Update...

Salam semua..

Selesai sudah segala peperiksaan untuk semester II (semester I,aku).. Kini menjalani percutian selama lebih kurang 5 bulan bermula mei hingga september..Cuti semester yang lama di universiti, lebih lama daripada cuti di Morocco dulukala.. Kalau di Morocco, cuti musim panas sementara menanti semester baru, aku sudah merancang untuk melancong ke negara-negara yang belum ku jejaki. Seperti di tahun pertama, aku melancong di utara dan selatan tanah Morocco. Kemudian tahun dua, aku berganjak ke negara Mesir, Jordan, dan Syiria. Manakala di tahun 3, cutiku habis di beberapa buah negara eropah seperti Sepanyol, Portugal, Perancis, United Kingdom dan alhamdulilah menunaikan umrah di Mekah dan menziarah Madinah..Boleh kata terisi cuti-cutiku di perantauan dengan mengembara melihat bumi tuhan yang luas lagi indah..

Bagaimana pula dengan situasinya di Malaysia, setelah hampir 3 bulan menuntut ilmu di UKM, cuti menjengah..Alhamdulilah dipermulaan cutiku, telah terisi dengan menghadiri seminar kewangan islam peringkat kebangsaan yang di anjurkan di Kolej Islam Kelantan dengan kerjasama Bank Muamalat di Kelantan Trade Center, Kelantan darul Naim..Program berlangsung selama satu hari memberikan manfaat dan impak yang positif kepada pihak penganjur dan peserta. Program yang dirasmikan oleh Tuan Guru Datuk Bentara Nik Aziz Nik Mat sememangnya mencapai target. Antara penyampai adalah Dr Parisima Farrokh Khan dari Iran, Prof Dr Abdul Ghafar Ismail dari UKM, Dato' Husam Musa, Dr Zaharuddin dari UIAM dan beberapa orang  lagi. Mereka telah membentang kertas kerja dengan jayanya dan telah memberikan pencerahan yang baik untuk semua hadirin.

Terima kasih kami ucapakan kepada tuan rumah Mama Abe Lie kerana sudi menumpangkan kami (Faizee, Tajuddin, Khairuddin) bermalam di wakaf Che Yeh. Terima kasih abe lie sebab sudi bawak kami jalan-jalan pusing bandar KB.(Dah lama betul xpergi). Reunion kecilan juga berlangsung di rumah mama abe lie dengan kehadiran Pengurus besar emas Kelantan, Us Shakir, Koperal Nasri, dan Us Muhaimin Che Mod..

Setelah dua hari malam di Kelantan, kami bertolak ke Terengganu. Percutian dan penambahan ilmu di Terengganu dengan melihat binaan masjid di Taman Tamadun Islam.Pujian diberikan kepada kerajaan negeri Terengganu kerna berusaha untuk memperlihat dan mempertontonkan bentuk masjid-masjid yang indah di seluruh dunia. Keciwa kerana masjid Aqsa tiada dan masjid hassan II, Casablanca juga tiada.Cuma, sedikit kecewa apabila melihat binaan tadi tidak dijaga dengan baik.. Moga pihak pengurusan dapat melihatnya kerana ia menjadi contoh kepada pelancong-pelancong asing.

Setelah dua hari di Terengganu, pulang ke Pahang dan berehat. Kini pulang ke rumah sewa yang dirindui untuk melihat apakah lagi program-program yang dilihat dapat memberikan faedah di musim cuti yang panjang ini. Insya Allah esok mahu menghadiri dialog bersama Prof Dr Sheikh Wahbah Zuhaily di UKM. Moga diri kita terhindar dari golongan orang yang mensia-siakan nikmat sihat dan nikmat waktu lapang. Seperti yang disebut dalam  hadis sahih " Dua Nikmat yang dizalimi/disiakan oleh ramai manusia iaitu nikmat sihat dan nikmat kelapangan"..

+Sri Ros, Kajang.
* Gambar xdapat diangkat kerna memory camera corrupted :((


Comments (0)