Assalamualaikum..Apa khabar anda semua di luar sana? Harapnya sentiasa baik dan bertambah amalan.Hari ini terasa sangat ingin menaip, walaupun hakikatnya coursework masih belum diselesaikan..Alhamdulilah, sudah masuk 2 bulan aku menyambung pengajianku di Ukm.Segalanya tampak baik dan moganya terus baik.
Bersyukur kiranya aku nyatakan kerana aku diberikan peluang untuk menyambung pengajian lagi.Sungguh dengan degree yang aku peroleh belum menampakkan kemantangan ilmu dalam diriku. Bagiku, setiap dari mereka yang mempelajar ilmu agama, harus terus menuntut kerna jika berpuas hati takat degree belum mencukupi .


Sememangnyer perlu kita sedari dan sentiasa muhasabahkanya, kerna ijazah sarjana muda yang dimiliki masih belum menjadi tiket kita sebagai orang yang ilmam dalam ilmu. Masih banyak perlu dipelajari, diterokai, diperbaiki. Aku sangat bersyukur kerna diberi peluang untuk menyambung pelajaran, diberi peluang untuk terokai dunia yang telah diterokai imam syafie, imam malik, imam ibn taimiyah, imam suyuti. Moga mereka ini mendapat tempat yang mulia di sisi ALLAH..Allah sendiri menjanjikan akan mengangkat darjat orang yang berilmu.


 Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"



Dengan ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"


Sungguhpun begitu terdapat segelintir mereka yang terlalu hebat mengkritik ulama dan ahli ilmu. Padahal pengajian mereka ataupun ilmu mereka tidak setanding dengan ilmu ahli ilm yang dikritik..Sememangnyer, semua manusia itu tidak lari daripada kesilapan. Seharusnya kesilapan mereka itu dilihat dengan teliti dan dikritik dengan cermat dan beradab.Itu baru dinamakan ilmiah. Akan tetapi yang berlaku sebaliknya, dicaci dan dicerca walhal orang yang dicerca itu hebatnya dia, Allah sahaja yang maha mengetahui.Kita bermohon dilindungi daripada segala yang tidak baik dan tidak beradab itu selama mana kita masih diberikan nyawa..Nauzubillah.

Di sini, aku berpeluang untuk belajar ilmu hadis dengan Dr-Dr pakar hadis di UKM..Dapat meneruskan sunah nabi di muka bumi ALLAH..Aku perhatikan di bandar Metropolitan itu rupa-rupanya kesedaran untuk menghidupkan sunah tinggi dan kesedaran terhadap agama juga sangat dibanggakan.Mengagumkan..Di negeriku aku tidak pula aku dapati.(Kemungkinan aku tinggal jauh dari ibu negeri, pendedahan terhadapnya kurang). Aku juga berpeluang untuk mengikut salah seorang dr hadis untuk menyampaikan pengajianya. Dari situ sedikit sebanyak kami dapat mempelajari ilmu yang di sampaikan dan metodolgi penyampain itu sendiri tika berhadapan dengan masyarakat umum.

Kesedaran rakyat Malaysia terhadap ilmu agama amat membanggakan. Oleh itu, gerakan sunah dan dakwah harus kita sama-sama sertai dan berikan sokongan kepada mereka.Moga secebis usaha kita beroleh kebaikan di sisi yang maha esa.Allah Musta'an

+sekadar pandangan dan sembang petang





Di sini aku juga ingin mengajak rakan-rakan untuk mendoakan rakyat Malaysia di Mesir dan seluruh umat islam dalam keadaan selamat. Moga-moga rakyat Mesir beroleh keadilan setelah berpuluh tahun di bawah pemerintah kuku besi yang tidak sedar diri.Moga mereka beroleh kejayaan..Ya ALLAH kau makbulkan doa-doa mereka yang di zalimi.AMIN..

@Felda Lepar Hilir 03
+ Mood : Sejuk & Hujan

Comments (2)

On February 2, 2011 at 6:52 PM , Almizzi said...

Smg dipermudah sgla urusan ust Faizee
di tanah air cna. Jdi cndekiawan Islam harapan insyaallah =)

Smg Islam di Mesir terus gah, dan
smg slamat saudara2, sahabat2 kita
d cna. Ameen...

 
On February 2, 2011 at 8:57 PM , eeziaf11 said...

@mizzi
Semoga begituh lah..Sama-sama kita..

Aah, sama2 kita doakan untuk mereka..