Assalamualaikum..Kembali semangat untuk menulis..huhu..

Seringkali kita di hidapi masalah, musibah, atau sesuatu perkara yang tidak sekali kita ingin ia berlaku, namun takdir Allah telah berlaku. Contohnya, kita menyayangi ibu bapa kita, namun apabila mati itu telah tertulis, maka Allah akan tetap mengambilnya. Justeru, kita akan kehilangan apa yang kita sayangi..Begitu juga apabila kita kehilangan barang yang kita sayang, apabila ianya hilang dari pandangan kita tanpa kita pinta ia merupakan satu hentaman yang hebat untuk kita. Apa yang kita lakukan? marah, bengang, dan pelbagai sifat negatif terus muncul di benak fikiran dan di persembahkan dalam bentuk perbuatan yang buruk kadangkalanya.

Kita lupa apa yang telah diajari kepada kita oleh qudduwah kita Nabi Muhammad S.A.W..Apa yang nabi ajar, merupakan apa yang Allah mahukan hambanya lakukan..Allah mahu hambanya menjadi seorang yang pintar, tidak gelabah dan tidak mewarisi sifat-sifat musuh kita iaitu syaitan laknatullah..Lihat apa yang nabi kita ajarkan :

Daripada Anas bin Malik R.A..telah berkata : Suatu ketika Nabi Muhammad lalu di perkuburan dan nabi lihat seorang wanita tengah menagis di kubur, lalu nabi pun bersabda : Bertakwalah kepada Allah dan bersabar. Perempuan yang mendengar suara nabi tanpa menoleh berkata, pergi kau dari sini, musibah ini berlaku kepadaku bukan engkau. Sesungguhnya kau tidak mengetahuinya. Lalu nabi pon berlalu, dan aku berkata kepada perempuan tersebut yang menasihatinya adalah Rasul Allah. Lalu bergegas perempuan itu mencari nabi S.A.W. Apabila beliau menemuinya nabi seraya berkata, aku memohon maaf wahai rasulullah, sesungguhnya aku tidak mengetahui bahawa tadi adalah engkau. Berkata nabi S.A.W : Sesungghnya sabar adalah pada hentaman yang pertama. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Lihat, nabi tidak menyatakan bahawa apabila kau ditimpa musibah hendaklahkau meratap, menangis, marah-marah tetapi nabi berkata bertakwalah kepada Allah dan bersabar. Sesungguhnya takwa dan sabar itu dinampak pada zahirnya, tapi hikmahnya amatlah besar di sisi tuhannya.

Nabi juga mengajar kita untuk berdoa kepada Allah apabila ditimpa sesuatu musibah. Seperti yang diriwayatkan di dalam Sahih muslim : Apabila kamu ditimpa sesuatu musibah hendaklah kamu berdoa : إنا الله وإن اليه راجعون..اللهم أجرني في مصيبتي وأخلفلي خيرا منها...
Maksudnya : Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadanya kami akan kembali ( di hari kiamat ). Ya ALLAH, berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik dari musibahku ( Riwayat Muslim)


Doa ini diajar oleh nabi dan telah dipraktikan oleh Ummu Salamah apabila telah kehilangan suami tercinta. Dan doanya dimakbulkan oleh Allah lalu menggantikan suaminya dengan Nabi Muhammad S.A.W sebagai suaminya..Sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya..Moga kita sentiasa ikhlas dalam sesuatu amalan..

Sabar yang sebenar-sebenarnya adalah apabila sesuatu malapetaka yang menimpa kepada kita lalu sabar kita teruji namun kita dapat mengatasinya. Itulah kesabaran yang sebenar-benarnya..
 Melalui hadith dapatlah kita ambil beberapa pengajaran antaranya :

1) ketinggian dan kemulian sifat nabi, apabila diherdik oleh wanita tadi, nabi tidak melenting bahkan nabi terus menasihatinya. itulah sifatnya yang seharusnya di miliki dan diwarisi oleh kita sebagai umat nabi..Mencontohinya.
2) manusia harus tahu, semua musibah itulah adalah dari pencipta kita, tujuan untuk menilai sejauh mana pengabdian kita kepadanya. Seharusnya kita dapat menanganinya dengan baik dan bijaksana.
3) Dan larangan menagis di kubur adalah larangan yang tegas. Seharusnya, bertakwa kepada Allah dan bersabar dalah jalan atau metod yang patut di buat oleh setiap yang bernama Muslim..

Semoga beroleh manfaat..
Assalamualaikum pembuka bicara.

Hari demi hari manusia lupa dengan asal usul mereka..Kaya bertambah kaya, miskin terus papa kedana..Manusia lupa penciptanya, manusia mana datang rezekinya, manusia lupa dari mana datangnya pangkatnya..Mari sama-sama kita hayati video yang bermanfaat ini semoga menambah isi rohani kita...



Sekian..
Update...

Salam semua..

Selesai sudah segala peperiksaan untuk semester II (semester I,aku).. Kini menjalani percutian selama lebih kurang 5 bulan bermula mei hingga september..Cuti semester yang lama di universiti, lebih lama daripada cuti di Morocco dulukala.. Kalau di Morocco, cuti musim panas sementara menanti semester baru, aku sudah merancang untuk melancong ke negara-negara yang belum ku jejaki. Seperti di tahun pertama, aku melancong di utara dan selatan tanah Morocco. Kemudian tahun dua, aku berganjak ke negara Mesir, Jordan, dan Syiria. Manakala di tahun 3, cutiku habis di beberapa buah negara eropah seperti Sepanyol, Portugal, Perancis, United Kingdom dan alhamdulilah menunaikan umrah di Mekah dan menziarah Madinah..Boleh kata terisi cuti-cutiku di perantauan dengan mengembara melihat bumi tuhan yang luas lagi indah..

Bagaimana pula dengan situasinya di Malaysia, setelah hampir 3 bulan menuntut ilmu di UKM, cuti menjengah..Alhamdulilah dipermulaan cutiku, telah terisi dengan menghadiri seminar kewangan islam peringkat kebangsaan yang di anjurkan di Kolej Islam Kelantan dengan kerjasama Bank Muamalat di Kelantan Trade Center, Kelantan darul Naim..Program berlangsung selama satu hari memberikan manfaat dan impak yang positif kepada pihak penganjur dan peserta. Program yang dirasmikan oleh Tuan Guru Datuk Bentara Nik Aziz Nik Mat sememangnya mencapai target. Antara penyampai adalah Dr Parisima Farrokh Khan dari Iran, Prof Dr Abdul Ghafar Ismail dari UKM, Dato' Husam Musa, Dr Zaharuddin dari UIAM dan beberapa orang  lagi. Mereka telah membentang kertas kerja dengan jayanya dan telah memberikan pencerahan yang baik untuk semua hadirin.

Terima kasih kami ucapakan kepada tuan rumah Mama Abe Lie kerana sudi menumpangkan kami (Faizee, Tajuddin, Khairuddin) bermalam di wakaf Che Yeh. Terima kasih abe lie sebab sudi bawak kami jalan-jalan pusing bandar KB.(Dah lama betul xpergi). Reunion kecilan juga berlangsung di rumah mama abe lie dengan kehadiran Pengurus besar emas Kelantan, Us Shakir, Koperal Nasri, dan Us Muhaimin Che Mod..

Setelah dua hari malam di Kelantan, kami bertolak ke Terengganu. Percutian dan penambahan ilmu di Terengganu dengan melihat binaan masjid di Taman Tamadun Islam.Pujian diberikan kepada kerajaan negeri Terengganu kerna berusaha untuk memperlihat dan mempertontonkan bentuk masjid-masjid yang indah di seluruh dunia. Keciwa kerana masjid Aqsa tiada dan masjid hassan II, Casablanca juga tiada.Cuma, sedikit kecewa apabila melihat binaan tadi tidak dijaga dengan baik.. Moga pihak pengurusan dapat melihatnya kerana ia menjadi contoh kepada pelancong-pelancong asing.

Setelah dua hari di Terengganu, pulang ke Pahang dan berehat. Kini pulang ke rumah sewa yang dirindui untuk melihat apakah lagi program-program yang dilihat dapat memberikan faedah di musim cuti yang panjang ini. Insya Allah esok mahu menghadiri dialog bersama Prof Dr Sheikh Wahbah Zuhaily di UKM. Moga diri kita terhindar dari golongan orang yang mensia-siakan nikmat sihat dan nikmat waktu lapang. Seperti yang disebut dalam  hadis sahih " Dua Nikmat yang dizalimi/disiakan oleh ramai manusia iaitu nikmat sihat dan nikmat kelapangan"..

+Sri Ros, Kajang.
* Gambar xdapat diangkat kerna memory camera corrupted :((


في صحيح مسلم ( 641 ) : عَنْ أَبِي مُوسَى  قَالَ :  كُنْتُ أَنَا وَأَصْحَابِي الَّذِينَ قَدِمُوا مَعِي فِي السَّفِينَةِ ، نُزُولًا فِي بَقِيعِ بُطْحَانَ ، وَرَسُولُ اللَّهِ  بِالْمَدِينَةِ ، فَكَانَ يَتَنَاوَبُ رَسُولَ اللَّهِ عِنْدَ صَلَاةِ الْعِشَاءِ كُلَّ لَيْلَةٍ نَفَرٌ مِنْهُمْ ، قَالَ أَبُو مُوسَى : فَوَافَقْنَا رَسُولَ اللَّهِ  أَنَا وَأَصْحَابِي وَلَهُ بَعْضُ الشُّغْلِ فِي أَمْرِهِ ، حَتَّى أَعْتَمَ بِالصَّلَاةِ حَتَّى ابْهَارَّ اللَّيْلُ ، ثُمَّ خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ  فَصَلَّى بِهِمْ ، فَلَمَّا قَضَى صَلَاتَهُ ، قَالَ لِمَنْ حَضَرَهُ : عَلَى رِسْلِكُمْ أُعْلِمُكُمْ ...  الحديث .

قال النووي رحمه الله : " فيه جواز الحديث بعد صلاة العشاء ، إذا كان في خير ، وإنما نهى عن الكلام في غير الخير " . 

قال الإمام أبو القاسم الطبراني " المعجم الكبير " ( 11161 ) : حدثنا المعمري ، ثنا طاهر بن أبي أحمد الزبيري ، ثنا أبي ، ثنا أبو سعيد بن عود المكي ، عن مجاهد ، عن ابن عباس ، قال :
 نهى النبي  عن النوم قبل العشاء ، وعن الحديث بعدها  .

الحديث صححه الألباني رحمه الله " صحيح الجامع " ( 6915 ) .

وفي الإستذكار :
( وروى أبو برزة الأسلمي ، عن النبي صلى الله عليه وسلم : أنه نهى عن النوم قبل صلاة العشاء ، وعن الحديث بعدها " .
وكره صلى الله عليه وسلم : السمر إلا لمصلي أو مسافر .
وكان عمر بن الخطاب : يُشدد في ذلك .
وقال مجاهد : لا يجوز السمر بعد العشاء ، إلا لمصلي أو مسافر أو مذاكر بعلم



المصدر : http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=34362