Assalamualaikum..Selamat Hari Kemerdekaan!(Negara kita pernah kene jajah ker?) huhu.Selamat Hari Malaysia ke 48. Sayang tanah airku. Moga-moga pemimpin yang menerajui negara ini sentiasa berada di landasan yang diredhai oleh Allah.

Okehlah..Tajuk post kali ini sembang-sembang petang. Hari ini dah seminggu aku memulakan semula sesi perkuliahan yang telah berhenti rehat selama lebih kurang 4 bulan kerana pengaturan jadual bagi semua universiti satu Malaysia. Muka-muka baru kelihatan di sekitar kampus. Aku telah telah memasuki semester 2. Makna kata tinggal lagi 2 semester untuk menghabiskan sarjanaku ini. Moga dipermudahkan segala urusan.

Alhamdulilah, semester kali ini ada 5 hari rehat. 2 hari perkuliahan. Isnin kuliahku sangatlah pack dari 8 pagi sehingga 5 petang. Kemudian kuliah pada hari khamis dari 8pagi hingga 2 petang. Sebab tu lah dapat cuti extra 5 hari terus..huhu.

Semester ini subjek-subjek yang didaftarkan adalah Fiqh Muamalat, Fiqh Semasa, Falsafah Perundangan Islam dan Maktabah Hadis. Semoga subjek-subjek yang di ambil akan membantu dalam perjuangan untuk meneggakkan syiar agama dan sama-sama membantuk masyarakat kita di Malaysia.Cewah!.Amin2..huhu

Semester ini juga aku diwajibkan untuk menghantar proposal tesis. Insya Allah, tajuk yang dipilih di dalam undang-undang berkaitan keluarga dan jenayah sihir. Sahabat-sahabat pohon doanya..Moga kita sama-sama sukses dalam menempa cita-cita yang diimpikan..

Oklah..itu sahajalah sembang-sembang petang yang dingin ini. Slamah.

Comments (0)