Assalamualaikum..Selamat Malam orang-orang Malaysia dan Selamat Siang untuk orang-orang di Morocco..(kangan bangat sama Maroc) pesal tulis indon ni..hoho


Apa khabar mereka-mereka yang terpandang blogku ini?Harapnya sehat-sehat tidak sakit, lagi-lagi hendak dekat dengan Hari Raya Korban inikan..


Kaabah Bumi Mekah
Arafah..ya bicara hari ini ingin ku sentuh sedikit mengenai hari arafah..Seperti yang kita sudah maklum bahawa hari arafah adalah hari ke-9 dari tergelincirnya matahari hingga terbit fajar hari ke-10 di dalam bulan zulhijjah..Mereka yang menunaikan haji akan berkumpul di padang arafah sepertimana yang telah telah terkandung di dalam rukun haji menurut sunnah nabi s.a.w..


Menurut Dr Wahbah Zuhaily, sesiapa yang berwukuf berada di Arafah pada waktu yang ditetapkan, sudah nyata dikira wukuf, walaupun ia berlalu sahaja, sehinggakan kalau ia tertidur atau pitam sekalipun tidak mengapa. Ini boleh diapplikasi dengan permasalahan diatas iaitu berlalu dengan helikopter, kereta ambulan dan sebagainya pada waktu yang ditetapkan sudah dikira berwukuf. Malah, dikalangan pendapat ulama Mazhab Hanafi, jika orang yang berihram itu tidak tahu bahawa tempat itu adalah Arafah pun masih dikira tidak mengapa..
{Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu/i>. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989}


Arafah dari Udara
Makanya kita yang tidak menunaikan haji, kita disuruh dan amat digalakkan untuk berpuasa pada 9 zulhijjah sepertimana Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Bagi mereka yang tidak mampu untuk puasa pada 9 zulhijjah, mereka boleh untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu pada 8 zulhijjah.Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang sangat besar pahalanya disisi ALLAH taala,begitu juga bagi mereka yang berpuasa Insya ALLAH akan beroleh pahala yang besar disisinya..Manakala untuk mereka yang menunaikan haji tidak disunatkan kepada mereka untuk berpuasa bertujuan bagi mereka lebih kuat dan bertenaga untuk berzikir dan berdoa memohon kepadaNYA.


Sepuluh hari dari hari di bulan Zulhijjah merupakan hari yang besar fadilatnya. Allah menciptakannya kelebihan berbanding hari-hari yang lain. Bahkan Allah Taala bersumpah dengan harinya, firmanNya: Demi Fajar dan dan sepuluh malam (Surah al-Fajr) dan maksud sepuluh malam itu ialah sepuluh hari pertama bulan Zulhijah.


Dan sepuluh hari akhir ini merupakan ciptaan Allah yang terbaik, sebagaimana dalam riwayat dari Nabi SAW yang bersabda: "Hari yang terbaik dan dicintai Allah adalah hari raya Korban dan hari al-Qirr”. Apa yang dimaksudkan hari raya Korban itu adalah 10 Zulhijjah manakala hari al-Qirr pula ialah istiqrar atau menetap di Mina.


Dakwaan yang mana baik antara dua malam tersebut boleh dilihat dari pandangan tokoh ulama Islam iaitu:
Syeikhul Islam Ibn Taimiyah menjawab:
Siang hari awal 10 bulan Zulhijjah lebih baik daripada siang hari 10 akhir Ramadan. Manakala malam akhir 10 Ramadan adalah lebih baik dari 10 malam awal Zulhijjah. - kitab Majmuk al-Fatawa.



Kita juga digalakkan untuk melakukan amalan-amalan baik yang lain seperti perbanyakkan zikir, bersedeqah dan bertilawah al-quran, melakukan solat-solat sunat disamping menjauhi dari mendekati maksiat.Kita juga digalakkan untuk bertakbir membesarkan nama ALLAH sepertimana ibn syaibah menyebutkan bahawa Ali Karamallah wajhah menyatakan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat subuh hari arafah sehingga hujung asar hari raya ke-3 tashriq.


Manakala, berkenaan dengan takbir Dr Yusof al-qardawi mengelaskan takbir kepada dua iaitu takbir mutlaq dan muqoyyad.Takbir muqoyyad adalah takbir di dalam solat manakala takbir mutlaq adalah takbir yang diucap di masjid-masjid, jalan-jalan ataupun di pasar-pasar.Ini adalah takbir yang di guna pakai pada hari aid.Sebagaimana sahabat-sahabat nabi S.A.W seperti ibnu umar bertakbir di jalan dan orang di sekeliling mereka juga bertakbir.

Berkenaan dengan sebutan takbir, tiada yang jelas dari nabi S.A.W tetapi apa yang disahihkan oleh ulama' dari Salman al Farisi كبروا الله، قولوا: الله أكبر الله أكبر كبيرا. وورد عن عمر وابن مسعود رضي الله عنهم جميعا قال مثل هذه الصيغة: الله أكبر. الله أكبر لا إله إلا الله. والله أكبر. الله أكبر ولله الحمد
Begituhlah apa yang digunakan oleh umat islam seluruhnya.


Morocco adalah antara negera arab yang akan menyambut hari raya aidil adha dengan meriah.Pabila menjelang hari ini, rakyat sudah sibuk untuk mencari kambing ataupun kibas untuk dikorbankan pada hari raya aidil adha..Suasana yang meriah dengan laungan manja, sedih, gembira si kambing-kambing dapat didengari diseluruh pelusuk tanah Morocco.Anak-anak mereka akan sebuk bertanya berapa ekor kambing yang terdapat di dalam rumah kawan mereka berbanding kita di Malaysia yang sebuk bertanya berapa pasang baju raya yang dibeli untuk hari raya.
Suasana menarik kambing Di Mohammedia, Morocco


Kami pelajar-pelajar Malaysia tidak ketinggal meraikannya dengan dihadiahkan kambing setiap kali perayaan aidil adha menjelang..Seperti aku di Mohammedia, memang tidak pernah kami tertinggal untuk mendapat hadiah kambing, dan paling banyak kami dapat adalah 4 ekor.




Gamba kami selesai solat Di Mosola ( Padang lapang )


Semoga mereka yang ke sana beroleh Haji Mabrur di sisiNYA..Mak Long, Ayah Long selamat-selamat di sana..
Sekian..Terima Kasih

Comments (4)

On November 16, 2010 at 10:22 PM , Nur said...

Salams,

Best nya belajar di Morroco, mahu ke sana asalnya untuk melancong, tetapi dgr2 kene ada visa, lantas berubah ke Istanbul.

 
On November 17, 2010 at 8:33 PM , eeziaf11 said...

Aah...bagi saya, mmg seronok belajar kat sana..owwh, rugi la..tahun ni ramai jew student dari london datang melancong ke morocco..boleh cuba lagi utk datang

 
On November 18, 2010 at 9:39 AM , Nur said...

Anda masih berada di Morroco kah? InsyaAllah akan diusahakan, tapi tuh la, diorang kata macam bahaya jer perempuan sahaja ke Moroccoo. Anyway, selamat menghadapi musim sejuk.

 
On November 19, 2010 at 7:55 AM , eeziaf11 said...

oowh..tidak..sudah berada di malaysia sejak mei lalu..perempuan boleh perg, by group and ada teman2 yang belajar di Morocco..selamat musim sejk:D