Lapang pintu rezeki

1) Taqwa

2) Istigfar

3) Bersyukur

4) Infaq dan sedekah

5) Berzikir (jumuah 10)

Ramai orang mempersoalkan di mana pertambahan pada sesuatu yang telah disedekahkan? Perkara paling utama adalah yakin dengan setiap janji Allah.

Hadith riwayat Abu Hurairah : Pada setiap pagi dua malaikat akan turun mendatangi setiap hamba. Salah satu malaikat akan berdoa; Ya Allah berikanlah harta kepada orang yang membelanjakan hartanya itu dengan gantinya, Manakala seorang lagi berdoa; Ya Allah berikanlah kepada orang yang menahan harta kebinasaan ( Muttafaqun alaih)


Dakwah adalah merupakan kerja setiap manusia. Namun, sinonim dakwah ini dengan ustaz, syeikh alim ulama kerana penguasaan mereka terhadap ilmu pengajian Islam. Akhir-akhir ini muncul pelbagai rancangan realiti melahirkan pendakwah-pendakwah muda baharu telah merancakkan serta mempelbagaikan lagi dunia dakwah alaf moden ini.

Perkara utama yang perlu difahami adalah dakwah merupakan kerja seorang nabi dan rasul seperti mana firman Allah di dalam surah Ali Imran 110:
Kamu wahai umat muhammad adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman.
Para sarjana Islam selalu menyebutkan:
Serulah kebaikan dengan kebaikan dan cegallag kemungkaran bukan dengan kemungkaran. Maksud yang tersirat daripada ungkapan ini adalah lakukan amar makruf nahi mungkar dengan fikah dakwah yang benar selaras dengan manhaj al quran dan sunah nabi.

Maka dunia dakwah memerlukan pengorbanan dalam banyak perkara seperti masa, wang ringgit, keringat dan ahli keluarga. Pengorbanan ini sudah pasti mempunyai nilai yang perlu dihargai dan mendapat sesuatu daripada usaha yang dilakukan. Isu yang selalu dihangatkan apabila menceritakan tentang dakwah adalah ikhlas. Terdapat ramai dalam masyarakat yang membicarakan keikhlasan yang perlu ada di dalam diri seorang pendakwah seperti yang yang dilakukan oleh Rasulullah. Permainan psikologi yang lebih dahsyat disebarkan adalah tuduhan terhadap ustaz-ustaz pendakwah menjual agama kerana faktor bayaran.

Persoalann yang timbul adakah keikhlasan pendakwah pada hari ini boleh disamakan seperti zaman Rasulullah? Apakah maksud ikhlas di dalam perjuangan dakwah? Justeru, perlu diperjelaskan maksud ikhlas supaya konsep tersebut tidak disalah ertikan oleh sesetengah pihak bertujuan untuk menyampingkan peranan pendakwah. Isu menjual agama peramanya perlu dilihat dalam konteks yang ditil melalui al quran dan al sunnah. Allah telah berfirman maksudnya:
Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah turunkan (quran) yang membenarkan apa yang ada padamu (taurat) dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayatku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu haru bertakwa.

Firman Allah: Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit lalu mereka menghalangi manusia dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan itu.

Sabda Nabi: Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan di dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing(berpura-pura zuhud di dunia) untuk mendapati simpati orang ranai, dan percakapn mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka ialah hati serigala (mempunyai niat yang jahat.