Allhamdulilah..kita semua sudah berada di punghujung bulan sya'ban. Bulan hadapan kita semua akan menyambut satu bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam iaitu bulan Ramadhan. Nabi S.A.W berdoa denga. doa yang masyhur " Ya Allah berkatilah aku di dalam bulan rejab dan sya"ban dan sampaikanlah aku di bulan Ramadhan".
Ramadhan dianggap sebuah universiti yang akan menghasilkan graduan yang mendapat kelas pertama "taqwa". Graduan yang ingin dihasilkan bukan yang mendapat pengiktirafan dari manusia atau duniawi, tetapi mendapat pengiktirafan rabbani untuk pendidikan hati-hati insan ke arah ketaqwaan dan menjadi insan yang soleh yang mampu digelar ulul albab.

Ramadan yang mendatang perlulah semua mahasiswa mendaftarkan diri mereka. Buatlah checklist bagi memudahkan objektif yang ingin dicapai selama sebulan. Dari Abu Hurairah r.h dari Nabi s.a.w bersabda"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah akan diampuni dosanya yang telah lalu. (Riwayat Muslim)
Antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat ialah mengucap tahniah kerana berjaya sampai ke bulan Ramadan. Sabda Nabi : Telah datang kepada kamu Ramadan, bulan penuh berkat. Allah telah mewajibkan kalian untuk berpuasa. Dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu neraka, diikat para syaitan pada bulan Ramadan. Pada bulan ini terdapat satu bulan lebih baik dari seribu bulan sesiapa yang dimuliakan dengan kebaikannya maka ia telah dimuliakan.(Riwayat Ahamad, disahihkan oleh Syuib Al Arnaouth)
Masyarakat Arab apabila masuk bulan mulia ini mereka akan mengucapkan Ramadan Kareem, Ramadan alMubarak, Kullu Am Wa Antum Bikhair.
2) Amalan yang perlu dilaksanakan oleh orang yang berpuasa ialah mesti dijauhi perbuatan mencela, menipu, mengumpat dan menghasut. Pendidikan jiwa perlu dibentuk dalam bulan ini. Sesorang yang berpuasa perlu menahan diri daripada perkara syahwat seperti melihat wanita dan mendengar lagu-lagu dan novel yang melalaikan.
Sabda Nabi diriwayatkan oleh Imam Bukhari maksudnya: " Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dustandan beramal denganya, maka Allah tidak memerlukannya untuk meninggalkan makan dan minumnya"."
Sabda Nabi juga di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al Bukhari:"Puasa adalah pelindung. Maka janganlah kamu mencarut dan melakukan perkara bodoh. Sekiranya diajak bergaduh, maka katalah: Sesungguhnya aku sedang berpuasa sebanyak dua kali
3) Beriktikaf adalah amalan sunnah Rasulullah. Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 187 maksudnya "Dan janganlah kamu setubuhi mereka ketika kamu sedang beriktikaf di Masjid". Hal ini dikeuatkan dengan hadis nabi yang diriwayatkan oleh imam al Bukhari : " Nabi beriktikaf sepuluh malam terakhir bulan Ramadan. Kemudia isteri-isteri baginda beriktikaf selepas kewafatannya"
4) Kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan di dalam bulan ini kerana Allah memperuntukkan ganjaran tersendiri daripada Nya. Perhatian yang diberikan adalah pahala yang berlipat kali ganda daripada bulan lain. Imam al Bukhari menyebutkan dengan sanad daripada Abu Hurairah dalam hadis qudsi yang maksudnya "Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya puasa untuk aku ( Allah) dan aku yang membalasnya. Perubahan bau bagi orang yang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah berbanding wangian kasturi"
Justeru, rebutlah sebanyak mungkin peluang yang terhidang di depan mata dalam bulan yang penuh keberkatan ini kerana Nabi bersabda :
"Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami berhimpun, lalu nabi menaiki tangga mimbar dan beliau menyebut Amin, ketika naik tangga kedua baginda mengucapkan Amin dan begitu juga halnya di tangga yang ketiga. Ketika Nabi turun dari mimbar kami bertanya kepada Nabi s.a.w sesungguhnya kami mendengar kamu menyebut sesuatu yang belum pernah engkau sebut sebelum ini. Lalu nabi menjawab, sesungguhnya Jibril datang kepadaku dan berbisik dengan katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang apabila disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambut selawat ke atasny, lalu aku mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke tangga yang ketiga dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibu bapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga lalu aku mengaminkannya." (Hadith Riwayat bazar diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Adab al-Mufrat)
Abu Nawal@Mutiara Apartment, Serdang

12:50 PM |
Category: |
0
kritikan