لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب 
من طيبة قبل المغيب 
طالباً قرب الحبيب

في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين
__________________
Ya..apakah yang anda akan anda katakan jika nabi muhammad ada bersama kita sekarang ni?
Adakah berani untuk kita melakukan perkara-perkara yang sememangnya bertenttangan dengan ajaran syariat nabi?

Silsilah atau drama ini bagi aku sangat memberi kesan kepada penonton. Menyingkap kembali perkara-perkara yang besar serta yang remeh temeh yang dilakukan oleh kita yang telah ditinggalkan oleh junjungan besar nabi kita ini.

Sesungguhnya nabi itu diturunkan untuk menyempurnakan akhlak! Justeru kita sepatutnya dan sememangnya perlu menjadikan kekasih kita ini sebagai role model yang dapat memandu kita di dalam dunia yang sudah penuh dengan fitnah-fitnah yang pelbagai.

Marilah sama-sama kita muhasabah diri kerna amalan ini merupakan amalan salafusoleh bagi menilai kembali amalan dan cuba berusaha untuk mengUpgrade setiap amalan yang kita lakukan.

*Lagu boleh di cari laman youtube.Sekian.




Assalamualaikum..Selamat Hari Kemerdekaan!(Negara kita pernah kene jajah ker?) huhu.Selamat Hari Malaysia ke 48. Sayang tanah airku. Moga-moga pemimpin yang menerajui negara ini sentiasa berada di landasan yang diredhai oleh Allah.

Okehlah..Tajuk post kali ini sembang-sembang petang. Hari ini dah seminggu aku memulakan semula sesi perkuliahan yang telah berhenti rehat selama lebih kurang 4 bulan kerana pengaturan jadual bagi semua universiti satu Malaysia. Muka-muka baru kelihatan di sekitar kampus. Aku telah telah memasuki semester 2. Makna kata tinggal lagi 2 semester untuk menghabiskan sarjanaku ini. Moga dipermudahkan segala urusan.

Alhamdulilah, semester kali ini ada 5 hari rehat. 2 hari perkuliahan. Isnin kuliahku sangatlah pack dari 8 pagi sehingga 5 petang. Kemudian kuliah pada hari khamis dari 8pagi hingga 2 petang. Sebab tu lah dapat cuti extra 5 hari terus..huhu.

Semester ini subjek-subjek yang didaftarkan adalah Fiqh Muamalat, Fiqh Semasa, Falsafah Perundangan Islam dan Maktabah Hadis. Semoga subjek-subjek yang di ambil akan membantu dalam perjuangan untuk meneggakkan syiar agama dan sama-sama membantuk masyarakat kita di Malaysia.Cewah!.Amin2..huhu

Semester ini juga aku diwajibkan untuk menghantar proposal tesis. Insya Allah, tajuk yang dipilih di dalam undang-undang berkaitan keluarga dan jenayah sihir. Sahabat-sahabat pohon doanya..Moga kita sama-sama sukses dalam menempa cita-cita yang diimpikan..

Oklah..itu sahajalah sembang-sembang petang yang dingin ini. Slamah.


Salam.
Selamat Kembali Ke kampus

Selamat Maju Jaya

Selamat hari Lebaran
Maaf Zahir dan Batin
Taqaballah minna waminkom

Drp : Admin eeziaf.blogspot.com