10:34 PM |
Category:
Ingat Mengingati
|
0
kritikan
Assalamualaikum dan bertemu kembali..
wa, macam rancangan Tv pulak..Tiada bakat dalam diri aku nak jadi pengacara..huhu..
Aku kembali gembira..Sebabnya? sebab aku dah dapat kembali netbookku..Macam nyawa dah netbook ni..Ditambah dengan dunia yang serba urban ini, manusia memang tidak boleh lari daripada teknologi..Tidak terlepas untuk diriku.Aku amat menyukai teknologi..Gadjet-gadjet..Huuh..memang penasaranlah orang kata..
Ok..Today i would like to share to all of you one of interesting topic i thing which is " Beza Syahid Dunia dan Akhirat"Wah, speaking pulak den..Aiwwah, tajuk ini ku petik dari sebuah majalah dan ingin ku kongsikan dengan sesiapa yang berminat untuk membacanya..
Ulama berbeza pendapat dalam memberi pengertian syahid. Ada yang mengatakan bawah syahid adalah kerana dia disaksikan/diperlihatkan kepadanya syurga. Dikatakan juga bahawa sebab dinamakan syahid ialah roh-roh mereka menyaksikan syurga dan berada di Dar as-salam(syurga) dan mereka hidup di sisi tuhan mereka. Jadi syahid ( al-syahid ) beerti saksi dan juga hadir ( berada ) di dalam syurga. Imam al-qurtubi berkata, " Inilah pendapat yang benar."
Antara pengertian syahid yang lebih tepat menurut Abu Ibrahim al-Mishri ialah, "kerana dia memiliki saksi (syahid) atas kematiannya. Saksi itu ialah darahnya sendri kerana pada hari kiamat nanti ia akan dibangkitkan oleh ALLAH dengan lukanya yang mengalirkan darah."
Syahid terbahagi kepada tiga iaitu 1) syahid dunia akhirat 2) syahid dunia 3) syahid akhirat.
Syahid dunia akhirat
Ialah orang yang terbunuh semasa berperang di jalan Allah dengan ikhlas dan tidak memiliki unsur-unsur riyak dan tidak juga berbuat ghulul ( khianat seperti mencuri harta rampasan perang ). Ia merupakan syahid yang sempurna dan paling utama. Baginya pahala yang agung di sisi Allah taala.
Soal niat ikhlas ataupun tidak hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Manusia hanya menghukum secara zahir bahawa die mati terbunuh di jalan Allah, maka dia layak untuk sebagai syahid, Jenazahnya tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafankan, dan tidak perlu disolatkan, cuma hanya perlu dikuburkan dengan lengkap pakaian yang terbunuh ketika syahid.
Syahid Dunia
Orang yang terbunuh ketika berperang tetapi tidak ikhlas kerna Allah dan bukan kerana menegakkan kalimat Allah. Soal niatnya, manusia selain dirinya tidak ada yang tahu tetapi ketiak jasadnya ditemui terbunuhketika berperang melawan kafir, maka ia dikategorikan sebagai syahid.
Untuk syahid jenis pertama dan kedua, terdapa beberapa pendapat. Menurut pendapat al-ahnaf ( hanafiah ) mereka tidak dimandikan, tidak dikapankan,tetapi disolatkan. Menurut Hanabilah( hanbali ) mereka tidak di mandikan, tidak dikapankan, tidak disolatkan. Menurut pendapat malikiyah ( maliki ) meraka tidak dimandikan,tidak kafankan, tidak disolatkan. Begitu
juga syafiiah
Syahid Akhirat
Orang yang mati kerana lemas, terbakar, sakit taun, sakit perut dan lain-lain. Orang yang termasuk kategori ini dimandikan, dikapankan serta disolatkan.
Diceritakan kepada kami Abdullah bin yusof,diceritakan kepada kami Malik daripada Sumyyin daripada Abu salih daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Syuhada itu ada lima iaitu orang mati terkena deman campak, orang yang mati kerana sakit perut, orang mati tenggelam, orang yang mati tertimpa runtuhan dan yang yang syahid di jalan Allah." ( riwayat al-Bukhari no.2617 )
Mati syahid adalah impin setiap jiwa orang yang beriman. Rasullullah bersabda yang bermaksud : " Sesiapa yang memohon syahadah ( mati dalam keadaan syahid ) dengan sungguh-sungguh, maka sungguh ia akan diberi pahala seperti pahala mati syahid walaupun dia tidak mati syahid." )( riwayat Muslim ni 3531)
Maka..kita bagaimana..Allah Allah Allah
* sumber : Majalah Solusi Isu no 21

![]() |
Sumber syeikh Google |
* sumber : Majalah Solusi Isu no 21
3:14 PM |
Category:
Ingat Mengingati
|
0
kritikan
Assalamualaikum w.b.t..
Hari ini hari sabtu..Hari sabtu hari orang bercuti..Aku juga seperti servant yang di luar sana. Berehat lagi..dan terus berehat..haha..Orang tiada kerja macam ini lah keadaannya..Mengulang kaji pelajaran, ouh ibu..macam lambat je nak bukak kitab..Mood masih tidak muncul seperti zaman-zaman remaja dahulu..cewah..Tapi kalau bukak fesbook, hohoho..tidak perlu pada mood, tiada mood pun mampu untuk menekan keyboard..huhu..Dunia oh dunia..
Topik...?? tiada topik yang khusus yang hendak dibincangkan..Sekadar mengUpdate blog..Menggerakkan selebrum dan serebrum aku untuk berkerja..Kembali kepada tujuan aku menghidupkan blog yang entah kali ke berapa..kali ke 5 la kot seinggat aku berkecimpung di dalam dunia blogging ini adalah untuk berkongsi-kongsi cerita, ilmu, dan kehidupan yang aku lalui sebagai menggarap revolusi di dalam diri ke arah titik positif. ( macam merepek pulak rasa..huhu)
Netbook aku buat hal..Blue screen ..bersabar je la..tak tau la apa salah aku..Baru dua bulan berada di dalam tangan sudah dua kali dia buat hal. Adakah disebabkan free?? aku dapat percuma disebabkan aku mendaftar stremyx package student ke rumah..Selalunye barang percuma ni paham-paham je la kan..Tapi tangan aku masih tidak gatal untuk mengubah suai netbook seperti aku lakukan pada laktop acer aspire 3620 dulu-dulu...So salah aku kew??huhu
![]() |
Netbookku..amacam? catchy x.huhu |
Takpe la, tinggal dulu cerita netbook, aku dah hantar pada foreman untuk kendalikannya. Harap-harapnya boleh diperbaiki. Semalam aku dapat surat panggilan ke temuduga jawatan tetap Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 bidang penghkhususan Agama/Syariah/Dakwah & Kepimpinan. Gaya jawatan memang mencabar dan menarik la.aku dikehendaki untuk menghadiri temuduga pada 20/Dicember/2010 sehari sebelum aku mendaftarkan diri di UKM untuk program Master. Anda rasa macam mana? patutke aku pergi? rasa macam hendak pergi la..Cari pengalamankan..Tapi kalau tidak pergikan kene blacklist ke nama erk?? ada sapa tau tidak? sebab macam jawatan dari SPA8 aku telepon staf dia kalau tidak menghadiri temuduga tiada masalah..Kalo jawatan dari SPP aka suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ni aku tidak tau la pulakkan...Sahabat-sahabat di luar sana ada tidak yang dapat panggilan nih??kalau ada, text-text la aku er..huhu
Ok lah, sebelum aku menutup pena jom kita dengar lagu kalau berpacaran nyanyian penyayi Malaysia yang membawa mesej-mesej yang mendalam.
Aku sertakan juga lirik yang di copy dari internet
[Sohaimi Mior Hassan]
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya
ulang chorus
[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya
ulang chorus
[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Okeh..Sekian untuk tika ini..Selamat berehat.
11:33 AM |
Category:
Conteng
|
0
kritikan
Assalamualaikum w.b.t. Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua umat islam di saentero dunia. Aidil Adha tidak boleh lari dari umat islam yang menunaikan haji, dan juga ibadat korban yang mengingatkan kita kepada pengorbanan nabi ibrahim menyembelih anaknya nabi ismail dan diganti oleh ALLAH seekor kibas.
Ibadat korban merupakan suatu ibadat yang sangat digalakkan di dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah
Firman Allah S.W.T:
Hukum kita melaksankan ibadat korban adalah sunat muaakad dan bagi keluarga Rasulullah ia adalah wajib sepertimana yang di riwayatkan di dalam hadis
Mereka yang melakukan ibadat korban disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban tersebut seperti mana sabda Rasulullah maksudnya:
+ Imam Khatib Syarbini di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan korban untuk menyembelih sendiri binatang korban tersebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka untuk menyaksikan penyembelihan itu. Maksudnya ialah menyembelih kambing
atau binatang ternakan seperti biri-biri, kibas untuk anak yang baru lahir khususnya pada hari yang ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum baligh.Hukumnya sunat muakkad.
Kesimpulannya, ibadat korban yang dilaksanakan bukan lah daging korban yang dipandang oleh ALLAH yang maha memberi, akan tetapi keikhlasan yang lahir dari lubuk hati insan itu yang dipandang dan diangkat olehnya, sepertimana ikhlasnya perngorbanan anak nabi Adam, dan ikhlas nya al-holil nabi ibrahim ketika melaksanakan suruhan ALLAH taala walaupun jika pada pemikiran logik akal manusia ia adalah 'gila'. Namun dengan ikhlas yang sudah sebati menjadikan kekuatan dan sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang yang bersabar..
Ibadat korban merupakan suatu ibadat yang sangat digalakkan di dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah
Firman Allah S.W.T:
“Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (wahai Muhamad) kebaikan yang banyak. Maka Sembahyanglah* engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (korbanmu)”.
(Surah Al-Kautsar Ayat 1-2).* sembahyang yang dimaksudkan adalah sembahyang aidil adha
Hukum kita melaksankan ibadat korban adalah sunat muaakad dan bagi keluarga Rasulullah ia adalah wajib sepertimana yang di riwayatkan di dalam hadis
“Diwajibkan ke atas ku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan satu amalan sunat bagi kamu”.
(Riwayat Imam Tirmizi)Dalam kita melaksanakan ibadat korban ini terdapat perkara yang mungkin kita telah terlepas pandang yang sudah menjadi rutin kemungkinannya di setiap kali korban yang dilaksanakan..Iaitu larangan untuk menjadikan daging korban sebagai upah kepada penyembelih, pelapah kerana ia termasuk dalam urusan jual beli dan urusan jual beli korban adalah tidak diharuskan menurut pendapat ulama.Penjelasan mengenainya boleh di peroleh di sini dengan mengklik http://drmaza.com/home/?p=516 .
Mereka yang melakukan ibadat korban disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban tersebut seperti mana sabda Rasulullah maksudnya:
“Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampun bagimu atas dosa-dosa yang telah lalu”.
(Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).+ Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat korban.
+ Imam Khatib Syarbini di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan korban untuk menyembelih sendiri binatang korban tersebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka untuk menyaksikan penyembelihan itu. Maksudnya ialah menyembelih kambing
atau binatang ternakan seperti biri-biri, kibas untuk anak yang baru lahir khususnya pada hari yang ketujuh kelahirannya atau selewat-lewatnya sebelum baligh.Hukumnya sunat muakkad.
![]() |
Ihsan Syeikh Google |
Kredit to facebook Adly
+ Jom kita tengok takbir raya orang-orang Morocco..Venue : Musolla, Mohammedia
12:32 AM |
Category:
Ingat Mengingati
|
0
kritikan
Assalamualaikum..Selamat Malam orang-orang Malaysia dan Selamat Siang untuk orang-orang di Morocco..(kangan bangat sama Maroc) pesal tulis indon ni..hoho
Apa khabar mereka-mereka yang terpandang blogku ini?Harapnya sehat-sehat tidak sakit, lagi-lagi hendak dekat dengan Hari Raya Korban inikan..
Arafah..ya bicara hari ini ingin ku sentuh sedikit mengenai hari arafah..Seperti yang kita sudah maklum bahawa hari arafah adalah hari ke-9 dari tergelincirnya matahari hingga terbit fajar hari ke-10 di dalam bulan zulhijjah..Mereka yang menunaikan haji akan berkumpul di padang arafah sepertimana yang telah telah terkandung di dalam rukun haji menurut sunnah nabi s.a.w..
Makanya kita yang tidak menunaikan haji, kita disuruh dan amat digalakkan untuk berpuasa pada 9 zulhijjah sepertimana Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
Sepuluh hari dari hari di bulan Zulhijjah merupakan hari yang besar fadilatnya. Allah menciptakannya kelebihan berbanding hari-hari yang lain. Bahkan Allah Taala bersumpah dengan harinya, firmanNya: Demi Fajar dan dan sepuluh malam (Surah al-Fajr) dan maksud sepuluh malam itu ialah sepuluh hari pertama bulan Zulhijah.
Dan sepuluh hari akhir ini merupakan ciptaan Allah yang terbaik, sebagaimana dalam riwayat dari Nabi SAW yang bersabda: "Hari yang terbaik dan dicintai Allah adalah hari raya Korban dan hari al-Qirr”. Apa yang dimaksudkan hari raya Korban itu adalah 10 Zulhijjah manakala hari al-Qirr pula ialah istiqrar atau menetap di Mina.
Dakwaan yang mana baik antara dua malam tersebut boleh dilihat dari pandangan tokoh ulama Islam iaitu:
Syeikhul Islam Ibn Taimiyah menjawab:
Siang hari awal 10 bulan Zulhijjah lebih baik daripada siang hari 10 akhir Ramadan. Manakala malam akhir 10 Ramadan adalah lebih baik dari 10 malam awal Zulhijjah. - kitab Majmuk al-Fatawa.
Kita juga digalakkan untuk melakukan amalan-amalan baik yang lain seperti perbanyakkan zikir, bersedeqah dan bertilawah al-quran, melakukan solat-solat sunat disamping menjauhi dari mendekati maksiat.Kita juga digalakkan untuk bertakbir membesarkan nama ALLAH sepertimana ibn syaibah menyebutkan bahawa Ali Karamallah wajhah menyatakan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat subuh hari arafah sehingga hujung asar hari raya ke-3 tashriq.
Manakala, berkenaan dengan takbir Dr Yusof al-qardawi mengelaskan takbir kepada dua iaitu takbir mutlaq dan muqoyyad.Takbir muqoyyad adalah takbir di dalam solat manakala takbir mutlaq adalah takbir yang diucap di masjid-masjid, jalan-jalan ataupun di pasar-pasar.Ini adalah takbir yang di guna pakai pada hari aid.Sebagaimana sahabat-sahabat nabi S.A.W seperti ibnu umar bertakbir di jalan dan orang di sekeliling mereka juga bertakbir.
Berkenaan dengan sebutan takbir, tiada yang jelas dari nabi S.A.W tetapi apa yang disahihkan oleh ulama' dari Salman al Farisi : كبروا الله، قولوا: الله أكبر الله أكبر كبيرا. وورد عن عمر وابن مسعود رضي الله عنهم جميعا قال مثل هذه الصيغة: الله أكبر. الله أكبر لا إله إلا الله. والله أكبر. الله أكبر ولله الحمد
Begituhlah apa yang digunakan oleh umat islam seluruhnya.
Morocco adalah antara negera arab yang akan menyambut hari raya aidil adha dengan meriah.Pabila menjelang hari ini, rakyat sudah sibuk untuk mencari kambing ataupun kibas untuk dikorbankan pada hari raya aidil adha..Suasana yang meriah dengan laungan manja, sedih, gembira si kambing-kambing dapat didengari diseluruh pelusuk tanah Morocco.Anak-anak mereka akan sebuk bertanya berapa ekor kambing yang terdapat di dalam rumah kawan mereka berbanding kita di Malaysia yang sebuk bertanya berapa pasang baju raya yang dibeli untuk hari raya.
Kami pelajar-pelajar Malaysia tidak ketinggal meraikannya dengan dihadiahkan kambing setiap kali perayaan aidil adha menjelang..Seperti aku di Mohammedia, memang tidak pernah kami tertinggal untuk mendapat hadiah kambing, dan paling banyak kami dapat adalah 4 ekor.
Semoga mereka yang ke sana beroleh Haji Mabrur di sisiNYA..Mak Long, Ayah Long selamat-selamat di sana..
Sekian..Terima Kasih
Apa khabar mereka-mereka yang terpandang blogku ini?Harapnya sehat-sehat tidak sakit, lagi-lagi hendak dekat dengan Hari Raya Korban inikan..
![]() |
Kaabah Bumi Mekah |
Menurut Dr Wahbah Zuhaily, sesiapa yang berwukuf berada di Arafah pada waktu yang ditetapkan, sudah nyata dikira wukuf, walaupun ia berlalu sahaja, sehinggakan kalau ia tertidur atau pitam sekalipun tidak mengapa. Ini boleh diapplikasi dengan permasalahan diatas iaitu berlalu dengan helikopter, kereta ambulan dan sebagainya pada waktu yang ditetapkan sudah dikira berwukuf. Malah, dikalangan pendapat ulama Mazhab Hanafi, jika orang yang berihram itu tidak tahu bahawa tempat itu adalah Arafah pun masih dikira tidak mengapa..
{Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu/i>. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989}
![]() |
Arafah dari Udara |
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Bagi mereka yang tidak mampu untuk puasa pada 9 zulhijjah, mereka boleh untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu pada 8 zulhijjah.Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang sangat besar pahalanya disisi ALLAH taala,begitu juga bagi mereka yang berpuasa Insya ALLAH akan beroleh pahala yang besar disisinya..Manakala untuk mereka yang menunaikan haji tidak disunatkan kepada mereka untuk berpuasa bertujuan bagi mereka lebih kuat dan bertenaga untuk berzikir dan berdoa memohon kepadaNYA.
Sepuluh hari dari hari di bulan Zulhijjah merupakan hari yang besar fadilatnya. Allah menciptakannya kelebihan berbanding hari-hari yang lain. Bahkan Allah Taala bersumpah dengan harinya, firmanNya: Demi Fajar dan dan sepuluh malam (Surah al-Fajr) dan maksud sepuluh malam itu ialah sepuluh hari pertama bulan Zulhijah.
Dan sepuluh hari akhir ini merupakan ciptaan Allah yang terbaik, sebagaimana dalam riwayat dari Nabi SAW yang bersabda: "Hari yang terbaik dan dicintai Allah adalah hari raya Korban dan hari al-Qirr”. Apa yang dimaksudkan hari raya Korban itu adalah 10 Zulhijjah manakala hari al-Qirr pula ialah istiqrar atau menetap di Mina.
Dakwaan yang mana baik antara dua malam tersebut boleh dilihat dari pandangan tokoh ulama Islam iaitu:
Syeikhul Islam Ibn Taimiyah menjawab:
Siang hari awal 10 bulan Zulhijjah lebih baik daripada siang hari 10 akhir Ramadan. Manakala malam akhir 10 Ramadan adalah lebih baik dari 10 malam awal Zulhijjah. - kitab Majmuk al-Fatawa.
Kita juga digalakkan untuk melakukan amalan-amalan baik yang lain seperti perbanyakkan zikir, bersedeqah dan bertilawah al-quran, melakukan solat-solat sunat disamping menjauhi dari mendekati maksiat.Kita juga digalakkan untuk bertakbir membesarkan nama ALLAH sepertimana ibn syaibah menyebutkan bahawa Ali Karamallah wajhah menyatakan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat subuh hari arafah sehingga hujung asar hari raya ke-3 tashriq.
Manakala, berkenaan dengan takbir Dr Yusof al-qardawi mengelaskan takbir kepada dua iaitu takbir mutlaq dan muqoyyad.Takbir muqoyyad adalah takbir di dalam solat manakala takbir mutlaq adalah takbir yang diucap di masjid-masjid, jalan-jalan ataupun di pasar-pasar.Ini adalah takbir yang di guna pakai pada hari aid.Sebagaimana sahabat-sahabat nabi S.A.W seperti ibnu umar bertakbir di jalan dan orang di sekeliling mereka juga bertakbir.
Berkenaan dengan sebutan takbir, tiada yang jelas dari nabi S.A.W tetapi apa yang disahihkan oleh ulama' dari Salman al Farisi : كبروا الله، قولوا: الله أكبر الله أكبر كبيرا. وورد عن عمر وابن مسعود رضي الله عنهم جميعا قال مثل هذه الصيغة: الله أكبر. الله أكبر لا إله إلا الله. والله أكبر. الله أكبر ولله الحمد
Begituhlah apa yang digunakan oleh umat islam seluruhnya.
Morocco adalah antara negera arab yang akan menyambut hari raya aidil adha dengan meriah.Pabila menjelang hari ini, rakyat sudah sibuk untuk mencari kambing ataupun kibas untuk dikorbankan pada hari raya aidil adha..Suasana yang meriah dengan laungan manja, sedih, gembira si kambing-kambing dapat didengari diseluruh pelusuk tanah Morocco.Anak-anak mereka akan sebuk bertanya berapa ekor kambing yang terdapat di dalam rumah kawan mereka berbanding kita di Malaysia yang sebuk bertanya berapa pasang baju raya yang dibeli untuk hari raya.
![]() |
Suasana menarik kambing Di Mohammedia, Morocco |
Kami pelajar-pelajar Malaysia tidak ketinggal meraikannya dengan dihadiahkan kambing setiap kali perayaan aidil adha menjelang..Seperti aku di Mohammedia, memang tidak pernah kami tertinggal untuk mendapat hadiah kambing, dan paling banyak kami dapat adalah 4 ekor.
![]() |
Gamba kami selesai solat Di Mosola ( Padang lapang ) |
Sekian..Terima Kasih
12:35 AM |
Category:
perkongsian
|
4
kritikan
Assalamualaikum...
Hari ini cuaca mendung-mendung gitu..Suasana mempengaruhi diri untuk lena barang sekejap..Tetapi laungan suara mama untuk membantu bercucuk tanam di belakang rumah mematikan suasana indah itu..huhu..
Hujan kian menjadi-jadi kebelakangan ini, yelakan, dah masuk musim tengkujuh, musim banjir, musim gunung berapi ( nauzubillah mindhalik ).
Di Pahang, melaui berita dikhabarkan sudah mengambil langkah berjaga-jaga kerna bila-bila masa sahaja akan berlaku banjir..Penyediaan bahan makanan dan tempat tidur sudah disiapkan bagi mengatasi masalah ini..Kalau di Morocco pula lain keadaannya, winter adalah musim sekarang ini, kami sudah mengambil langkah membuka almari mencari baju-baju tebal..Sesuana winter amat ditunggu kami student foreigner walaupun terpaksa mengikat bibir, tidak mandi..Ini lah dunia yang ALLAH maha Bijaksana menciptanya..Ada kelebihan dan ada kekurangan..Kita sebagai manusia tidak lepas dari untuk sentiasa bersyukur kerna ketentuan ALLAH itu maha Bijaksana..
Firmannya lagi di dalam surah Ibrahim ayat 7
Renungan dan peringatan kita bersama kerna peringatan itu adalah perisai orang mukmin.Untuk adik-adik di luar sana jangan jadikan banjir itu sebagai satu Permainan, kerna banjir itu adalah bencana ( ujian darinya ), selamatkan diri anda sebelum anda diselamatkan..
Hari ini cuaca mendung-mendung gitu..Suasana mempengaruhi diri untuk lena barang sekejap..Tetapi laungan suara mama untuk membantu bercucuk tanam di belakang rumah mematikan suasana indah itu..huhu..
Hujan kian menjadi-jadi kebelakangan ini, yelakan, dah masuk musim tengkujuh, musim banjir,
Di Pahang, melaui berita dikhabarkan sudah mengambil langkah berjaga-jaga kerna bila-bila masa sahaja akan berlaku banjir..Penyediaan bahan makanan dan tempat tidur sudah disiapkan bagi mengatasi masalah ini..Kalau di Morocco pula lain keadaannya, winter adalah musim sekarang ini, kami sudah mengambil langkah membuka almari mencari baju-baju tebal..Sesuana winter amat ditunggu kami student foreigner walaupun terpaksa mengikat bibir, tidak mandi..Ini lah dunia yang ALLAH maha Bijaksana menciptanya..Ada kelebihan dan ada kekurangan..Kita sebagai manusia tidak lepas dari untuk sentiasa bersyukur kerna ketentuan ALLAH itu maha Bijaksana..
Renungkan maksud firman Allah s.w.t. dalam surah Az-Zariat ayat 20-21, "Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang yakin, dan juga pada dirimu sendiri.
Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya dunia adalah manis menghijau; Senang hati melihatnya;.Bahawasanya Allah memilih kamu untuk menguasainya, maka Dia sentiasa memilih kamu untuk menguasainya, maka Dia sentiasa memerhatikan apa yang kamu lakukan.” (Riwayat Muslim).Sepanjang kita meneruskan hidup dan meneroka dunia yang tiada sempadan marilah kita barang sekejap untuk merenungi firman ALLAH surah Ali-Imran, ayat 191,
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api Neraka'."Maha suci engkau Tuhanku, aku bersyukur kepadamu kerna memberikan aku peluang untuk melihat dunia, memberikan rezeki untuk dibuka mindaku, menjadikan aku lebih terbuka dalam menganalisis keadaan..
Firmannya lagi di dalam surah Ibrahim ayat 7
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.”Kita diajar untuk bersyukur, erti kata lain berterima kasih kepada maha pencipta dengan apa yang dianugerahkannya kerna ALLAH berjanji akan menambah lagi keberkatan rezeki kita dan jangan sekali kita berputus asa dalam berusaha..Bertawakal adalah jalan terakhir setelah doa dan usaha di lakukan..Sabda nabi S.A.W yang bermaksud :
“Tidaklah kekayaan itu dgn banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.”
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ihsan dari Syeikh Google
Ihsan dari Syeikh GoogleSekian..Daa..
11:50 AM |
Category:
Ingat Mengingati
|
0
kritikan
Selamat pagi guys..
Selamat bercuti kepada mereka yang bercuti hari ni..Aku memang sudah bercuti, habis kontrak kerja ( padahal memang dah xdiperlukan ). yeah, sebelum ni aku bekerja dengan sebuah syarikat Consaltancy di Pelabuhan Klang. Kerja memang seronok dan enjoy. Bidang kerja lebih kepada menganalisis masalah-masalah yang dihadapi penduduk setempat dan cari jalan untuk menyelesaikan ( kira macam YB la..hehe ).
-akan diceritakan bidang kerja ku dengan lebih panjang di coretan lain..tungguuu...( macam suprise jee )
So, today nothing to story.Just semalam aku seharian menDONWLOAD antivirus BITDEFENDER, tapi malangnya mende alah lain yang keluar, jemmm kejap kepala..Mana taknya, bukan main besar lagi saiz, ditambah dengan kelajuan internet kat Malaysia yang dah memangsuperb lembap..( Minta maaf cakap..huhu)..
Oleh itu, aku decide nak pergi shoping-shoping kat bandar kuantan jap lagi, buat hilang tension ini..ceh..
( orang perg sembahyang sunat ke, baca quran ke, baru la betol..faizee faizee....)huhu..
Selamat bercuti kepada mereka yang bercuti hari ni..Aku memang sudah bercuti, habis kontrak kerja ( padahal memang dah xdiperlukan ). yeah, sebelum ni aku bekerja dengan sebuah syarikat Consaltancy di Pelabuhan Klang. Kerja memang seronok dan enjoy. Bidang kerja lebih kepada menganalisis masalah-masalah yang dihadapi penduduk setempat dan cari jalan untuk menyelesaikan ( kira macam YB la..hehe ).
-akan diceritakan bidang kerja ku dengan lebih panjang di coretan lain..tungguuu...( macam suprise jee )
So, today nothing to story.Just semalam aku seharian menDONWLOAD antivirus BITDEFENDER, tapi malangnya mende alah lain yang keluar, jemmm kejap kepala..Mana taknya, bukan main besar lagi saiz, ditambah dengan kelajuan internet kat Malaysia yang dah memang
rupa parasku.:D
( orang perg sembahyang sunat ke, baca quran ke, baru la betol..faizee faizee....)huhu..
Lagi satu Part, hari ini senior aku kat Morocco dulu (MOHAMMEDIANS) akan jadi Raja Sehari hari ini..Mohd Faizal bin Rais dan Fatimah..So, sekalung tahniah untuk anda berdua, ( lama bercinta ni..respek, suspek la..hehe )..Semoga kekal hingga ke akhirat kelak..Dapat baby chumel-chumel..sory tak dapat datang, transport takde la abg..Renungi hadis nabi s.a.w :
وقال صلى الله عليه وسلم : ( ثَلاثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللَّهِ عَوْنُهُمْ : الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، وَالْمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ الأَدَاءَ ، وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ ) رواه الترمذي (1579) والنسائي (3166) وابن ماجه (2509) والحديث حسنه الألباني في صحيح ترمذي
Jom ikut ajakan Maher Zain : 'Let’s raise our hands and make Du’a, Like the Prophet taught us , And with one voice, Let’s all say, say, say'
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Okeh..itu sahaja untuk saat ini..Slamah..
9:02 AM |
Category:
Conteng
|
0
kritikan
Sudah lama meninggalkan dunia blogging, tapi hari ini terdetik pula niat untuk menulis dan berkecimpung di dalam dunia ini kembali..
Sekadar untuk mengisi masa lapang dan berkongsi-kongsi cerita setelah menamatkan pengajian di Universiti Hassan II, Mohammedia Morocco mei lalu..
Sekadar itu sahaja di permulaan bicara..
Mari renungi kata-kata motivasi ini
"People often say that motivation doesn't last. Well, neither does bathing - that's why we recommend it daily."
~ Zig Ziglar
11:00 AM |
Category: |
0
kritikan