Mati itu pasti.......
Berat jer tajuk aku..
Kata Syeikh Hassan Al-Basri : Tidaklah pernah aku melihat suatu yang amat pasti ( yakin ) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, ( seolah tidak yakin akan kewujudannya ) lebih daripada perihal kematian.

Umur dan panjang..amalan masih berkurang..Justeru perbanyakkan amalan, kurangkan amalan-amalan yang tidak menjana saham untuk akhirat..
Kita telah hampir untuk memasuki bulan 9 & 10 muharam..Digalakkan sangat untuk kita berpuasa seperti mana sabda nabi S.A.W
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).

Sabda baginda lagi mengenai kelebihan berpuasa pada hari tersebut

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)

Galakan baginda S.A.W seperti mana sabdanya
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).

  Semoga dengan usaha-usaha kita menggelarkan diri sebagai pelumba dalam mengerjakan segala yang mendekatkan kita kepada Allah akan diterima olehnya.Apa yang dikatakan oleh baginda nabi
Sesunggunya amal soleh yang akan menyusul seorang Mukmin setekah dia meninggal dunia kelak iala ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan, anak yang soleh yang dia tinggalkan, mushaf al-quran yang dia wariskan,masjid yang dia bangun, rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan, air sungai  yang dialirkan dan sedekah yang dia keluarkan kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan menyusul dirinya ketiak dia meninggal dunia kelak..( Riwayat Ibn Majah dan al-baihaqi )

Motivasi untuk diri dan yang menyusuri..

Comments (0)