Assalamualaikum..
Dunia hari ini gempar dengan kukuhnya kuasa rakyat..Satu demi satu pemerintahan kejam ala diktator timur tengah tumbang dek kuatnya kuasa rakyat..Yang terakhir jatuhnya rejim HosniMubarak di Mesir..Aku doakan kepada rakyat Mesir mudah-mudahan mendapat keadilan.
Kini, berita terbaru, Morocco juga berlangsung demostrasi rakyat yang meminta kuasa raja dikurangkan..Bagi aku, raja mereka baik, tetapi di dalam sistem pentadbiran mungkin terlihat kuasa raja melampaui kuasa semuanya. Akibatnya, negara kurang maju dan agak terkebelakang. Belum lagi wikileads membongkar berapakah hasil kekayaan yang mereka semua kumpulkan..

Moga-moga segalanya berjalan dengan baik dan aman..Semoga rakyat Malaysia di sana berada dalam keadaan selamat..
+ Hari ini revolusi di UKM.Pr Umum bagi Universiti di Malaysia..Mari tunaikan tanggungjawab anda!!
Dunia hari ini gempar dengan kukuhnya kuasa rakyat..Satu demi satu pemerintahan kejam ala diktator timur tengah tumbang dek kuatnya kuasa rakyat..Yang terakhir jatuhnya rejim Hosni
Kini, berita terbaru, Morocco juga berlangsung demostrasi rakyat yang meminta kuasa raja dikurangkan..Bagi aku, raja mereka baik, tetapi di dalam sistem pentadbiran mungkin terlihat kuasa raja melampaui kuasa semuanya. Akibatnya, negara kurang maju dan agak terkebelakang. Belum lagi wikileads membongkar berapakah hasil kekayaan yang mereka semua kumpulkan..

Morocco, tempatku menuntut ilmu dahulu
RABAT - Ribuan orang berarak di bandar-bandar di Maghribi semalam bagi menuntut reformasi politik dan kuasa raja dihadkan.
Ia merupakan tunjuk perasaan terbaru yang berlaku di kawasan Afrika Utara selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir akibat desakan penunjuk perasaan.
Lebih 2,000 orang berarak di jalan-jalan raya di Rabat dengan menjerit slogan perubahan.
Di Casablanca yang merupakan bandar terbesar di negara tersebut, lebih 1,000 orang berhimpun bagi menuntut lebih banyak kebebasan, maruah dan keadilan.
Tunjuk perasaan yang diadakan pada waktu tengah hari itu berlangsung dalam keadaan aman.
"Saya mahu Maghribi yang lebih adil dan kurang korup," kata salah seorang penunjuk perasaan yang enggan namanya didedahkan di Casablanca.
Ribuan golongan muda di Maghribi menyertai akaun Pergerakan 20 di laman sosial Facebook bagi menuntut perlembagaan baru digubal bagi mengurangkan kuasa raja dan lebih banyak keadilan sosial dilakukan.
Maghribi diperintah oleh Raja Mohamed VI. Negara itu memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol pada 7 April 1956. - Agensi
Moga-moga segalanya berjalan dengan baik dan aman..Semoga rakyat Malaysia di sana berada dalam keadaan selamat..
+ Hari ini revolusi di UKM.Pr Umum bagi Universiti di Malaysia..Mari tunaikan tanggungjawab anda!!
7:48 AM |
Category: |
0
kritikan