya tutup suis elektrik apabila bateri laptop telah dicajkan sepenuhnya (100%)
b) penjagaan paling baik adalah dengan menggunakan elektrik apabila bateri telah dicajkan sepenuhnya, tetapi ini agak rumit kerana anda terpaksa menanggalkan bateri anda, atau ada sesetengah laptop yang tidak boleh beroperasi jika bateri ditanggalkan. Gunakan bateri hanya bila tidak sumber elektrik atau bila suis elektrik telah ditutup.
c) ambil langkah mengurangkan penggunaan bateri (apabila laptop anda beroperasi dengan bateri sepenuhnya tanpa sumber elektrik) dengan mengambil langkah-langkah berikut
- kurangkan pengcahayaan pada skrin dengan mengurangkan “brightness”
- elakkan menggunakan bunyi speaker yang kuat
- kurangkan penggunaan CD atau DVD drive
- hentikan (disable) fungsi wireless, Bluetooth dan infrared sekiranya tidak digunakan
- hentikan fungsi “screensaver”, sebaliknya gunakan fungsi untuk menggelapkan skrin setelah beberapa tempoh yang ditetapkan
d) sekiranya anda ada bajet yang lebih, dapatkan bateri laptop tambahan dan cajkan terlebih dahulu, bagi mengelakkan kehabisan bateri apabila sumber elektrik tiada.
11. Waranti
Sekiranya laptop anda masih di dalam waranti, elakkan daripada membuat sebarang tindakan termasuk membuka skru laptop anda untuk melihat bahagian dalaman laptop anda. Sebaik-baiknya terus hubungi penyelenggara yang ditetapkan untuk melihat atau memeriksa sebarang kerosakan.
12. Penyelenggaraan
Sebagaimana kenderaan atau tubuh badan anda memerlukan pemeriksaan selepas jangkamasa tertentu, adalah bijak untuk menghantar laptop anda untuk diperiksa oleh penyelenggara komputer yang pakar tentang laptop anda untuk diperiksa dan dibersihkan komponen bahagian dalamannya termasuk untuk memeriksa segala proses berjalan dengan lancar.
Tip-tip ini berguna sekiranya anda ingin mendapatkan jangka hayat dan prestasi yang berpanjangan untuk komputer anda. Sekiranya anda menukar laptop anda setiap 2 atau 3 tahun sekali (untuk mendapatkan model yang terbaru), tip-tip ini mungkin boleh menaikkan nilai laptop anda semasa anda menukar-beli atau menjualnya sebagai laptop terpakai.

+ kredit to dakjat
Salam Sabtu..Sabtu yang kosong..Rumah yang aku duduk kini berpangkalan di Taman Sepakat Indah, Sg Chua, Kajang..Berdekatan dengan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi..10 minit perjalanan dari UKM. Jemputlah semua untuk berchating-chating, berdating, singgah-singgah ke rumah baru ku sewa ini..huhu..

Hari ini aku keseorangan, roomate semua keluar..Hari cuti macam ini ditambah pula hujang masih berderu-deru turun dari langit membuatkan mata menjadi kuyu je..Aktiviti hari ini sekadar surfing dunia maya..Nanti petang mahu menjamu selera dengan rakan-rakan Ex Morocco, bukan ex girlfriend oke..hehe..

Hari ini diaorang semua mahu masak cous cous..bukan angin kus-kus ye kawan-kawan.Makanan tradisi Morocco, dihidangkan setiap hari jumaat..Wah, memang rindu itu semua..Nak sedap kalau dapat mama rumah sewa masa kat mohammedia masak dulu..memang licin..Tapi ched-chef 'kami' pun xkurang hebat juga menyediakan masakan ini.Setahu aku terdapat beberapa khilaf antara negara-negara africa sana berkenaan siapa punya makanan tradisi ini..Algeria mengaku diorang punya, Tuniasia pon mengaku juga dan sudah tentu Morocco akan turut setia dalam pengakuan ini. Yang penting, setiap dari mereka ini punyai cara masak dan rasa yang tersendiri..

Yang ini memang selalu menjadi santapan dulu kala

Kalau yang ni belum lagi aku cuba, kata cik google gambar ni kat algeria.huhu

Kenangan memang sentiasa mengamit perasan..cewah..berbunga-bunga la pulak..Bila la aku dapat kembali ke negara itu semula..Tunggu ada anak bini dulu la kot,hehe..

Tak pon tunggu aku ada flight yang semewah gambar di atas..Hoho..Boleh landing-landing nyenyak punya tuh..
For more info click here..






Ok la..Selamat beristerirehat semua..
 Assalamualaikum dan bertemu kembali di catatanku..Sudah lama tidak di barikan cerita-cerita mahupun perkongsian dek kesibukan menguruskan urusan master disamping jenguk menjenguk mereka-mereka yang mengidap denggi..Berhati-hatilah anda dengan denggi kerna ia juga boleh membawa maut..

Usai ujian bahasa arab untuk kelayakan master di UKM semalam, aku terus pulang ke rumah dan bersiap-siap ke aktif futsal di Bangi. Sudah lama badan aku tidak di renggang otot2nya..Alhamdulilah..Duduknya aku di Selangor ini melebarkan peluangku untuk beriadah seperti bermain futsal dan bermain badminton..( kalo di Pahang tiada peluang kerna semua rakan-rakan berhijrah ke Kl mahupun selangor untuk belajar mahupon bekerja ).

Tika ini, aku sudah pon di gelar sebagai pelajar..Setelah meninggalkan dunia ijazah dan berehat seketika dari dunia pengejaran ilmu, aku sambung semula.Demi untuk memperoleh satu ijazah lain.Ijazah bukan lah semata-mata. Tapi ilmu yang sangat beharga itu menjadi perebutan. Tika kali pertama menjejak kaki usai pendaftaran di Fakulti Pengajian Islam, aku bertemu penyeliaku,Dr Arif..Berborak dan bertukar cerita, aku merasakan seperti tidak layak untuk meneruskan pengajian,Terasa terlalu kerdil dalam dunia ilmu ini.Berundur bukanlah tindakan macho seorang pejuang..huhu..Moga-moga suasana yang berlaku di sekelilingku mengajar aku dan lebih mendorong aku untuk semuanya..Semoga aku terus dipermudahkan olehnya.

Insya Allah, jika tiada aral melintang, aku akan bergelar seorang postgraduate di UKM selama dua tahun..Allah Musta3an..Sekian.

UKM, Bangi
Mati itu pasti.......
Berat jer tajuk aku..
Kata Syeikh Hassan Al-Basri : Tidaklah pernah aku melihat suatu yang amat pasti ( yakin ) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, ( seolah tidak yakin akan kewujudannya ) lebih daripada perihal kematian.

Umur dan panjang..amalan masih berkurang..Justeru perbanyakkan amalan, kurangkan amalan-amalan yang tidak menjana saham untuk akhirat..
Kita telah hampir untuk memasuki bulan 9 & 10 muharam..Digalakkan sangat untuk kita berpuasa seperti mana sabda nabi S.A.W
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).

Sabda baginda lagi mengenai kelebihan berpuasa pada hari tersebut

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)

Galakan baginda S.A.W seperti mana sabdanya
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).

  Semoga dengan usaha-usaha kita menggelarkan diri sebagai pelumba dalam mengerjakan segala yang mendekatkan kita kepada Allah akan diterima olehnya.Apa yang dikatakan oleh baginda nabi
Sesunggunya amal soleh yang akan menyusul seorang Mukmin setekah dia meninggal dunia kelak iala ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan, anak yang soleh yang dia tinggalkan, mushaf al-quran yang dia wariskan,masjid yang dia bangun, rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan, air sungai  yang dialirkan dan sedekah yang dia keluarkan kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan menyusul dirinya ketiak dia meninggal dunia kelak..( Riwayat Ibn Majah dan al-baihaqi )

Motivasi untuk diri dan yang menyusuri..
Assalamualaikum..

Bangun pagi terus tersenyum..status fb ku pagi ini..napa erk? semestinya sebab kelab bola favorite MANCHESTER United menang mengatasi ARSENAL dengan keputusan 1-0..Setakat ini kelab yang berpangkalan di Manchester ini masih belum kalah..Harapan ingin menjadi sang juara merampas takhta dari kelab yang berpangkalan di kota London, Chelsea punyai sinar..huhu..Macam pengulas berita bola al jazeera pulak rasa...hoho

Menurut pengurus kelab Manchester united, Sir Alex Ferguson kekuatan lini pertahanan merupakan cahaya kemenangan kelab malam tadi..Boleh dilihat di sini ..

Meminati bola antara hobi aku..Hobi yang ku temui setelah melanjutkan pelajaran di bumi Morocco. Morocco negara yang maklum terletak berhampiran dengan Spain merupakan negara yang punyai peminat bola sepak yang ramai. Mereka merupakan fanatik kelab Barcelona dan Real Madrid. Apabila terdapat duel di antara dua kelab ini, kedai-kedai kopi di seluruh Morocco seperti stadium dipenuhi peminat. Kerusi pecah, cawan bertaburan sudah biasa berlaku dek ketaksuban mereka kepada kelab-kelab berkenaan.

Rakyat mereka dari kecil lagi sudah bijak bermain bola sehingga satu tika ketika bersiar-siar di kawasan padang Universiti, aku menyaksikan seorang pelajar perempuan menimbang bola dengan memakai kasut tumit tinggi. Memang mengagumkan..huhu..

Malah mereka punyai pemain-pemain yang berstatus dunia yang bermain di kelab-kelab berpangkalan di France, dan Sepanyol..Terbaru, Maroune CHAMAKH warganegara mereka telah dikontrak bersama kelab inggeris iaitu Arsenal.

Akan tetapi, sepanjang aku berada di sana, mereka belum pernah memenangi Piala Africa. Melalui pemerhatianku, mereka ini punyai skill yang tinggi dan hebat, tetapi mereka kurang berkesefahaman di dalam pasukan.

Pengalaman kami ketika bermain dengan rakan-rakan arab, memang mereka bermain dengan skill dan tinggi dan agak tamak..Kami di buli melalui skil mereka, tetapi kami menghasilkan gol yang banyak melalui gerakan counter attack kami.huhu..Macam hebat pula rasa..

man utd airbus

Agak kecewa hari tu tidak dapat pergi ke Manchester di sebabkan waktu lawatanku yang singkat.

Dream team

Akhirnya untuk anak-anak disebabkan minat babanya yang tinggi..huhu

Bilik anakku..Hoho


Sekian..
Assalamualaikum..

Kembali menulis..wajah baru..Aku lebih suka layout yang bersifat santai dan tidak dipenuhi dengan gadjet yang memberatkan pembaca untuk melayari laman aku ( sapa-sapa yang nak layari ).huhu..Sebabnya, aku ada baca satu artikel dari satu blog menyatakan bahawa blog yang mengandungi gadjet dan widget yang banyak menyebabkan penggunaan saiz giga yang besar kepada pelayar..Lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan berukband broadband..Sebab saiz giga yang diberi hanya 3 giga bagi mereka yang mengambil kadar terendah.So, kita simple tapi nice kan blog kasi mudahkan orang..

Nothing special to share today, just minta kat korang-korang doakan aku untuk dapat menjawab ujian bahasa arab lepas aku daftar master..Ujian untuk tidak menambahkan subjek untuk master kelak..

kene stadi ni..
Mood kene bukak kitab balik lah skunk ni..Nak belajar dah kan..21 hb aku daftar di UKM..24 aku akan menghadapi ujian..Doakan..

kredit to google


Lepas ni kene jadi macam abg kat atas ni la..huhu..Nak perg shopping..Daa..Waalaikumsalam...
Assalamualaikum..Lama tidak berhapdet istana singgah kebanggaan beta ni..Memang tiada kesempatan untuk menambah cerita dek kesibukan aku sebagai manusia..Malam ini pula aku terasa rajin untuk menukar layout istana ini ( orang kata renovate kot )..Tengok lah apa yang jadi nanti.

kredit to facebook kak lilah

+ layan gambar kahwin ex morocco *pengantin lelaki ( casablanca) + perempuan ( rabat )*

+ tidak dapat hadir sebab sebuk renovate istana kawan baik aku tidak berapa sehat

+ semoga korang bahagia..dapat anak comel macam iyyad ( anak abg li dan kak fie :D )
Assalamualaikum dan bertemu kembali..
wa, macam rancangan Tv pulak..Tiada bakat dalam diri aku nak jadi pengacara..huhu..
Aku kembali gembira..Sebabnya? sebab aku dah dapat kembali netbookku..Macam nyawa dah netbook ni..Ditambah dengan dunia yang serba urban ini, manusia memang tidak boleh lari daripada teknologi..Tidak terlepas untuk diriku.Aku amat menyukai teknologi..Gadjet-gadjet..Huuh..memang penasaranlah orang kata..

Ok..Today i would like to share to all of you one of interesting topic i thing which is " Beza Syahid Dunia dan Akhirat"Wah, speaking pulak den..Aiwwah, tajuk ini ku petik dari sebuah majalah dan ingin ku kongsikan dengan sesiapa yang berminat untuk membacanya..

Ulama berbeza pendapat dalam memberi pengertian syahid. Ada yang mengatakan bawah syahid adalah kerana dia disaksikan/diperlihatkan kepadanya syurga. Dikatakan juga bahawa sebab dinamakan syahid ialah roh-roh mereka menyaksikan syurga dan berada di Dar as-salam(syurga) dan mereka hidup di sisi tuhan mereka. Jadi syahid ( al-syahid ) beerti saksi dan juga hadir ( berada ) di dalam syurga. Imam al-qurtubi berkata, " Inilah pendapat yang benar."

Antara pengertian syahid yang lebih tepat menurut Abu Ibrahim al-Mishri ialah, "kerana dia memiliki saksi (syahid) atas kematiannya. Saksi itu ialah darahnya sendri kerana pada hari kiamat nanti ia akan dibangkitkan oleh ALLAH dengan lukanya yang mengalirkan darah."

Syahid terbahagi kepada tiga iaitu 1) syahid dunia akhirat 2) syahid dunia 3) syahid akhirat.

Syahid dunia akhirat


Ialah orang yang terbunuh semasa berperang di jalan Allah dengan ikhlas dan tidak memiliki unsur-unsur riyak dan tidak juga berbuat ghulul ( khianat seperti mencuri harta rampasan perang ). Ia merupakan syahid yang sempurna dan paling utama. Baginya pahala yang agung di sisi Allah taala.

Soal niat ikhlas ataupun tidak hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Manusia hanya menghukum secara zahir bahawa die mati terbunuh di jalan Allah, maka dia layak untuk sebagai syahid, Jenazahnya tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafankan, dan tidak perlu disolatkan, cuma hanya perlu dikuburkan dengan lengkap pakaian yang terbunuh ketika syahid.

Syahid Dunia


Orang yang terbunuh ketika berperang tetapi tidak ikhlas kerna Allah dan bukan kerana menegakkan kalimat Allah. Soal niatnya, manusia selain dirinya tidak ada yang tahu tetapi ketiak jasadnya ditemui terbunuhketika berperang melawan kafir, maka ia dikategorikan sebagai syahid.

Untuk syahid jenis pertama dan kedua, terdapa beberapa pendapat. Menurut pendapat al-ahnaf ( hanafiah ) mereka tidak dimandikan, tidak dikapankan,tetapi disolatkan. Menurut Hanabilah( hanbali ) mereka tidak di mandikan, tidak dikapankan, tidak disolatkan. Menurut pendapat malikiyah ( maliki ) meraka tidak dimandikan,tidak kafankan, tidak disolatkan. Begitu
juga syafiiah

Syahid Akhirat


Orang yang mati kerana lemas, terbakar, sakit taun, sakit perut dan lain-lain. Orang yang termasuk kategori ini dimandikan, dikapankan serta disolatkan.

Diceritakan kepada kami Abdullah bin yusof,diceritakan kepada kami Malik daripada Sumyyin daripada Abu salih daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Syuhada itu ada lima iaitu orang mati terkena deman campak, orang yang mati kerana sakit perut, orang mati tenggelam, orang yang mati tertimpa runtuhan dan yang yang syahid di jalan Allah." ( riwayat al-Bukhari no.2617 )

Mati syahid adalah impin setiap jiwa orang yang beriman. Rasullullah bersabda yang bermaksud : " Sesiapa yang memohon syahadah ( mati dalam keadaan syahid ) dengan sungguh-sungguh, maka sungguh ia akan diberi pahala seperti pahala mati syahid walaupun dia tidak mati syahid." )( riwayat Muslim ni 3531)

Sumber syeikh Google
Maka..kita bagaimana..Allah Allah Allah

* sumber : Majalah Solusi Isu no 21
Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini hari sabtu..Hari sabtu hari orang bercuti..Aku juga seperti servant yang di luar sana. Berehat lagi..dan terus berehat..haha..Orang tiada kerja macam ini lah keadaannya..Mengulang kaji pelajaran, ouh ibu..macam lambat je nak bukak kitab..Mood masih tidak muncul seperti zaman-zaman remaja dahulu..cewah..Tapi kalau bukak fesbook, hohoho..tidak perlu pada mood, tiada mood pun mampu untuk menekan keyboard..huhu..Dunia oh dunia..

Topik...?? tiada topik yang khusus yang hendak dibincangkan..Sekadar mengUpdate blog..Menggerakkan selebrum dan serebrum aku untuk berkerja..Kembali kepada tujuan aku menghidupkan blog yang entah kali ke berapa..kali ke 5 la kot seinggat aku berkecimpung di dalam dunia blogging ini adalah untuk berkongsi-kongsi cerita, ilmu, dan kehidupan yang aku lalui sebagai menggarap revolusi di dalam diri ke arah titik positif. ( macam merepek pulak rasa..huhu)

Netbook aku buat hal..Blue screen ..bersabar je la..tak tau la apa salah aku..Baru dua bulan berada di dalam tangan sudah dua kali dia buat hal. Adakah disebabkan free?? aku dapat percuma disebabkan aku mendaftar stremyx package student ke rumah..Selalunye barang percuma ni paham-paham je la kan..Tapi tangan aku masih tidak gatal untuk mengubah suai netbook seperti aku lakukan pada laktop acer aspire 3620 dulu-dulu...So salah aku kew??huhu

Netbookku..amacam? catchy x.huhu

Takpe la, tinggal dulu cerita netbook, aku dah hantar pada foreman untuk kendalikannya. Harap-harapnya boleh diperbaiki. Semalam aku dapat surat panggilan ke temuduga jawatan tetap Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 bidang penghkhususan Agama/Syariah/Dakwah & Kepimpinan. Gaya jawatan memang mencabar dan menarik la.aku dikehendaki untuk menghadiri temuduga pada 20/Dicember/2010 sehari sebelum aku mendaftarkan diri di UKM untuk program Master. Anda rasa macam mana? patutke aku pergi? rasa macam hendak pergi la..Cari pengalamankan..Tapi kalau tidak pergikan kene blacklist ke nama erk?? ada sapa tau tidak? sebab macam jawatan dari SPA8 aku telepon staf dia kalau tidak menghadiri temuduga tiada masalah..Kalo jawatan dari SPP aka suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ni aku tidak tau la pulakkan...Sahabat-sahabat di luar sana ada tidak yang dapat panggilan nih??kalau ada, text-text la aku er..huhu

Ok lah, sebelum aku menutup pena jom kita dengar lagu kalau berpacaran nyanyian penyayi Malaysia yang membawa mesej-mesej yang mendalam.

Aku sertakan juga lirik yang di copy dari internet

[Sohaimi Mior Hassan]
Kalau berpacaran 
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila 
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula 
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang


Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu 
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran 
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita 
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia 
Ucap syahadah

Okeh..Sekian untuk tika ini..Selamat berehat.
Assalamualaikum w.b.t. Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua umat islam di saentero dunia. Aidil Adha tidak boleh lari dari umat islam yang menunaikan haji, dan juga ibadat korban yang mengingatkan kita kepada pengorbanan nabi ibrahim menyembelih anaknya nabi ismail dan diganti oleh ALLAH seekor kibas.

Ibadat korban merupakan suatu ibadat yang sangat digalakkan di dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah


Firman Allah S.W.T:
“Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (wahai Muhamad) kebaikan yang banyak. Maka Sembahyanglah* engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (korbanmu)”.
(Surah Al-Kautsar Ayat 1-2). 
* sembahyang yang dimaksudkan adalah sembahyang aidil adha

Hukum kita melaksankan ibadat korban adalah sunat muaakad dan bagi keluarga Rasulullah ia adalah wajib sepertimana yang di riwayatkan di dalam hadis
“Diwajibkan ke atas ku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan satu amalan sunat bagi kamu”.
(Riwayat Imam Tirmizi) 
Dalam kita melaksanakan ibadat korban ini terdapat perkara yang mungkin kita telah terlepas pandang yang sudah menjadi rutin kemungkinannya di setiap kali korban yang dilaksanakan..Iaitu larangan untuk menjadikan   daging korban sebagai upah kepada penyembelih, pelapah kerana ia termasuk dalam urusan jual beli dan urusan jual beli korban adalah tidak diharuskan menurut pendapat ulama.Penjelasan mengenainya boleh di peroleh di sini dengan mengklik http://drmaza.com/home/?p=516 .


Mereka yang melakukan ibadat korban disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban tersebut seperti mana sabda Rasulullah maksudnya:
“Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampun bagimu atas dosa-dosa yang telah lalu”.
(Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).
+ Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat korban.
+ Imam Khatib Syarbini di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan korban untuk menyembelih sendiri binatang korban tersebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka untuk menyaksikan penyembelihan itu. Maksudnya ialah menyembelih kambing
atau binatang ternakan seperti biri-biri, kibas untuk anak yang baru lahir khususnya pada hari yang ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum baligh.Hukumnya sunat muakkad.

Ihsan Syeikh Google
Kesimpulannya, ibadat korban yang dilaksanakan bukan lah daging korban yang dipandang oleh ALLAH yang maha memberi, akan tetapi keikhlasan yang lahir dari lubuk hati insan itu yang dipandang dan diangkat olehnya, sepertimana ikhlasnya perngorbanan anak nabi Adam, dan ikhlas nya al-holil nabi ibrahim ketika melaksanakan suruhan ALLAH taala walaupun jika pada pemikiran logik akal manusia ia adalah 'gila'. Namun dengan ikhlas yang sudah sebati menjadikan kekuatan dan sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang yang bersabar..

Kredit to facebook Adly

+ Jom kita tengok takbir raya orang-orang Morocco..Venue : Musolla, Mohammedia
Assalamualaikum..Selamat Malam orang-orang Malaysia dan Selamat Siang untuk orang-orang di Morocco..(kangan bangat sama Maroc) pesal tulis indon ni..hoho


Apa khabar mereka-mereka yang terpandang blogku ini?Harapnya sehat-sehat tidak sakit, lagi-lagi hendak dekat dengan Hari Raya Korban inikan..


Kaabah Bumi Mekah
Arafah..ya bicara hari ini ingin ku sentuh sedikit mengenai hari arafah..Seperti yang kita sudah maklum bahawa hari arafah adalah hari ke-9 dari tergelincirnya matahari hingga terbit fajar hari ke-10 di dalam bulan zulhijjah..Mereka yang menunaikan haji akan berkumpul di padang arafah sepertimana yang telah telah terkandung di dalam rukun haji menurut sunnah nabi s.a.w..


Menurut Dr Wahbah Zuhaily, sesiapa yang berwukuf berada di Arafah pada waktu yang ditetapkan, sudah nyata dikira wukuf, walaupun ia berlalu sahaja, sehinggakan kalau ia tertidur atau pitam sekalipun tidak mengapa. Ini boleh diapplikasi dengan permasalahan diatas iaitu berlalu dengan helikopter, kereta ambulan dan sebagainya pada waktu yang ditetapkan sudah dikira berwukuf. Malah, dikalangan pendapat ulama Mazhab Hanafi, jika orang yang berihram itu tidak tahu bahawa tempat itu adalah Arafah pun masih dikira tidak mengapa..
{Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu/i>. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989}


Arafah dari Udara
Makanya kita yang tidak menunaikan haji, kita disuruh dan amat digalakkan untuk berpuasa pada 9 zulhijjah sepertimana Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Bagi mereka yang tidak mampu untuk puasa pada 9 zulhijjah, mereka boleh untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu pada 8 zulhijjah.Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang sangat besar pahalanya disisi ALLAH taala,begitu juga bagi mereka yang berpuasa Insya ALLAH akan beroleh pahala yang besar disisinya..Manakala untuk mereka yang menunaikan haji tidak disunatkan kepada mereka untuk berpuasa bertujuan bagi mereka lebih kuat dan bertenaga untuk berzikir dan berdoa memohon kepadaNYA.


Sepuluh hari dari hari di bulan Zulhijjah merupakan hari yang besar fadilatnya. Allah menciptakannya kelebihan berbanding hari-hari yang lain. Bahkan Allah Taala bersumpah dengan harinya, firmanNya: Demi Fajar dan dan sepuluh malam (Surah al-Fajr) dan maksud sepuluh malam itu ialah sepuluh hari pertama bulan Zulhijah.


Dan sepuluh hari akhir ini merupakan ciptaan Allah yang terbaik, sebagaimana dalam riwayat dari Nabi SAW yang bersabda: "Hari yang terbaik dan dicintai Allah adalah hari raya Korban dan hari al-Qirr”. Apa yang dimaksudkan hari raya Korban itu adalah 10 Zulhijjah manakala hari al-Qirr pula ialah istiqrar atau menetap di Mina.


Dakwaan yang mana baik antara dua malam tersebut boleh dilihat dari pandangan tokoh ulama Islam iaitu:
Syeikhul Islam Ibn Taimiyah menjawab:
Siang hari awal 10 bulan Zulhijjah lebih baik daripada siang hari 10 akhir Ramadan. Manakala malam akhir 10 Ramadan adalah lebih baik dari 10 malam awal Zulhijjah. - kitab Majmuk al-Fatawa.



Kita juga digalakkan untuk melakukan amalan-amalan baik yang lain seperti perbanyakkan zikir, bersedeqah dan bertilawah al-quran, melakukan solat-solat sunat disamping menjauhi dari mendekati maksiat.Kita juga digalakkan untuk bertakbir membesarkan nama ALLAH sepertimana ibn syaibah menyebutkan bahawa Ali Karamallah wajhah menyatakan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat subuh hari arafah sehingga hujung asar hari raya ke-3 tashriq.


Manakala, berkenaan dengan takbir Dr Yusof al-qardawi mengelaskan takbir kepada dua iaitu takbir mutlaq dan muqoyyad.Takbir muqoyyad adalah takbir di dalam solat manakala takbir mutlaq adalah takbir yang diucap di masjid-masjid, jalan-jalan ataupun di pasar-pasar.Ini adalah takbir yang di guna pakai pada hari aid.Sebagaimana sahabat-sahabat nabi S.A.W seperti ibnu umar bertakbir di jalan dan orang di sekeliling mereka juga bertakbir.

Berkenaan dengan sebutan takbir, tiada yang jelas dari nabi S.A.W tetapi apa yang disahihkan oleh ulama' dari Salman al Farisi كبروا الله، قولوا: الله أكبر الله أكبر كبيرا. وورد عن عمر وابن مسعود رضي الله عنهم جميعا قال مثل هذه الصيغة: الله أكبر. الله أكبر لا إله إلا الله. والله أكبر. الله أكبر ولله الحمد
Begituhlah apa yang digunakan oleh umat islam seluruhnya.


Morocco adalah antara negera arab yang akan menyambut hari raya aidil adha dengan meriah.Pabila menjelang hari ini, rakyat sudah sibuk untuk mencari kambing ataupun kibas untuk dikorbankan pada hari raya aidil adha..Suasana yang meriah dengan laungan manja, sedih, gembira si kambing-kambing dapat didengari diseluruh pelusuk tanah Morocco.Anak-anak mereka akan sebuk bertanya berapa ekor kambing yang terdapat di dalam rumah kawan mereka berbanding kita di Malaysia yang sebuk bertanya berapa pasang baju raya yang dibeli untuk hari raya.
Suasana menarik kambing Di Mohammedia, Morocco


Kami pelajar-pelajar Malaysia tidak ketinggal meraikannya dengan dihadiahkan kambing setiap kali perayaan aidil adha menjelang..Seperti aku di Mohammedia, memang tidak pernah kami tertinggal untuk mendapat hadiah kambing, dan paling banyak kami dapat adalah 4 ekor.




Gamba kami selesai solat Di Mosola ( Padang lapang )


Semoga mereka yang ke sana beroleh Haji Mabrur di sisiNYA..Mak Long, Ayah Long selamat-selamat di sana..
Sekian..Terima Kasih
Assalamualaikum...

Hari ini cuaca mendung-mendung gitu..Suasana mempengaruhi diri untuk lena barang sekejap..Tetapi laungan suara mama untuk membantu bercucuk tanam di belakang rumah mematikan suasana indah itu..huhu..
Hujan kian menjadi-jadi kebelakangan ini, yelakan, dah masuk musim tengkujuh, musim banjir, musim gunung berapi ( nauzubillah mindhalik ).

Di Pahang, melaui berita dikhabarkan sudah mengambil langkah berjaga-jaga kerna bila-bila masa sahaja akan berlaku banjir..Penyediaan bahan makanan dan tempat tidur sudah disiapkan bagi mengatasi masalah ini..Kalau di Morocco pula lain keadaannya, winter adalah musim sekarang ini, kami sudah mengambil langkah membuka almari mencari baju-baju tebal..Sesuana winter amat ditunggu kami student foreigner walaupun terpaksa mengikat bibir, tidak mandi..Ini lah dunia yang ALLAH maha Bijaksana menciptanya..Ada kelebihan dan ada kekurangan..Kita sebagai manusia tidak lepas dari untuk sentiasa bersyukur kerna ketentuan ALLAH itu maha Bijaksana..


Renungkan maksud firman Allah s.w.t. dalam surah Az-Zariat ayat 20-21, "Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang yakin, dan juga pada dirimu sendiri.


Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya dunia adalah manis menghijau; Senang hati melihatnya;.Bahawasanya Allah memilih kamu untuk menguasainya, maka Dia sentiasa memilih kamu untuk menguasainya, maka Dia sentiasa memerhatikan apa yang kamu lakukan.” (Riwayat Muslim). 
Sepanjang kita meneruskan hidup dan meneroka dunia yang tiada sempadan marilah kita barang sekejap untuk merenungi firman ALLAH surah Ali-Imran, ayat 191
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api Neraka'."
Maha suci engkau Tuhanku, aku bersyukur kepadamu kerna memberikan aku peluang untuk melihat dunia, memberikan rezeki untuk dibuka mindaku, menjadikan aku lebih terbuka dalam menganalisis keadaan..
Firmannya lagi di dalam surah Ibrahim ayat 7
 “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.”
Kita diajar untuk bersyukur, erti kata lain berterima kasih kepada maha pencipta dengan apa yang dianugerahkannya kerna ALLAH berjanji akan menambah lagi keberkatan rezeki kita dan jangan sekali kita berputus asa dalam berusaha..Bertawakal adalah jalan terakhir setelah doa dan usaha di lakukan..Sabda nabi S.A.W yang bermaksud :

 “Tidaklah kekayaan itu dgn banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.”
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ihsan dari Syeikh Google

Renungan dan peringatan kita bersama kerna peringatan itu adalah perisai orang mukmin.Untuk adik-adik di luar sana jangan jadikan banjir itu sebagai satu Permainan, kerna banjir itu adalah bencana ( ujian darinya ), selamatkan diri anda sebelum anda diselamatkan..



Ihsan dari Syeikh Google
Sekian..Daa..

 
 
 
Selamat pagi guys..

Selamat bercuti kepada mereka yang bercuti hari ni..Aku memang sudah bercuti, habis kontrak kerja ( padahal memang dah xdiperlukan ). yeah, sebelum ni aku bekerja dengan sebuah syarikat Consaltancy di Pelabuhan Klang. Kerja memang seronok dan enjoy. Bidang kerja lebih kepada menganalisis masalah-masalah yang dihadapi penduduk setempat dan cari jalan untuk menyelesaikan ( kira macam YB la..hehe ).

-akan diceritakan bidang kerja ku dengan lebih panjang di coretan lain..tungguuu...( macam suprise jee )

So, today nothing to story.Just semalam aku seharian menDONWLOAD antivirus BITDEFENDER, tapi malangnya mende alah lain yang keluar, jemmm kejap kepala..Mana taknya, bukan main besar lagi saiz, ditambah dengan kelajuan internet kat Malaysia yang dah memang superb  lembap..( Minta maaf cakap..huhu)..

 rupa parasku.:D

Oleh itu, aku decide nak pergi shoping-shoping kat bandar kuantan jap lagi, buat hilang tension ini..ceh..
( orang perg sembahyang sunat ke, baca quran ke, baru la betol..faizee faizee....)huhu..
Lagi satu Part, hari ini senior aku kat Morocco dulu (MOHAMMEDIANS) akan jadi Raja Sehari hari ini..Mohd Faizal bin Rais dan Fatimah..
So, sekalung tahniah untuk anda berdua, ( lama bercinta ni..respek, suspek la..hehe )..Semoga kekal hingga ke akhirat kelak..Dapat baby chumel-chumel..sory tak dapat datang, transport takde la abg..Renungi hadis nabi s.a.w :
وقال صلى الله عليه وسلم : ( ثَلاثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللَّهِ عَوْنُهُمْ : الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، وَالْمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ الأَدَاءَ ، وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ ) رواه الترمذي (1579) والنسائي (3166) وابن ماجه (2509) والحديث حسنه الألباني في صحيح ترمذي 
Jom ikut ajakan Maher Zain : 'Let’s raise our hands and make Du’a, Like the Prophet taught us , And with one voice, Let’s all say, say, say'
 بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Okeh..itu sahaja untuk saat ini..Slamah..



Assalamualaikum..

Sudah lama meninggalkan dunia blogging, tapi hari ini terdetik pula niat  untuk menulis dan berkecimpung di dalam dunia ini kembali..

Sekadar untuk mengisi masa lapang dan berkongsi-kongsi cerita setelah menamatkan pengajian di Universiti Hassan II, Mohammedia Morocco mei lalu..

Sekadar itu sahaja di permulaan bicara..

Mari renungi kata-kata motivasi ini



"People often say that motivation doesn't last. Well, neither does bathing - that's why we recommend it daily."
~ Zig Ziglar