Sudah memasuki semester akhir untuk madrasah ramadhan..Justeru, marilah kita lipat gandakan usaha untuk mendapatkan "anugerah canselor" iaitu malam lailatul qadar pada tahun ini..Moga-moga usaha yang dibuat dapat mencapat target yang telah ditetapkan oleh tuan punya kehidupan iaitu Allah taala. Target untuk menjadi golongan yang bertaqwa..
Bagaimanakah untuk lihat kita tergolong dalam golongan ini.. Kesannya dapat dilihat pada penampilan kita setelah tamat semester ini..Adakah kita terdiri daripada graduan yang akan menjaga solat, serta segala amalan yang diperintah oleh Allah dan meninggalkan segala apa yang dilarang olehnya..
Bagaimanakah untuk lihat kita tergolong dalam golongan ini.. Kesannya dapat dilihat pada penampilan kita setelah tamat semester ini..Adakah kita terdiri daripada graduan yang akan menjaga solat, serta segala amalan yang diperintah oleh Allah dan meninggalkan segala apa yang dilarang olehnya..
Nabi telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban : Sesiapa yang sempat mendapatkan bulan ramadhan tetapi Allah tidak mengampunkan dosanya dia pasti akan dihumbankan di dalam nerakadan dijauhkan daripada Allah (pada hari kiamat). Dia perintahkan aku menyebut amin dan aku menyebutnyaMalangnya kita jika kita tergolong dalam golongan ini..Jangan lepaskan peluang yang masih berbaki.Berusaha terus mendapatkan suatu anugerah yang begitu istimewa yang jika dikira dengan anak jari tidak akan dapat kita untuk mendapatkannya melalui amalan secara manual.Iaitu malam lailatul qadar malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Sabda nabi : Carilah lailatul qadar pada malam-malam akhir yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan ramadhan. (Hadis riwayat al-Bukhari)
Sabda baginda lagi : Carilah lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu janganlah dia kalah (outus asa)mencarinya pada baki 7 malam terakhir. (Hadis riwayat Muslim)
Contoh yang terbaik adalah nabi s.a.w. Aisyah berkata : Apabila masuk sepuluh malam terakhir ramadhan Rasulullah s.a.w akan mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat kainnya ( Hadis riwayat Muslim)
Berkata Aisyah lagi : Sesungguhnya Nabi s.a.w sentiasa melakukan iktikaf pada sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan sehingga Allah mewafatkan baginda (Hadis Riwayat Bukhari)Sama-samalah kita memeriahkan sepuluh atau tujuh malam terakhir ini, moga-moga janji Allah itu sama-sama kita perolehi. Wallahualam
3:17 PM |
Category:
Ingat Mengingati
|
2
kritikan