Alhamdulilah..Hari ni dapat tukar jabatan..Kini, aku sebagai pelajar di Jabatan Syariah, UKM..Sememangnya urusan di Malaysia jauh lebih baik dari di Morocco..Hehe..( Suka belajar kat Malaysia.-Kenyataan berani mati-)..So..sekarang tinggal urusan tambah subjek..Masih berbaki dua subjek tidak dapat ditembusi pendaftaranya.

Esok hari jumaat.Kalo di Mesir, Jordan, Kelantan, dan Kedah cuti..Tapi esok semua rakyat Malaysia dapat cuti umum dek bahang kegembiraan PM, Datuk Najib akan kemenangan skuad Negara, Harimau Malaya..Terima kasih PM..huhu..

Sempat menyoroti status fb rakyat Malaysia,semua melahirkan kegembiraan..Ku soroti blogger-blogger yang tidak ketinggalan untuk mengUpdate isi kandungan tulisan mereka..Tapi paling mengejutkan, Khairul Fahmi punya girlFriend pun dapat tumpang sekaki kepopularan aksi hebat pakwanya..huhu..Blog yang aku jenguki telah mencapai soroton penonton melebihi setengah juta dan folowers yang menghampiri 5000 orang..Wah..memang takjub..Tuan punya blog pon dah naik pening..hehe..Untung badan jadi girlfriend orang famous..Blog dia korang cari la..ramai dah orang bagi link..huh..Adakah khairul fahmi akan menjadi top google search 2011? kita saksikan..


Ayam Jantan Malaysia



Petua yang dapat diamalkan untuk menaikkan kunjungan ramai ke blog anda selain dari isu-isu panas menarik, jadilah isteri kepada seleberiti or suami nescaya anda akan turut diminati..heheh..Selamat Beramal..
Dah lama xupdate..Lama ke.? huhu..Sejak kembali ke dunia pelajar, terasa macam sebuk sangat..Setiap hari ada kelas..ada seminar..ada program..Bese la pelajar baru, kene tahu macam-macamkan..Sekarang ni dalam proses untuk bertukar jabatan, dari jabatan quran dan sunnah ke jabatan Syariah..Moga beroleh kemudahan..

Seputar berkenaan piala suzuki..Semalam menyaksikan di restoren mamak as-salam, kajang..Tahniah tahniah dan tahniah skuad rajagobal..Permainan yang ditunjukan tidak hambar..walaupun kubu skuad negara di gasak berulang kali oleh pemain Indonesia, namun Khairul Fahmi yang sudah menjadi kegilaan wanita malaya tidak menunjukkan keciwaan kepada wanita malaya..hakhak..memang salute la bro, lu main..Safee Sali juga menunjukkan mutu permainan seorang striker yang baik.Tahniah kerana menggondol kasut emas pertandingan..

Namun, aku sedikit keciwa dengan sikap anak muda ( penonton bola sepak semalam ) yang memprovok dan menunjukkan sikap yang tidak manis dipandang..Walaupun ia suatu pertandingan sikap-sikap tidak elok dengan kata lain akhlak yang buruk ditonjolkan menjatuhkan budaya Malaysia yang dipandang manis dan baik sebelum ini.Tidak salah bagi aku untuk menyokong dengan berkobar-kobar namun memprovok dan mencaci fan lawan tidak sama sekali..Kerna sudah tentu akan mendatangkan scene negative kelak..Nasib baik tidak berlaku sebarang petaka malang semalam.Good supporters like england fan's maybe shoulde be reveal...

Ap-apa pun, tahniah kepada pemain muda Malaysia yang bermain baik dan teruskan kualiti permainan supaya kelak dapat menggegam piala Asia pula..Tahniah juga kepada supporters Malaysia..

good game

* Sir Alex Furguson aku rasa mesti kene beli Safee Sali dan Khairul Fahmi untuk menampung Wayne Rooney dan Van Der sar.:D
1. Memilih beg laptop yang sesuai
Ciri-ciri beg laptop yang sesuai:
- Tahan lama
- Mempunyai alas (padding) mencukupi bagi menyerap hentakan
- Tidak terlalu longgar (hingga laptop mudah bergerak)
- Tidak terlalu ketat (hingga boleh merosakkan bahagian laptop)
- Sesuai untuk semua pengguna terutamanya untuk dibawa dalam perjalanan
2. Penjagaan umum
Antara penjagaan umum yang perlu:
a) Jangan campak atau letakkan dengan kasar bagi melindungi bahagian-bahagian dalaman yang sensitif. Hentakan pada laptop anda boleh menyebabkan kerosakan yang serius kepada komponen dalaman termasuk hard disk
b) Jangan penuhkan beg laptop sehingga sendat dengan pelbagai perkakasan yang lain
c) Jangan tindih laptop (sama ada yang terbuka atau yang ditutup) dengan apa-apa sekalipun terutamanya benda berat yang boleh merosakkan bahagian sensitif laptop
d) Gunakan laptop di atas permukaan yang rata dan keras. Elakkan daripada meletak di atas katil atau permukaan yang lembut dan tidak sekata termasuk di atas riba anda untuk jangkamasa yang lama (walaupun laptop itu bermaksud di atas ribaan anda )
e) Jauhkan laptop anda dari sumber magnetik yang tinggi kerana ia boleh merosakkan komponen dan data di dalam hard disk anda
3. Penjagaan skrin
a) Lindungi skrin daripada benda tajam, termasuk menunjukkan dengan benda-benda yang boleh merosakkannya termasuk pen dan pensil. Jika perlu, gunakan pointer mouse untuk menunjuk kepada bahagian tertentu pada skrin. Berbeza daripada monitor PC (yang diperbuat daripada kaca), skrin laptop diperbuat daripada bahan berupa gel yang sensitif.
b) Gunakan fungsi “screen saver” dan “power management” supaya skrin anda boleh berehat ketika tidak digunakan. Fungsi ini berkesan sekiranya anda menggunakan fungsi “screen saver” yang menggelapkan (hitam) skrin, bukan dengan pelbagai gambar yang menggunakan piksel skrin monitor laptop anda.
c) Di samping boleh merosakkan skrin, pen dan pensil juga boleh meninggalkan kesan comot pada skrin. Begitu juga dengan jari anda. Bagi mengelakkan peninggalan kesan yang sukar ditanggalkan gunakan pointer mouse untuk menunjuk sesuatu di atas skrin
d) Gunakan kain atau cecair pembersih yang tidak merosakkan skrin dan laptop anda. Elakkan mengguna kain lembab kerana air yang termasuk ke dalam laptop anda mungkin boleh membawa mudharat.
e) Jangan tutup bahagian atas laptop (skrin) semasa sedang beroperasi. Haba pada laptop boleh merosakkan skrin anda.
4. Penjagaan papan kekunci (keyboard).
a) Lindungi laptop anda daripada habuk dengan mengelakkan ianya terbuka (walaupun dengan suis tertutup) dengan jangkamasa yang lama tanpa digunakan. Ini kerana habuk boleh memasuki ke dalam bahagian dalam melalui keyboard.
b) Jangan terlalu kasar ketika menekan butang atau ketika mengelapnya dengan kain
c) Adalah bagus untuk menyediakan keyboard dan tetikus berasingan bagi mengelakkan penggunaan keyboard dan touchpad secara lebih kerap dan intensif (sesuai jika anda bukan di dalam perjalanan, contohnya ketika berada di rumah).
5. Memindahkan laptop
a) Jangan angkat laptop dengan memegang bahagian skrin, sebaliknya angkat pada bahagian kiri dan kanan dasar dengan mengekalkan kedudukannya
b) Jangan tutup bahagian atas laptop dan membawa secara menegak (seperti di dalam beg laptop) semasa ia sedang beroperasi, kerana ini boleh merosakkan hard disk yang sedang berpusing dan sensitif.
c) Cara terbaik adalah menutup secara “shut down” agar hard disk boleh berada dalam kedudukan yang selamat (parked) sebelum memindah laptop anda
d) Pastikan semua komponen yang disambung telah dicabut dengan cermat, kerana bahagian yang bersambung mungkin boleh rosak atau merosakkan laptop anda semasa pemindahan
6. Penggunaan laptop
a) Jangan biar laptop anda beroperasi telalu lama (lebih daripada satu hari) tanpa rehat. Berikan masa untuk ia berehat dengan “shut down” secara sempurna bagi mengelakkan haba yang berlebihan (overheating) sebelum menggunakannya semula.
b) Jangan tutup bahagian skrin dan jangan simpan di dalam beg laptop semasa laptop sedang beroperasi (walaupan di dalam mod “sleep” ) kerana hanya dengan “shut down” yang sempurna tiada haba yang terhasil dalam laptop anda
c) Jangan biar laptop anda terdedah tanpa pengawasan kerana anda boleh menjadi mangsa kecurian atau pencurian data sulit di dalam laptop anda. Simpan rekod berkenaan laptop anda seperti nombor siri dan model untuk menghadapi kes kecurian laptop anda.
7. Perlindungan daripada air atau wap
a) Elakkan menggunakan laptop berhampiran dengan air termasuk air minuman sejuk atau panas, atau di tempat berisiko terkena hujan (termasuk sebelah tingkap)
b) Elakkan menyimpan laptop anda di tempat yang lembab yang memudahkan jangkitan kulat atau karat dan kerosakan kepada komponen dalaman dan luaran laptop anda
c) Elakkan daripada menggunakan laptop semasa sedang makan atau minum.
Namun begitu jika berlaku tumpahan air ke atas laptop anda ambil langkah berikut
- tutup komputer anda dengan menekan butang “power” dengan segera
- tonggengkan laptop anda untuk membuang saki-baki air yang masih ada
- lapkan saki-baki cecair yang masih ada
- anda boleh gunakan pengering rambut, tetapi pastikan pada jarak dan suhu yang selamat agar tidak merosakkan permukaan dan komponen dalaman laptop anda
- tanggalkan komponen yang bersambung kepada laptop anda termasuk, USB drive, adaptor dan bateri dan lap jika terdapat air
- sebaik-baiknya jangan “on”kan suis laptop anda sebelum mendapat khidmat penyelenggara laptop anda bagi memastikan tiada kerosakan serius, kecuali jika anda telah benar-benar pasti air telah kering dan laptop selamat digunakan (sebaik-baiknya 24 jam selepas kejadian).
- hubungi penyelenggara komputer anda untuk mendapatkan nasihat dan dapatkan pemeriksaan rapi untuk laptop anda bagi memastikan tiada sebarang kerosakan serius atau untuk membaik-pulih sebarang kerosakan
8. Perlindungan daripada panas cahaya matahari
Jangan biarkan laptop anda terbiar di bawah cahaya matahari yang terik ataupun di dalam kereta anda.
9. Tip semasa perjalanan
a) Sekiranya anda menaiki kapal terbang, ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian:
- bawa laptop and ke tempat duduk, jangan letakkan bersama bagasi anda yang lain.
- Jangan bawa laptop anda menerusi alat pengimbas “human metal detector” kerana tahap Xray yang tinggi boleh merosakkan hard disk anda berbanding dengan alat pengimbas bagasi.
b) Sebelum perjalanan, back-up data anda di tempat lain selain daripada laptop anda bagi mengelakkan risiko kehilangan data akibat kerosakan hard disk anda, malah persiapan sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian ke atas laptop anda.
c) jangan gunakan laptop semasa berlaku gegaran kuat, contohnya semasa perjalanan di atas jalan yang kasar dan tidak sekata atau berbongol-bonggol. Ini bagi mengelakkan risiko hard disk rosak akibat gegaran yang berlebihan.
d) Sekiranya anda pergi ke luar negara, periksa voltan negara tersebut bagi mengelakkan spesifikasi yang tidak sesuai dan merosakkan laptop anda (dan barangan elektrik anda yang lain)
e) Sekiranya anda menginap di hotel dan ingin menggunakan modem, pastikan talian telefon itu menggunakan talian analog dengan voltan yang rendah. Talian digital dengan voltan yang tinggi boleh merosakkan motherboard dan modem anda.
10. Penjagaan bateri
Seperti bateri telefon bimbit atau PDA anda, bateri laptop mempunyai jangka-hayat yang rendah tanpa penjagaan yang rapi.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk jangka hayat bateri laptop yang lama:
a) jangan caj bateri laptop anda melebihi had. Sebaik-baiknya tutup suis elektrik apabila bateri laptop telah dicajkan sepenuhnya (100%)
b) penjagaan paling baik adalah dengan menggunakan elektrik apabila bateri telah dicajkan sepenuhnya, tetapi ini agak rumit kerana anda terpaksa menanggalkan bateri anda, atau ada sesetengah laptop yang tidak boleh beroperasi jika bateri ditanggalkan. Gunakan bateri hanya bila tidak sumber elektrik atau bila suis elektrik telah ditutup.
c) ambil langkah mengurangkan penggunaan bateri (apabila laptop anda beroperasi dengan bateri sepenuhnya tanpa sumber elektrik) dengan mengambil langkah-langkah berikut
- kurangkan pengcahayaan pada skrin dengan mengurangkan “brightness”
- elakkan menggunakan bunyi speaker yang kuat
- kurangkan penggunaan CD atau DVD drive
- hentikan (disable) fungsi wireless, Bluetooth dan infrared sekiranya tidak digunakan
- hentikan fungsi “screensaver”, sebaliknya gunakan fungsi untuk menggelapkan skrin setelah beberapa tempoh yang ditetapkan
d) sekiranya anda ada bajet yang lebih, dapatkan bateri laptop tambahan dan cajkan terlebih dahulu, bagi mengelakkan kehabisan bateri apabila sumber elektrik tiada.
11. Waranti
Sekiranya laptop anda masih di dalam waranti, elakkan daripada membuat sebarang tindakan termasuk membuka skru laptop anda untuk melihat bahagian dalaman laptop anda. Sebaik-baiknya terus hubungi penyelenggara yang ditetapkan untuk melihat atau memeriksa sebarang kerosakan.
12. Penyelenggaraan
Sebagaimana kenderaan atau tubuh badan anda memerlukan pemeriksaan selepas jangkamasa tertentu, adalah bijak untuk menghantar laptop anda untuk diperiksa oleh penyelenggara komputer yang pakar tentang laptop anda untuk diperiksa dan dibersihkan komponen bahagian dalamannya termasuk untuk memeriksa segala proses berjalan dengan lancar.
Tip-tip ini berguna sekiranya anda ingin mendapatkan jangka hayat dan prestasi yang berpanjangan untuk komputer anda. Sekiranya anda menukar laptop anda setiap 2 atau 3 tahun sekali (untuk mendapatkan model yang terbaru), tip-tip ini mungkin boleh menaikkan nilai laptop anda semasa anda menukar-beli atau menjualnya sebagai laptop terpakai.

+ kredit to dakjat
Salam Sabtu..Sabtu yang kosong..Rumah yang aku duduk kini berpangkalan di Taman Sepakat Indah, Sg Chua, Kajang..Berdekatan dengan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi..10 minit perjalanan dari UKM. Jemputlah semua untuk berchating-chating, berdating, singgah-singgah ke rumah baru ku sewa ini..huhu..

Hari ini aku keseorangan, roomate semua keluar..Hari cuti macam ini ditambah pula hujang masih berderu-deru turun dari langit membuatkan mata menjadi kuyu je..Aktiviti hari ini sekadar surfing dunia maya..Nanti petang mahu menjamu selera dengan rakan-rakan Ex Morocco, bukan ex girlfriend oke..hehe..

Hari ini diaorang semua mahu masak cous cous..bukan angin kus-kus ye kawan-kawan.Makanan tradisi Morocco, dihidangkan setiap hari jumaat..Wah, memang rindu itu semua..Nak sedap kalau dapat mama rumah sewa masa kat mohammedia masak dulu..memang licin..Tapi ched-chef 'kami' pun xkurang hebat juga menyediakan masakan ini.Setahu aku terdapat beberapa khilaf antara negara-negara africa sana berkenaan siapa punya makanan tradisi ini..Algeria mengaku diorang punya, Tuniasia pon mengaku juga dan sudah tentu Morocco akan turut setia dalam pengakuan ini. Yang penting, setiap dari mereka ini punyai cara masak dan rasa yang tersendiri..

Yang ini memang selalu menjadi santapan dulu kala

Kalau yang ni belum lagi aku cuba, kata cik google gambar ni kat algeria.huhu

Kenangan memang sentiasa mengamit perasan..cewah..berbunga-bunga la pulak..Bila la aku dapat kembali ke negara itu semula..Tunggu ada anak bini dulu la kot,hehe..

Tak pon tunggu aku ada flight yang semewah gambar di atas..Hoho..Boleh landing-landing nyenyak punya tuh..
For more info click here..






Ok la..Selamat beristerirehat semua..
 Assalamualaikum dan bertemu kembali di catatanku..Sudah lama tidak di barikan cerita-cerita mahupun perkongsian dek kesibukan menguruskan urusan master disamping jenguk menjenguk mereka-mereka yang mengidap denggi..Berhati-hatilah anda dengan denggi kerna ia juga boleh membawa maut..

Usai ujian bahasa arab untuk kelayakan master di UKM semalam, aku terus pulang ke rumah dan bersiap-siap ke aktif futsal di Bangi. Sudah lama badan aku tidak di renggang otot2nya..Alhamdulilah..Duduknya aku di Selangor ini melebarkan peluangku untuk beriadah seperti bermain futsal dan bermain badminton..( kalo di Pahang tiada peluang kerna semua rakan-rakan berhijrah ke Kl mahupun selangor untuk belajar mahupon bekerja ).

Tika ini, aku sudah pon di gelar sebagai pelajar..Setelah meninggalkan dunia ijazah dan berehat seketika dari dunia pengejaran ilmu, aku sambung semula.Demi untuk memperoleh satu ijazah lain.Ijazah bukan lah semata-mata. Tapi ilmu yang sangat beharga itu menjadi perebutan. Tika kali pertama menjejak kaki usai pendaftaran di Fakulti Pengajian Islam, aku bertemu penyeliaku,Dr Arif..Berborak dan bertukar cerita, aku merasakan seperti tidak layak untuk meneruskan pengajian,Terasa terlalu kerdil dalam dunia ilmu ini.Berundur bukanlah tindakan macho seorang pejuang..huhu..Moga-moga suasana yang berlaku di sekelilingku mengajar aku dan lebih mendorong aku untuk semuanya..Semoga aku terus dipermudahkan olehnya.

Insya Allah, jika tiada aral melintang, aku akan bergelar seorang postgraduate di UKM selama dua tahun..Allah Musta3an..Sekian.

UKM, Bangi
Mati itu pasti.......
Berat jer tajuk aku..
Kata Syeikh Hassan Al-Basri : Tidaklah pernah aku melihat suatu yang amat pasti ( yakin ) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, ( seolah tidak yakin akan kewujudannya ) lebih daripada perihal kematian.

Umur dan panjang..amalan masih berkurang..Justeru perbanyakkan amalan, kurangkan amalan-amalan yang tidak menjana saham untuk akhirat..
Kita telah hampir untuk memasuki bulan 9 & 10 muharam..Digalakkan sangat untuk kita berpuasa seperti mana sabda nabi S.A.W
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).

Sabda baginda lagi mengenai kelebihan berpuasa pada hari tersebut

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)

Galakan baginda S.A.W seperti mana sabdanya
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).

  Semoga dengan usaha-usaha kita menggelarkan diri sebagai pelumba dalam mengerjakan segala yang mendekatkan kita kepada Allah akan diterima olehnya.Apa yang dikatakan oleh baginda nabi
Sesunggunya amal soleh yang akan menyusul seorang Mukmin setekah dia meninggal dunia kelak iala ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan, anak yang soleh yang dia tinggalkan, mushaf al-quran yang dia wariskan,masjid yang dia bangun, rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan, air sungai  yang dialirkan dan sedekah yang dia keluarkan kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan menyusul dirinya ketiak dia meninggal dunia kelak..( Riwayat Ibn Majah dan al-baihaqi )

Motivasi untuk diri dan yang menyusuri..
Assalamualaikum..

Bangun pagi terus tersenyum..status fb ku pagi ini..napa erk? semestinya sebab kelab bola favorite MANCHESTER United menang mengatasi ARSENAL dengan keputusan 1-0..Setakat ini kelab yang berpangkalan di Manchester ini masih belum kalah..Harapan ingin menjadi sang juara merampas takhta dari kelab yang berpangkalan di kota London, Chelsea punyai sinar..huhu..Macam pengulas berita bola al jazeera pulak rasa...hoho

Menurut pengurus kelab Manchester united, Sir Alex Ferguson kekuatan lini pertahanan merupakan cahaya kemenangan kelab malam tadi..Boleh dilihat di sini ..

Meminati bola antara hobi aku..Hobi yang ku temui setelah melanjutkan pelajaran di bumi Morocco. Morocco negara yang maklum terletak berhampiran dengan Spain merupakan negara yang punyai peminat bola sepak yang ramai. Mereka merupakan fanatik kelab Barcelona dan Real Madrid. Apabila terdapat duel di antara dua kelab ini, kedai-kedai kopi di seluruh Morocco seperti stadium dipenuhi peminat. Kerusi pecah, cawan bertaburan sudah biasa berlaku dek ketaksuban mereka kepada kelab-kelab berkenaan.

Rakyat mereka dari kecil lagi sudah bijak bermain bola sehingga satu tika ketika bersiar-siar di kawasan padang Universiti, aku menyaksikan seorang pelajar perempuan menimbang bola dengan memakai kasut tumit tinggi. Memang mengagumkan..huhu..

Malah mereka punyai pemain-pemain yang berstatus dunia yang bermain di kelab-kelab berpangkalan di France, dan Sepanyol..Terbaru, Maroune CHAMAKH warganegara mereka telah dikontrak bersama kelab inggeris iaitu Arsenal.

Akan tetapi, sepanjang aku berada di sana, mereka belum pernah memenangi Piala Africa. Melalui pemerhatianku, mereka ini punyai skill yang tinggi dan hebat, tetapi mereka kurang berkesefahaman di dalam pasukan.

Pengalaman kami ketika bermain dengan rakan-rakan arab, memang mereka bermain dengan skill dan tinggi dan agak tamak..Kami di buli melalui skil mereka, tetapi kami menghasilkan gol yang banyak melalui gerakan counter attack kami.huhu..Macam hebat pula rasa..

man utd airbus

Agak kecewa hari tu tidak dapat pergi ke Manchester di sebabkan waktu lawatanku yang singkat.

Dream team

Akhirnya untuk anak-anak disebabkan minat babanya yang tinggi..huhu

Bilik anakku..Hoho


Sekian..
Assalamualaikum..

Kembali menulis..wajah baru..Aku lebih suka layout yang bersifat santai dan tidak dipenuhi dengan gadjet yang memberatkan pembaca untuk melayari laman aku ( sapa-sapa yang nak layari ).huhu..Sebabnya, aku ada baca satu artikel dari satu blog menyatakan bahawa blog yang mengandungi gadjet dan widget yang banyak menyebabkan penggunaan saiz giga yang besar kepada pelayar..Lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan berukband broadband..Sebab saiz giga yang diberi hanya 3 giga bagi mereka yang mengambil kadar terendah.So, kita simple tapi nice kan blog kasi mudahkan orang..

Nothing special to share today, just minta kat korang-korang doakan aku untuk dapat menjawab ujian bahasa arab lepas aku daftar master..Ujian untuk tidak menambahkan subjek untuk master kelak..

kene stadi ni..
Mood kene bukak kitab balik lah skunk ni..Nak belajar dah kan..21 hb aku daftar di UKM..24 aku akan menghadapi ujian..Doakan..

kredit to google


Lepas ni kene jadi macam abg kat atas ni la..huhu..Nak perg shopping..Daa..Waalaikumsalam...
Assalamualaikum..Lama tidak berhapdet istana singgah kebanggaan beta ni..Memang tiada kesempatan untuk menambah cerita dek kesibukan aku sebagai manusia..Malam ini pula aku terasa rajin untuk menukar layout istana ini ( orang kata renovate kot )..Tengok lah apa yang jadi nanti.

kredit to facebook kak lilah

+ layan gambar kahwin ex morocco *pengantin lelaki ( casablanca) + perempuan ( rabat )*

+ tidak dapat hadir sebab sebuk renovate istana kawan baik aku tidak berapa sehat

+ semoga korang bahagia..dapat anak comel macam iyyad ( anak abg li dan kak fie :D )