Assalamualaikum..

Bahang pilihanraya sudah tamat. Keputusan PRU13 sudah diketahui. BN masih lagi menguasai kerajaan Malaysia dengan keputusan majoriti. PR menunjukkan keputusan penguasaan yang semakin meningkat daripada 5 tahun yang lepas. Mengikut statistik, jumlah keluar mengundi juga semakin bertambah. Walauapapun yang berlaku, sesiapa pun yang memerintah ingatlah bahawa kepimpinan itu bukanlah satu penghormatan sebenarnya tetapi ia adalah satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh setiap yang memerintah..Teringat akan kata-kata ulama :
القيادة تكليفالا تشريفا
"Kepimpinan itu adalah tanggungjawab bukanlah satu penghormatan"

Berpeganglah kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari :"Setiap kamu adalah pimpinan, dan setiap kepimpinan itu akan disoal oleh Allah"

Amat besarlah tanggungjawab itu, jadilah seperti Umar Bin Abd Aziz yang kepimpinannya menjadi tauladan setiap generasi. Kepimpinan yang diwarisi oleh kepimpinan Nabi Muhammad dan para Khualafa' al-Rasyidin. Rakyat memilih bukan kerana kacak atau cantiknya anda, tetapi rakyat memilih untuk anda realisasikan keadilan bagi rakyat, tunaikan hak rakyat. Ingatlah susahnya kelak persoalan yang bakal di tanya oleh Yang Maha Esa. Koropsi, Kroni,Rasuah dan sebagainya.

Tahniah kepada yang menang.. Kita tunggu yang ke-14..

"Bersama mengejar Kebaikan."
Abu Nawal@Felda Lepar Hilir 3,Pahang

Comments (0)