1- (صحيح) عن أبي هريرة قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد فأتي به فعرفه نعمته فعرفها قال فما عملت فيها قال قاتلت فيك حتى استشهدت قال كذبت ولكنك قاتلت لأن يقال هو جريء فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار ورجل تعلم العلم وعلمه وقرأ القرآن فأتي به فعرفه نعمه فعرفها قال فما عملت فيها قال تعلمت العلم وعلمته وقرأت فيك القرآن قال كذبت ولكنك تعلمت ليقال عالم وقرأت القرآن ليقال هو قارئ فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار ورجل وسع الله عليه وأعطاه من أصناف المال فأتي به فعرفه نعمه فعرفها قال فما عملت فيها قال ما تركت من سبيل تحب أن ينفق فيها إلا أنفقت فيها لك قال كذبت ولكنك فعلت ليقال هو جواد فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار رواه مسلم والنسائي ورواه الترمذي وحسنه وابن حبان في صحيحه كلاهما بلفظ واحد عن الوليد بن أبي الوليد أبي عثمان المديني أن عقبة بن مسلم حدثه أن شُفَيّاً الأصبحي حدثه : أنه دخل المدينة فإذا هو برجل قد اجتمع عليه الناس فقال من هذا قالوا أبو هريرة قال فدنوت منه حتى قعدت بين يديه وهو يحدث الناس فلما سكت وخلا قلت له أسألك بحق وبحق لما حدثتني حديثا سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم وعقلته وعلمته فقال أبو هريرة أفعل لأحدثنك حديثا حدثنيه رسول الله صلى الله عليه وسلم علقته وعلمته ثم نشغ أبو هريرة نشغة فمكثنا قليلا ثم أفاق فقال لأحدثنك حديثا حدثنيه رسول الله صلى الله عليه وسلم أنا وهو في هذا البيت ما معنا أحد غيري وغيره ثم نشغ أبو هريرة نشغة أخرى ثم أفاق ومسح عن وجهه فقال أفعل لأحدثنك حديثا حدثنيه رسول الله صلى الله عليه وسلم أنا وهو في هذا البيت ما معنا أحد غيري وغيره ثم نشغ أبو هريرة نشغة شديدة ثم مال خارا على وجهه فأسندته طويلا ثم أفاق فقال حدثني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن الله تبارك وتعالى إذا كان يوم القيامة ينزل إلى العباد ليقضي بينهم وكل أمة جاثية فأول من يدعى به رجل جمع القرآن ورجل قتل في سبيل الله ورجل كثير المال فيقول الله عز وجل للقارىء ألم أعلمك ما أنزلت على رسولي قال بلى يا رب قال فما علمت فيما علمت قال كنت أقوم به آناء الليل وآناء النهار فيقول الله عز وجل له كذبت وتقول له الملائكة كذبت ويقول الله تبارك وتعالى بل أردت أن يقال فلان قارىء وقد قيل ذلك ويؤتى بصاحب المال فيقول الله عز وجل ألم أوسع عليك حتى لم أدعك تحتاج إلى أحد قال بلى يا رب قال فماذا عملت فيما آتيتك قال كنت أصل الرحم وأتصدق فيقول الله له كذبت وتقول الملائكة كذبت ويقول الله تبارك وتعالى بل أردت أن يقال فلان جواد وقد قيل ذلك ويؤتى بالذي قتل في سبيل الله فيقول الله له في ماذا قتلت فيقول أي رب أمرت بالجهاد في سبيلك فقاتلت حتى قتلت فيقول الله له كذبت وتقول الملائكة كذبت ويقول الله بل أردت أن يقال فلان جريء فقد قيل ذلك ثم ضرب رسول الله صلى الله عليه وسلم على ركبتي فقال يا أبا هريرة أولئك الثلاثة أول خلق الله تسعر بهم النار يوم القيامة. 

قال الوليد أبو عثمان المديني وأخبرني عقبة أن شفيا هو الذي دخل على معاوية فأخبره بهذا قال أبو عثمان وحدثني العلاء بن أبي حكيم أنه كان سيافا لمعاوية قال فدخل عليه رجل فأخبره بهذا عن أبي هريرة فقال معاوية قد فعل بهؤلاء هذا فكيف بمن بقي من الناس ثم بكى معاوية بكاء شديدا حتى ظننا أنه هالك وقلنا قد جاء هذا الرجل بشر ثم أفاق معاوية ومسح عن وجهه وقال صدق الله ورسوله صلى الله عليه وسلم ** من كان يريد الحياة الدنيا وزينتها نوف إليهم أعمالهم فيها وهم فيها لا يبخسون أولئك الذي ليس لهم في الآخرة إلا النار وحبط ما صنعوا فيها وباطل ما كانوا يعملون } ورواه ابن خزيمة في صحيحه نحو هذا لم يختلف إلا في حرف أو حرفين. قوله جريء هو بفتح الجيم وكسر الراء وبالمد أي شجاع - نشغ بفتح النون والشين المعجمة وبعدها غين معجمة أي شهق حتى كاد يغشى عليه أسفا أو خوفا.

2- (حسن) وعن رُبيح بن عبد الرحمن بن أبي سعيد الخدري عن أبيه عن جده قال: خرج علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن نتذاكر المسيح الدجال فقال: ألا أخبركم بما هو أخوف عليكم عندي من المسيح الدجال؟ فقلنا: بلى يا رسول الله! فقال: "الشرك الخفي، أن يقوم الرجل فيصلي فيزين صلاته لما يرى من نظر رجل". رواه ابن ماجه والبيهقي

3- (حسن ) وعن محمود بن لبيد قال: خرج النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا أيها "الناس إياكم وشرك السرائر" قالوا يا رسول الله وما شرك السرائر قال: "يقوم الرجل فيصلي فيزين صلاته جاهداً لما يرى من نظر الناس إليه فذلك شرك السرائر". رواه ابن خزيمة في صحيحه.

4- (حسن لغيره) عن أبي علي رجل من بني كاهل قال: خطبنا أبو موسى الأشعري فقال: يا أيها الناس اتقوا هذا الشرك فإنه أخفى من دبيب النمل فقام إليه عبد الله بن حزن وقيس بن المضارب فقال:ا والله لتخرجن مما قلت أو لنأتين عمر مأذونا لنا أو غير مأذون ، فقال: بل أخرج مما قلت خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم فقال: يا أيها الناس اتقوا هذا الشرك فإنه أخفى من دبيب النمل. فقال له من شاء الله أن يقول وكيف نتقيه وهو أخفى من دبيب النمل يا رسول الله قال قولوا اللهم إنا نعوذ بك من أن نشرك بك شيئا نعلمه ونستغفرك لما لا نعلمه. رواه أحمد والطبراني ورواته إلى أبي علي محتج بهم في الصحيح. وأبو علي وثقه ابن حبان ولم أر أحدا جرحه.

من كتاب ( صحيح الترغيب والترهيب – المجلد الأول : الإمام الألباني رحمه الله تعالى ).

منقول

SEAWAL jam 4 pagi, dia sudah bersiap sedia bersama ibunya, Mariam Mat Arif menoreh getah. Semua itu berlaku selepas arwah bapanya, K Hamzah Pandak Samad meninggal ketika usianya mencecah lima tahun.
Dia tidak menafikan kehidupan bersama ibu dan dua saudaranya yang lain dan takdir itu diterima dengan tabah. Sebaik habis menoreh dia akan ke sekolah dengan hanya berkaki ayam dan berjalan kaki sehingga dua kilometer.
Paling daif, untuk membeli kasut berharga 80 sen di kala itu pun si ibu tidak mampu sehinggalah dia menginjak ke sekolah menengah, tiada istilah malu buat dirinya walaupun hanya berkaki ayam.

Lebih malang lagi, dia tidak pernah dibekalkan dengan wang saku tetapi disebabkan mempunyai akal panjang iaitu mengambil upah menjual kuih dan nasi dalam kelas, lebihan jualan akan diberi ganjaran kepadanya.


Ketika menjejak kaki ke sekolah menengah pula, dia tiada buku teks kerana tidak mampu membelinya. Tetapi wanita ini, Dr Robiah K Hamzah, 60, bertuah kerana sahabat baiknya iaitu anak seorang guru akan meminjamkannya untuk disalin nota penting terlebih dulu. Di situlah keazamannya tersemat kukuh untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dengan belajar bersungguh-sungguh demi menebus kepedihan masa lalu.

Hari ini, dia antara pakar perunding motivasi kekeluargaan dan remaja yang melakar nama tersendiri dalam persada motivasi tanah air dan tidak dinafikan kepetahannya melontarkan kata-kata spontan tetapi berisi membuatkan dia antara wanita yang menjadi intipan media untuk mengupas sesuatu isu.

Kini beliau cukup popular pada kaca televisyen dengan bergelar Mudirah (pengetua) pertama bagi program ‘Ustazah Pilihan’ yang disiarkan di Astro Oasis. Manakala dua lagi Mursyidah atau tenaga pengajar adalah Prof Madya Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiah Hassan.

“Sebenarnya, sejak kecil hinggalah remaja, pakaian hari raya tidak pernah berganti. Tetapi nasib bernasib baik emak saudara yang bekerja sebagai jururawat mempunyai banyak pakaian yang tidak dipakai, lalu dia akan berikan kepada saya.

“Waktu malam pula, emak mengajar budak-budak mengaji al-Quran dan selalu tekankan kepada saya agar jangan sedih tengok apa tiada. Bila ke rumah orang berada di kampung kami, emak selalu pesan jangan naik rumah orang atau duduk di tangga saja.

“Emak takut kalau barang hilang, ia sekali gus terhindar daripada fitnah dan dengan cara itu akan terselamat daripada tuduhan. Bahkan, kalau tengok susunan perabot yang cantik, dibimbangi saya akan bersedih kerana di rumah kami semua itu tiada dan kami diajar mensyukuri takdir keluarga setabah mungkin. Pesanan itu berbekas serta menjadi pegangan sampai sekarang,” katanya mengimbau kenangan bersama arwah ibunya yang meninggal pada 1997.

Demi untuk keluar daripada kedaifan hidup, dia akui ibunya selalu menekankan betapa pentingnya pelajaran. Untuk itu, dia tidak pernah sunyi daripada proses pembelajaran seumur hidup demi mencapai kedudukan seperti mana diraih sekarang.
“Sesuatu yang agak lucu untuk dikenang, pernah suatu hari seseorang menghubungi rumah kebetulan emak mengangkat telefon. Penerbit itu mengatakan yang dia hendak bercakap dengan ‘Dr Robiah’, tetapi penat emak menerang yang saya ini bukan doktor tetapi ‘cikgu’.

“Emak juga pernah mengatakan kerja saya tidak habis-habis dengan buku. Pada dia, istilah doktor itu hanya kepada doktor perubatan. Apabila saya menerangkan, barulah emak maklum kenapa selama ini saya tidak habis-habis belajar sehingga berjaya meraih gelaran berkenaan.

“Sebagai orang kampung, emak tidak pernah mendapat pendidikan secara formal tentunya kurang berpengetahuan tetapi saya bangga sebab dia sentiasa menggalakkan kami belajar setinggi mungkin,” katanya.

Kini, perjalanan kerjaya wanita berhati waja yang kaya dengan pelbagai pengalaman hidup itu semakin ke puncak sekali gus mampu memiliki segala-galanya hasil kerja keras selama ini.

Bermula sebagai guru sebaik menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras, anak kedua daripada tiga beradik ini meneruskan kerjaya di beberapa sekolah di Selangor sebelum bergelar pensyarah di beberapa maktab perguruan.

Paling menarik, dia pernah terpilih menjadi pensyarah program berkembar ‘Institut Bahasa (Maktab Perguruan Bahasa) dan Universiti’ pada 1995 hingga 1998 serta turut mencakupi beberapa bidang yang lain.

Dia juga terpilih sebagai Ahli Panel Penggubalan Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Bestari selepas itu.

Pada 2003 hingga 2004, beliau turut terbabit sebagai penilai buku teks selain menghadiri kursus Pemimpin Rakan Sebaya (Perasa), Kementerian Pendidikan (kini Kementerian Pelajaran).

Baginya, pengalaman menghadiri kursus kepemimpinan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan amat bermakna selain turut meraih pengalaman di peringkat antarabangsa (2002). Lagipun, ketika di sekolah dan maktab dulu, dia amat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi negeri Selangor serta Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) di samping menyumbang khidmat lain untuk masyarakat.

“Peluang mewakili kepemimpinan belia kebangsaan ke Jepun, India, Thailand dan Singapura menjadi pemangkin semangat serta membuka minda saya agar lebih luas.
Syukurlah ilmu yang diperoleh ditumpahkan semula kepada khalayak untuk terus dikongsi bersama,” katanya.

Sebagai penceramah atau fasilitator dalam bidang kemahiran berkomunikasi berkesan, keterampilan diri berkualiti, pembangunan remaja, motivasi keibubapaan dan kemahiran belajar, dia turut menghasilkan beberapa buku motivasi.

“Saya tafsirkan kejayaan ini berkat tiupan semangat yang dibekalkan emak. Untuk itu, saya bersyukur kerana pernah membuat emak bahagia dengan kejayaan ini dengan menghadiahkannya sebuah rumah ‘merah’.

“Rumah merah adalah frasa seperti rumah agam yang indah dan pada istilah orang Parit, Perak ia sesuatu yang amat dibanggakan. Lucunya, apabila tukang cat hanya menggunakan sebahagian warna kuning dan selebihnya semua dicat merah,” katanya.



PROFIL:

NAMA: Dr Robiah K Hamzah

JAWATAN: Pengarah Urusan RKH Motivation & Services, fasilitator komunikasi berkesan, perunding motivasi

TARIKH LAHIR: 20 Oktober 1951
ASAL: Parit, Perak
STATUS: Kahwin
ANAK-ANAK: Norbiza Nordin (38), Norbismi (36); Mohd Norhelmi (32); Norhaina (21)

PENDIDIKAN: Doktor Falsafah Pengkhususan Pendidikan Nilai dan Pengajaran Bahasa Melayu (UKM)

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ ، قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَاشُوْرَاء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً . ( رَوَاهُ الْجَمَاعَةُ إِلَّا البُخَارِيُّ وَالتِّرْمِذِيُّ ) Daripada Abu Qatadah RA katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : Puasa Hari Arafah menghapuskan dosa dua tahun, setahun yang telah berlalu dan setahun mendatang, sedangkan puasa Hari ‘Asyura’ (pula) menghapuskan dosa setahun yang telah berlalu. (HR Al-Jamaah kecuali Bukhari dan Tarmidzi)

Pengajaran Al-Hadis :

1. Hari Arafah datang setiap tahun iaitu hari ketika jamaah Haji sedang melaksanakan kemuncak ibadat haji iaitu Wuquf di Arafah pada 9 Dzul Hijjah. Kalau pada Nota 049 terdahulu sudah dibincangkan tentang kelebihan amalan soleh yang dilakukan pada 10 pertama bulan Dzul Hijjah, maka tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Hari Arafah adalah kemuncak dari hari-hari tersebut. Rasulullah SAW pernah ditanya : Apakah itu haji ya Rasulullah ? Jawap baginda SAW : Haji adalah Arafah. Atas sebab itu sebahagian ulama menamakan Hari Arafah sebagai “Penghulu Hari Dalam Setahun”. 

2. Diantara kelebihan puasa Hari Arafah ialah ia dapat menghapuskan dosa selama dua tahun. Setahun berlalu dan setahun mendatang. Adapun yang dimaksudkan dengan dihapuskan dosa setahun akan datang ialah setiap kali ada keinginannya akan melakukan suatu dosa lalu Allah SWT akan memalingkan hatinya daripada melakukannya sehingga ia tidak jadi melakukan dosa tersebut. Adapun maksud dosa-dosa yang dihapuskan itu ialah hanya terbatas kepada dosa-dosa kecil sahaja, bukan dosa-dosa besar, sebab dosa-dosa besar hanya dihapuskan oleh Allah melalui taubat nasuha dengan memenuhi syarat-syaratnya. Puasa Arafah hanya disunatkan ke atas umat Islam yang tidak melakukan Ibadat Haji sahaja. Demikian ketentuan Nabi SAW.

3. Namun demikian, terdapat satu lagi syarat agar dosa-dosa kecil tersebut dihapuskan oleh Allah SWT dengan melakukan puasa Hari Arafah, iaitu pelakunya mestilah menghindarkan diri dari dosa-dosa besar. Hal ini tercantum dengan jelas di dalam Al-Quran : Jika kamu menjauhi dosa-dosa besardiantara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosa kecilmu) dan Kami masukkan kamu ke tempat-tempat yang mulia (syurga) – (Al-Nisa’ : 31). Rasulullah SAW bersabda : Solat yang lima, dan Jumaat ke Jumaat berikutnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa-dosa diantara keduanya selagi dia menjauhi dosa-dosa besar. (HR Muslim)

Arafah

source : Dr Abdullah Yasin Facebook