Perkahwinan merupakan impian setiap insan yang bernama manusia Islam. Ia menjadi idaman di hati-hati pemuda-pemudi. Nabi S.A.W sendiri menggalakan kepada setiap yang bernama pemuda untuk berkahwin kerana objektif utama kepada perkahwinan adalah untuk menghindarkan diri daripada melakukan maksiat dan berada di dalam ranking utama perbincangan dururiyat al-khamsah maqasid al-syariah.
Di dalam menelusuri bahtera perkahwinan, terdapat banyak isu fikah yang perlu dipelajari oleh setiap yang bernama suami dan isteri. Isu fikah ini penting dan menjadi kefarduan ke atas setiap suami dan isteri kerana perhubungan yang telah sah di dalam satu akad serta disaksikan oleh saksi namun kerana kelompangan pengetahuan boleh menjerumus kepada perkara yang haram dan berdosa. Antara perkara yang ingin dikongsi pada tulisan ini adalah berkaitan perhubungan(jimak) di antara suami dan isteri.
Setiap suami perlu mengetahui bahawa perhubungan dengan isteri tidak boleh dilakukan semasa isteri di dalam keadaan haid. Ini merupakan dosa kerana isteri berada di dalam keadaan kotor dan tidak suci. Ia berdalilkan kepada firman Allah di dalam surah al-baqarah ayat 222 yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci".
Ia adalah haram dan berdosa besar dengan mengetahui hukumnya, melakukan secara sengaja dan paksaan. Maka, suami tersebut perlu untuk bertaubat dan membayar kafaarah kepada golongan fakir miskin menggunakan mata wang Islam iaitu emas. Hal ini bersandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:
"Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya sedangkan dia sedang haid, jika darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah satu dinar dan jika darahnya kekuningan makah hendaklah dia bersedekah separuh dinar"
Situasi yang sama hukumnya kepada perhubungan dengan isteri yang haid dan telah bersih namun belum mandi wajib. Satu dinar bayaran adalah bersamaan 4.25 gram emas dan separuh dinar bersamaan 2.125 gram emas. Ini adalah merupakan pendapat mazhab shafie yang boleh dirujuk dalam buku iqna'.
Terdapat juga pandangan sesetengah mazhab yang membenarkan perhubungan dengan isteri haid tanpa mandi tetapi sekadar membasuh kemaluan namun menurut Syeikh Yusuf al-Qaradawi:
"Pandangan jumhur telah memutuskan seorang suami tidak dibenarkan untuk menyetubuhi isterinya kecuali telah mandi(mandi wajib) dengan berpandukan kepada ayat al-quran surah albaqarah ayat 222. Wallahualam.
faizeerahaman@ipbputrajaya
11:53 AM |
Category:
perkongsian
|
0
kritikan