Salam semua..Memang lama betul aku xbukak blog ni..serius memang sejak menjadi student nih(kononnyer) aku memang tiada kesempatan nak menulis blog ni.

Macam-macam aku lalui..Assigment pon banyak..sentiasa ada..Cuti kali nih memang xboleh nak pergi mana..kene pergi library siapkan semua coursework. Tambahan pula, aku dah nak kene tesis untuk semester awal ni..

Baru balik dari dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Memang menakjubkan sebabnya pertama kali aku perg ceramah, orang yang datang seperti orang sembahyang raya tadi kata masjid Al-Azim Pandan Indah..memang ramai giler..

Oklah..sekadar mengupdate news from myself.(macam lah orang penting).Got to go..Have more duty to release..Happy holiday kawan-kawan..

Layan lagu Insha Allah versi Malaysia.
يأتي على المرء زمان لا يبالي المرء ما أخذ منه ، أمن الحلال أم من الحرام
Ertinya : Akan sampai satu zaman dimana manusia tidak lagi menghiraukan dari sumber mana diperolehi hartanya, sama ada dari yag halal atau yang haram ( Riwayat Al-Bukhari)
من وجد لقطة فليشهد ذا عدل أو ذوي عدل ولا يكتم ولا يغيب فإن وجد صاحبها فليردها عليه وإلا فهو مال الله عز وجل يؤتيه من يشاء
Ertinya : Barangsiapa yang menumpai sesuatu harta, maka wajiblah dia memaklumkannya ( bersaksi) dia menjumpainya kepada orang yang adil atau pihak berkuasa, tidak boleh sama sekali dia menyembunyikan dan menghilangkannya. Sekiranya dapat dijumpai pemiliknya wajiblah dia mengembalikan wang terbabit, jika gagal maka harta tadi adalah dikira milik Allah dan boleh disedeqahkan kepada sesiapa yang diingini.” ( Riwayat Abu Daud )+
+Imam Al-Khattabi menghuraikan , ia hanya boleh dimanfaatkan oleh yang menjumpainya setelah mencari pemilik tersebut dalam tempoh satu tahun. ( Aunul Ma’bud, hlm 101)


Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Selamat Tahun Baru 2011
Tahun ini lebih baik dari tahun lepas
Bertambah baik untuk selepasnya
Moga cemerlang hidup ini di dunia  dan akhirat

+ kesibukan hingga tidak sempat untuk mengupdate blogku.
+ Assgment dah makin bertambah
+ Moga beroleh kesenangan untuk semuanya. 
+ Target 4 flat macam rasyad :D

Selamat Hari Lahir Mama

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

Nukilan : Rozaime


Happy Birthday Mama yang ke-45

+ Selamat Hari Lahir Mama.
+ Semoga bertambah umur, bertambah amalan, dimurahkan rezeki, beroleh kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan.
+ Terima kasih kerna mendidikku sehingga ke tahap ini.
+ Terima kasih atas segalanya..
+ Aku bangga menjadi anakmu



+ Video ini ku dedikasikan untuk mama.Nor Rakhisah Haji Shamsudin

+ Doakan anakmu beroleh kecermelangan di dunia dan akhirat.



Anakmu..
( Wan Mohd Al-Faizee Wan Ab Rahaman )

Daripada Abu Said al-khudri r.a katanya
Aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud : Iblis berkata kepada Tuhannya : Demi Keperkasaan-Mu dan keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka.Allah menjawab:Demi kepersaan-Ku dan keangungan-Ku, AKu akan selalu mengampuni mereka selagi mereka selagi mereka meminta ampun kepada-ku
+ Maka senantiasa la kita memohon keampunan kepadanya agar tidak menjadi teman-teman syaitan yang direjam..

Ingin aku bawakkan permintaan seseorang kepada Imam Syafie lalu berkata Imam Syafie :Wahai Kaum Muslimin
  1. Tidak ada harta yang lebih mulia dan berguna daripada ilmu
  2. Tidak ada yang lebih menguntungkan selain daripada adab dan sopan
  3. Tidak ada yang lebih berguna selain daripada akal
  4. Tidak ada yang lebih buruk daripada kedekut
  5. Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh ataupun orang gila adalah kebajikan kepada jiwa.
Demikian lah..Selamat Beramal..