Wakaf berasal dari bahasa Arab waqf,
iaitu nama terbitan (masdar)
dari kata kerja waqafa, ia mempunyai berbagai-bagai-bagai makna mengikut
tujuan dan penggunaan ayat itu sendiri. Dari segi bahasa, waqf memberi makna berhenti (السكن), menegah (
المنع), dan menahan (الحبس)
Wakaflah tanah itu dan berilah
hasil buahnya sebagai sedekah (al-Shafici, Musnad
al- Shafici,).
Ulama
fikah sepakat mentakrifkan wakaf mengikut istilah bahasa dengan al-habs
ertinya menahan; kerana perkataan al-habs
itu lebih hampir kepada pengertian syarak (al-Shabrini
1997). Lebih-lebih lagi perkataan al-habs
itu banyak diucapkan oleh Rasulullah s.a.w dalam beberapa hadisnya, antaranya:
حبس الأصل وسبل الثمرة.
al-Dasuqi
menjelaskan bahawa tujuan wakaf adalah untuk memberikan manfaat sesuatu harta
yang dimiliki kepada yang berhak dengan satu akad dalam jangka masa tertentu,
sesuai dengan kehendak pewakaf (al-Dasuqi 1980).
Ibn Qudamah
pula berpendapat bahawa wakaf adalah menahan yang asal dan memberikan hasilnya
(Ibn Qudamah
1972).
Dalil
Pensyariatan Wakaf
Menurut
Abu Yusuf, Muhammad bin Hasan, Ahmad bin Hanbal dan al-Shafici,
wakaf ialah menahan cain mawquf (harta) sebagai milik Allah atau pada hukum
milik Allah dan menyedekahkan manfaatnya ke arah kebajikan dari mula hingga
akhir.
Firman
Allah taala:
`s9
(#qä9$oYs? §É9ø9$# 4Ó®Lym (#qà)ÏÿZè? $£JÏB
cq6ÏtéB
4 $tBur (#qà)ÏÿZè? `ÏB
&äóÓx« ¨bÎ*sù ©!$# ¾ÏmÎ/
ÒOÎ=tæ
ÇÒËÈ
Maksudnya:
Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang
sebenarnya sehingga kamu belanjakan sebahagian harta daripada harta yang paling
kamu sayangi dan apa sahaja yang kamu belanjakan dari sesuatu, maka sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui (al-Quran, Ali cImran 3: 92).
Menurut cerita Anas bin Malik, Abu Talhah
adalah seorang Ansar yang paling banyak memiliki kebun kurma di Madinah. Antara
kebun kurma yang paling disenangi ialah kebun kurmanya di Bairuha’
yang terletak berhadapan dengan masjid. Rasulullah s.a.w sendiri pernah
mengunjunginya dan meminum airnya yang sangat nyaman (al-Shabrini
1997).
Apabila
diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w, maka Abu Talhah
bertemu dengan nabi dan berkata:
قَامَ أَبُو طَلْحَةَ إِلَى
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ
أَحَبَّ أَمْوَالِي إِلَيَّ بَيْرُحَاءَ، وَإِنَّهَا صَدَقَةٌ لِلَّهِ، أَرْجُو بِرَّهَا
وَذُخْرَهَا عِنْدَ اللَّهِ.
Maksudnya:
Sesungguhnya harta yang paling aku sayang ialah hartaku
di Bairuha’ dan
sesungguhnya hartaku di Bairuha’ itulah yang
aku wakafkan ke jalan Allah S.W.T(al-Bukhari, Sahih
al-Bukhari).
Wakaf
telah diterima oleh majoriti ulama sebagai amal jariah yang disyariatkan dalam
agama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan dan menolak tuntutan amalan wakaf
dalam Islam kerana wakaf telah menjadi amalan yang sentiasa diutamakan oleh
para sahabat Rasulullah s.a.w, ahli-ahli ibadat yang suka bersedekah atau
membuat amal kebajikan dan ahli-ahli ilmu yang suka mendampingkan diri dengan
Allah.
Pengurusan
harta wakaf telah ditentukan panduannya oleh nabi sebagaimana hadis yang
diriwayatkan oleh Ibnu Umar:
Maksudnya:
Dari Nafic dari Ibnu Umar beliau menyebut
bagaimana Umar r.a telah memperoleh tanah di bumi Khaybar. Beliau lalu bertanya
kepada Rasulullah s.a.w : “Wahai Rasulullah, saya telah memperoleh tanah di
bumi Khaybar yang nilainya tinggi dan tidak pernah saya peroleh yang lebih
tinggi nilai daripadanya. Apakah yang tuan nak saya lakukan? Rasulullah s.a.w
bersabda : Kalau kamu mahu, bekukan sumbernya dan bersedekah dengannya. Lalu Umar
menyedekahkan tanah tersebut kepada fakir miskin, kaum keluarganya, untuk
memerdekakan hamba, para tetamu, dana orang musafir. Tanah tersebut tidak boleh
dijual, dihibah atau dijadikan pusaka. Tetapi, ia boleh digunakan dengan cara
yang munasabah oleh pihak yang menguruskannya. Contohnya, memakan harta
tersebut tanpa menjadikannya sebagai sumber harta(Ibn
Hajar al-casqolani, Fath
al-Bari Sahih
Bukhari).
Merujuk
kepada hadis, para ulama telah menetapkan 3 prinsip utama wakaf yang perlu
direalisasikan iaitu (al-Shawkani
t.th):
a)
Harta wakaf
tidak boleh dijual.
b)
Harta wakaf
tidak boleh diberikan(dihibahkan) kepada orang lain.
c)
Harta wakaf
tidak boleh diwarisi.
Ketiga-tiga prinsip ini harus diambil kira
supaya nazir wakaf tidak melanggar peraturan wakaf sesuai dengan tujuan untuk
pembangunan ekonomi dan kemajuan harta wakaf yang ingin dicapai oleh pewakaf.
Bagi setiap pengurusan wakaf, nazir dibenarkan untuk mengambil upah pada kadar
yang bersesuaian dan tidak sampai tahap seolah-olah harta milik nazir (al-Shawkani
t.th).
bersambung...
10:59 PM |
Category: |
0
kritikan