Ramadhan sudah masuk fasa kedua. Muhasabahkah kita prestasi ramadhan kita saat ini..Semoga target tercapai, taqwa digapai. Persoalan yang bermain di kepala kita, mengapa kita perlu mencapai taqwa.? apakah sebenarnya taqwa yang sering diulang-ulang itu?
Ya, dengan ada nya taqwa, kita akan menjaga iman. Dengan adanya iman, kita akan menjaga peribadi. Menjaga peribadi daripada melakukan maksiat. Maksiat lidah, mata, dan seluruh anggota tubuh badan kita. Kita perlu sedar bahawa tujuan kita ini dijadikan tidak lain adalah untuk beribadah kepada sang pencipta. Perlu kita sedari bahawa segala macam nikmat yang Allah berikan adalah untuk digunakan bagi melunaskan ibadah kepada yang maha esa.
Saat Ubaid bin Kaab ditanya oleh saidina umar alkhatab apakah itu taqwa. Jawab ubaid dalam bentuk persoalan. Adalah kau pernah melalui jalan yang penuh duri-duri ? dan apakah yang kau akan lakukan? Jawab umar : Aku akan melalui dengan penuh hati-hati. Ya . itu yang dimaksudkan dengan taqwa. (Tafsir Ibn Kathir 1/163)
Dunia yang kita pinjam ini penuh dengan duri-duri ujian. Kerana dunia yang kita tinggal ini adalah satu perjalanan untuk mencapai syurga. Begitu sukar bukan untuk kita sampai di matlamat akhir kita.. Namun sebaliknya, jalan untuk ke neraka Allah itu senang sekali untuk kita sampai.
Oleh itu, perisai taqwa inilah sebenarnya yang akan membantuk kita untuk mencapai matlamat akhir itu nanti. Ibn Mas'ud ada menyebut bahawa taqwa adalah kita mentaati Allah dengan tidak melakukan maksiat kepadanya, kita mengingati Allah dengan tidak melupakanya, dan kita mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan dengan tidak mengkufurinya.
Rebutlah peluang untuk melipat gandakan usaha untuk beribadat kepadanya. Mohonlah taubat yang bersungguh. Lakukan sunah-sunah di bulan ramadhan yang sering di sampaikan oleh pernceramah. Supaya amalan itu cocok dengan amalan nabi kita muhammad s.a.w.. Juga perbanyakkan bacaan al-quran, dan kita sentiasa untuk solat tarawikh walaupun terpaksa melakukannya sendirian..Jauhkan aktiviti-aktiviti negatif seperti mengumpat, bergaduh, mencerca kerana ianya akan menjadi sia-sia lapar dan dahaga kita di bulan yang mulia ini..
*Berpesan-pesanlah kepada kebaikan semoga sama-sama kita beroleh manfaatnya..

Allah berfirman di dalam surah ibrahim ayat 7 maksudnya : Jika kamu bersyukur aku akan tambahkan lagi nikmat yang diberikan dan jika kamu kufur sesungguhnya azabku sangatlah pedih.Kita menamakan bulan ramadhan ini dengan pelbagai nama. Antaranya adalah bulan tarbiah. Bulan yang mengajar, mendidik, mengingati. Justeru bulan yang dijanjikan padanya pelbagai bentuk ganjaran tidak perlu untuk kita sia-siakannya. Kita mengambil contoh di dalam kehidupan harian kita, jika suatu ketika sebuah pasaraya besar membuat jualan murah ataupun pontongan harga yang sangat rendah, adakah kita akan melepaskannya, dengan pada jalan dilencongkan khas untuk ke pasaraya tersebut..Nah, semestinya tidak akan dilepaskan. Begitu jualah yang berlaku di bulan yang mulia ini. Allah mudahkan segalanya.. cumanya kita tidak dapat lihat dengan mata kasar kita.
Seperti yang diriwayatkan oleh nasai : Wahai manusia, didatangkan kepada kamu bulan ramadhan, difardhukan kepada kamu untuk berpuasa, dibuka pintu rahmat (syurga), ditutup pintu neraka, dibelenggu segala syaitan, dan padanya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, dan barangsiapa yang diharamkan untuk mendapat kebaikan maka sememangnya dia tidak memperolehnya.Namun kita ini tidak mahu untuk mengejarnya kerna alasan tidak merasai, tidak melihat..Nah, kalau kita fikirkan cabutan bertuah yang bernilai ribuan ringgit misalanya kita sanggup untuk menanti walaupun tidak diketahui kita akan memperolehnya, namun nikmat Allah yang terang-terang dijanjikan kita lupai..Semoga kita ini tidak tergolong dari hambanya yang pelupa.
Rebutlah peluang untuk melipat gandakan usaha untuk beribadat kepadanya. Mohonlah taubat yang bersungguh. Lakukan sunah-sunah di bulan ramadhan yang sering di sampaikan oleh pernceramah. Supaya amalan itu cocok dengan amalan nabi kita muhammad s.a.w.. Juga perbanyakkan bacaan al-quran, dan kita sentiasa untuk solat tarawikh walaupun terpaksa melakukannya sendirian..Jauhkan aktiviti-aktiviti negatif seperti mengumpat, bergaduh, mencerca kerana ianya akan menjadi sia-sia lapar dan dahaga kita di bulan yang mulia ini..
*Berpesan-pesanlah kepada kebaikan semoga sama-sama kita beroleh manfaatnya..
8:00 AM |
Category:
Ingat Mengingati
|
1 kritikan
Comments (1)
Terima kasih atas peringatan dan pelbagai jenis kuih.