Salam..Menulis ketika bukan waktunya..yup..Menulis ketika sibuk hendak mengulang kaji..Perkara ini sering berlaku..dan terus berlaku..Tika nak exam, masa tu la sebuk nak tengok blog, nak baca itu, nak komen ini..Inilah mehnah tika periksa.huhu..

Bulan april merupakan bulan peperiksaan pelajar UKM..Kembali duduk di dalam bilik yang bersuhu rendah..Dulu di Morocco, memang situasinya di dalam bilik bersuhu rendah dek kerana suhu sekeliling berkenaan sedemikian. Di Malaysia pula lain pula keadaannya, aircond yang memainkan peranannya..Kesimpulannya, periksa di Universiti memang di paras suhu yang rendah..(apa yang aku merepek ni)..Itulah akibatnya kalau dah study last2 minute lepas tu sebuk nak buat mende lainkan..

Okelah..Den kena ambil paper bermula 20 april 2011, 23 april, 25 april, 28 april, 29 april, 30 april..So, korang kene ingat tarikh ni dan jangan lupa doa2kan aku tau..Islam menggalakkan mendoakan untuk kebaikan orang muslim.


Semoga berjaya kepada semua yang mengambil peperiksaan tidak kiralah yang berada di kutub utara mahupun yang berada di kutub selatan..Semoga ia terus menjadi wadah utama untuk kita memperjuangkan islam.

Ma'a al-Salamah..