Ingin berkongsi dengan sidang pembaca video keadan persekitaran Universiti Hassan II, Mohammedia Morocco tempat sy menuntut ilmu ketika di sana. Kredit untuk pengupload video yang merupakan junior sy


Juga untuk tontonan bersama Universiti Ibn Tofail di wilayah Kenitra. Kredit untuk aimantaqwa

p/s : Mood rindu bumi Morocco
Assalamualaikum.Apa khabar pembaca blog semua? Alhamdulilah.pertempuran di medan peperiksaan sarjana telah tamat. sy kini memasuki fasa-fasa penting untuk memperoleh ijazah sarjana iaitu fasa penulisan tesis. Fasa ini memerlukan sepenuhnya komitmen kerana jika tidak anda akan terbabas dari rel anda yang sebenar. Cadangan proposal sudah dikemukakan. Menanti keputusan daripada lajnah proposal untuk ditentukan lulus dan siapa yang bakal menjadi supervisor sy kelak. Jeles dengan kesungguhan pelajar-pelajar indonesia, akhir sem 3 sudah hantar tesis untuk viva. Sungguh komitmen dan kesungguhan menulis itu penting. Faktor belajar di negara orang juga mempengaruhi. Moga-moga kami dapat sentiasa berada di landasan yang benar..hehe..Ya..tahun baru dengan wajah baru semangat baru dan muka buku baru :D

Akhir-akhir ini kita disebukkan di internet dengan pergaduhan antara orang-orang yang memegang status sebagai seorang muslim islam. Perkataan kesat, fitnah memfitnah, adu domba menyemarakkan lagi api pergaduhan sesama kita sebagai seorang muslim yang beriman. Ingatlah, bagi diri sy dan rakan pembaca, perkataan yang keluar daripada mulut kita itu melambangkan peribadi seseorang. Kita dinilai daripada pelbagai sudut dan antaranya setiap perkataan yang terbit dan terpancul dari mulut kita itu adalah penilaian yang akan digunapakai.

Hadis qudsi yang cukup masyhur di fikiran kita, "Sesungguhnya aku menurut sangkaan hambaku" Maksudnya di sini Allah sentiasa menurut sangkaan hambanya, jika dia berniat baik, dan melakukan kebaikan maka Allah akan memberikan ganjaran baik kepadanya, jika tidak maka sebaliknya. Sama-sama kita wangikan mulut kita dengan hadis-hadis nabi moga-moga ia menjadi perisai menjaga diri kita seluruhnya.

Ingin saya kongsi di sini hadis yang juga cukup masyhur dibibir kita apabila bercakap mengenai persaudaraan, kecintaan. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

Tidak beriman seseorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.
Hadis riwayat b Bukhari dan Muslim
Hadis ini mempunyai pengajaran kepada kita berkaitan adab yang baik bagi seorang islam terhadap saudaranya supaya silaturahim dan kasih sayang sentiasa terjalin di dalam masyarakat. Apakah hubungan Iman dengan Cinta ?Di dalam hadis ini rasulullah menerangkan hubungan antara cinta dan iman.Cinta adalah kasih sayang terhadap saudaranya sama seperti cinta kepada dirinya. Cinta dihubungkan dengan iman, sehingga kurang iman kerana kurangnya cintanya. Cinta di maksudkan adalah berdasarkan kepada agama, bukan peri kemanusian semata-mata.

Seorang manusia wajib menyalahi tabiat kemanusiany yang buruk, dan berdoa untuk saudaranya serta berharap kebaikan untuknya sebagaimana yang dilakukan untuk dirinya sendirinya.

Apakah yang berlaku akibat tidak cinta??? Imam nawawi menyebut : Bahawa apabila seorang tidak mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya, maka ia adalah seorang Pendengki!!!

Imam al-Ghazali memberikan 3 pendapat yang begitu signifikan kepada kita  :
1) Bercinta-cita supaya hilang terus nikmat orang lain dan pindah nikmat kepadanya.

2) Bercita-cita supaya hilang nikmat tersebut sekalipun ia tidak mendapatnya. Kerana boleh jadi dia telah mempunyai nikmat itu atau tidak disukainya. Yang kedua ini jahat bencananya dari yang pertama.

3) Tidak bercita-cita hilang nikmat itu dari orang lain tetapi dia tidak suka melihat orang itu lebih tinggi keadaan daripadanya atau lebih banyak mendapat bahagian daripadanya. Apa yang disukai ialah biarlah sama saja tarafnya dan tidak usah lebih daripadanya. Yang ketiga ini pun diharamkan juga kerana terang-terang tidak suka kepada pembahagian Allah seperti yang diterangkan di dalam al-Quran maksudnya :

Adakah mereka (yang berhak) membahagikan kurnia tuhan engkau? Kami telah bahagi di antara mereka penghidupan mereka dalam penghidupan dunia ini .( Surah al-Zukhruf : 32)

Menurut hadis ini seorang yang beriman hendaklah menjadi orang yang sempurna imannya dengan mengasihi saudaranya sama seperti ia mengasihi peribadinya sendiri baik baginya baik bagi saudaranya, buruk baginya buruk pula bagi saudaranya, Tiada ada baginya perbezaan perasaan hingga yang baik adalah untuknya, sedang yang buruk adalah untuk saudaranya.

Pepatah melayu ada menyebut : " Terapung sama hanyut, terendam sama basah" Semua itu berlaku kalau perasaan muhibbah atau saling cinta mencintai dan kasih sayang meresap ke lubuk jiwa sebagai orang mukmin dan muslim dan sejati.

Firman Allah  : Dan berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpisah (Surah ali imran : 103)

Ayat ini bermaksud supaya sekalian orang yang beriman berpegang teguh kepada tali allah iaitu agama Allah dan larangan untuk ada perasaan benci membenci, caci memaki hanya kerana berlainan kedudukan dan aliran fahaman. Semua ini akan menyebabkan pupusnya perasaan cinta antara sesama muslim. Ingatlah bahawa musuh-musuh Allah sentiasa memerhati kesilapan kita.....


Carilah hatimu sewaktu membaca al-quran
Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat,
Jika kau tidak temui carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati,
Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada ALLAH
PINTA HATI YANG BARU
-nukilah solusi edisi 4-