Assalamualaikum dan bertemu kembali di catatanku..Sudah lama tidak di barikan cerita-cerita mahupun perkongsian dek kesibukan menguruskan urusan master disamping jenguk menjenguk mereka-mereka yang mengidap denggi..Berhati-hatilah anda dengan denggi kerna ia juga boleh membawa maut..

Usai ujian bahasa arab untuk kelayakan master di UKM semalam, aku terus pulang ke rumah dan bersiap-siap ke aktif futsal di Bangi. Sudah lama badan aku tidak di renggang otot2nya..Alhamdulilah..Duduknya aku di Selangor ini melebarkan peluangku untuk beriadah seperti bermain futsal dan bermain badminton..( kalo di Pahang tiada peluang kerna semua rakan-rakan berhijrah ke Kl mahupun selangor untuk belajar mahupon bekerja ).

Tika ini, aku sudah pon di gelar sebagai pelajar..Setelah meninggalkan dunia ijazah dan berehat seketika dari dunia pengejaran ilmu, aku sambung semula.Demi untuk memperoleh satu ijazah lain.Ijazah bukan lah semata-mata. Tapi ilmu yang sangat beharga itu menjadi perebutan. Tika kali pertama menjejak kaki usai pendaftaran di Fakulti Pengajian Islam, aku bertemu penyeliaku,Dr Arif..Berborak dan bertukar cerita, aku merasakan seperti tidak layak untuk meneruskan pengajian,Terasa terlalu kerdil dalam dunia ilmu ini.Berundur bukanlah tindakan macho seorang pejuang..huhu..Moga-moga suasana yang berlaku di sekelilingku mengajar aku dan lebih mendorong aku untuk semuanya..Semoga aku terus dipermudahkan olehnya.

Insya Allah, jika tiada aral melintang, aku akan bergelar seorang postgraduate di UKM selama dua tahun..Allah Musta3an..Sekian.

UKM, Bangi
Mati itu pasti.......
Berat jer tajuk aku..
Kata Syeikh Hassan Al-Basri : Tidaklah pernah aku melihat suatu yang amat pasti ( yakin ) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, ( seolah tidak yakin akan kewujudannya ) lebih daripada perihal kematian.

Umur dan panjang..amalan masih berkurang..Justeru perbanyakkan amalan, kurangkan amalan-amalan yang tidak menjana saham untuk akhirat..
Kita telah hampir untuk memasuki bulan 9 & 10 muharam..Digalakkan sangat untuk kita berpuasa seperti mana sabda nabi S.A.W
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).

Sabda baginda lagi mengenai kelebihan berpuasa pada hari tersebut

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)

Galakan baginda S.A.W seperti mana sabdanya
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).

  Semoga dengan usaha-usaha kita menggelarkan diri sebagai pelumba dalam mengerjakan segala yang mendekatkan kita kepada Allah akan diterima olehnya.Apa yang dikatakan oleh baginda nabi
Sesunggunya amal soleh yang akan menyusul seorang Mukmin setekah dia meninggal dunia kelak iala ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan, anak yang soleh yang dia tinggalkan, mushaf al-quran yang dia wariskan,masjid yang dia bangun, rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan, air sungai  yang dialirkan dan sedekah yang dia keluarkan kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan menyusul dirinya ketiak dia meninggal dunia kelak..( Riwayat Ibn Majah dan al-baihaqi )

Motivasi untuk diri dan yang menyusuri..
Assalamualaikum..

Bangun pagi terus tersenyum..status fb ku pagi ini..napa erk? semestinya sebab kelab bola favorite MANCHESTER United menang mengatasi ARSENAL dengan keputusan 1-0..Setakat ini kelab yang berpangkalan di Manchester ini masih belum kalah..Harapan ingin menjadi sang juara merampas takhta dari kelab yang berpangkalan di kota London, Chelsea punyai sinar..huhu..Macam pengulas berita bola al jazeera pulak rasa...hoho

Menurut pengurus kelab Manchester united, Sir Alex Ferguson kekuatan lini pertahanan merupakan cahaya kemenangan kelab malam tadi..Boleh dilihat di sini ..

Meminati bola antara hobi aku..Hobi yang ku temui setelah melanjutkan pelajaran di bumi Morocco. Morocco negara yang maklum terletak berhampiran dengan Spain merupakan negara yang punyai peminat bola sepak yang ramai. Mereka merupakan fanatik kelab Barcelona dan Real Madrid. Apabila terdapat duel di antara dua kelab ini, kedai-kedai kopi di seluruh Morocco seperti stadium dipenuhi peminat. Kerusi pecah, cawan bertaburan sudah biasa berlaku dek ketaksuban mereka kepada kelab-kelab berkenaan.

Rakyat mereka dari kecil lagi sudah bijak bermain bola sehingga satu tika ketika bersiar-siar di kawasan padang Universiti, aku menyaksikan seorang pelajar perempuan menimbang bola dengan memakai kasut tumit tinggi. Memang mengagumkan..huhu..

Malah mereka punyai pemain-pemain yang berstatus dunia yang bermain di kelab-kelab berpangkalan di France, dan Sepanyol..Terbaru, Maroune CHAMAKH warganegara mereka telah dikontrak bersama kelab inggeris iaitu Arsenal.

Akan tetapi, sepanjang aku berada di sana, mereka belum pernah memenangi Piala Africa. Melalui pemerhatianku, mereka ini punyai skill yang tinggi dan hebat, tetapi mereka kurang berkesefahaman di dalam pasukan.

Pengalaman kami ketika bermain dengan rakan-rakan arab, memang mereka bermain dengan skill dan tinggi dan agak tamak..Kami di buli melalui skil mereka, tetapi kami menghasilkan gol yang banyak melalui gerakan counter attack kami.huhu..Macam hebat pula rasa..

man utd airbus

Agak kecewa hari tu tidak dapat pergi ke Manchester di sebabkan waktu lawatanku yang singkat.

Dream team

Akhirnya untuk anak-anak disebabkan minat babanya yang tinggi..huhu

Bilik anakku..Hoho


Sekian..
Assalamualaikum..

Kembali menulis..wajah baru..Aku lebih suka layout yang bersifat santai dan tidak dipenuhi dengan gadjet yang memberatkan pembaca untuk melayari laman aku ( sapa-sapa yang nak layari ).huhu..Sebabnya, aku ada baca satu artikel dari satu blog menyatakan bahawa blog yang mengandungi gadjet dan widget yang banyak menyebabkan penggunaan saiz giga yang besar kepada pelayar..Lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan berukband broadband..Sebab saiz giga yang diberi hanya 3 giga bagi mereka yang mengambil kadar terendah.So, kita simple tapi nice kan blog kasi mudahkan orang..

Nothing special to share today, just minta kat korang-korang doakan aku untuk dapat menjawab ujian bahasa arab lepas aku daftar master..Ujian untuk tidak menambahkan subjek untuk master kelak..

kene stadi ni..
Mood kene bukak kitab balik lah skunk ni..Nak belajar dah kan..21 hb aku daftar di UKM..24 aku akan menghadapi ujian..Doakan..

kredit to google


Lepas ni kene jadi macam abg kat atas ni la..huhu..Nak perg shopping..Daa..Waalaikumsalam...
Assalamualaikum..Lama tidak berhapdet istana singgah kebanggaan beta ni..Memang tiada kesempatan untuk menambah cerita dek kesibukan aku sebagai manusia..Malam ini pula aku terasa rajin untuk menukar layout istana ini ( orang kata renovate kot )..Tengok lah apa yang jadi nanti.

kredit to facebook kak lilah

+ layan gambar kahwin ex morocco *pengantin lelaki ( casablanca) + perempuan ( rabat )*

+ tidak dapat hadir sebab sebuk renovate istana kawan baik aku tidak berapa sehat

+ semoga korang bahagia..dapat anak comel macam iyyad ( anak abg li dan kak fie :D )