Alhamdulilah..Pujian dipanjat kepada ilahi di atas segala nikmat yang diberikan..Aku mendapat dua khabar gembira..Satunya adalah keputusan peperiksaan Sarjana telah diiklankan..Aku berjaya memasukkan namaku di dalam senarai dekan..Syukur..Khabar gembira yang kedua adalah sepupuku telah mendapat kelahiran pertama iaitu seorang bayi perempuan.. Di sini aku bergembira dengannya dan ingin aku kongsikan kepada pembaca-pembaca sunah-sunah yang dituntut oleh Nabi kita ketika menyambut kelahiran.Walaupun ianya sudah maklum semoga ia menjadi peringatan kepada kita kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin.
Antara perkara-perkara sunah yang dilakukan :
Memuji Allah dan mendoakan kepada empunya bayi dengan doa yang diajar oleh nabi..
Antara perkara-perkara sunah yang dilakukan :
Memuji Allah dan mendoakan kepada empunya bayi dengan doa yang diajar oleh nabi..
بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي المَوْهُوْبِ لَك
وَشَكَرْتَ الْوَاهِب
وبلغ أشده
ورزقت بره
"Semoga Allah memberkati anak yang diberikan kepada Mu. Hendaklah engkau bersyukur kepada ALLAH yang maha memberi. Dan semoga dapat mencapai dewasa sehingga engkau dikurniakan kebaikan" ( Tuhfatul Maulud Ibn Qayyim)
Orang yang diberi ucapan hendaklah membalas dengan ucapan :
بارك الله لم وبارك عليك
وجزاك الله خيرا
ورزقك الله مثله
وأجزل ثوابك
" Semoga Allah juga memberkatimu dan melimpahkan keberkatan untukmu. Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan, dan mengurniakan seperti yang dia kurniakan kepadaku. Dan semoga dia melipat gandakan pahalamu" (Sahih al-adzkar oleh Salim al-Hilali)
Nabi mendoakan untuk memohon perlindungan bagi al-Hasan dan al-Husin.Justeru kita disunahkan untuk berdoa :
إُعيذكما بكلمات الله التامة، من كل شيطان وهامة، ومن كل عين لامه
" Aku melindungi kalian berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari setiap syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat" (al-bukhari)
1) Azan di telinga.
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi : Nabi S.A.W mengazankan pada telinga kanan al-Hasan dan mengiqamah di telinga kiri al-Hasan. Hadis ini disahihkan oleh Ibn Qayyim..
Walaupun ia telah didaifkan oleh albani namun kita boleh lagi untuk azan..dan jika tidak mahu azan tidak menjadi masalah Kita boleh mengucapkan lailahaillah.
Antara hikmah kita azan adalah menjauhkan daripada syaitan. Hal ini kerana ia adalah seruan rasmi orang islam..Justeru apabila kita mendahului daripada tiupan syaitan mudah-mudahan ia akan mengalih daripada mengikut jejak langkah syaitan.
2) Tahnik
Tahnik ialah mengambil sedikit kurma dan dimasukkan kedalam mulut bayi dan digerak ke kanan dan kiri..Lebih afdal dilakukan oleh orang-orang soleh.
Tahnik ialah mengambil sedikit kurma dan dimasukkan kedalam mulut bayi dan digerak ke kanan dan kiri..Lebih afdal dilakukan oleh orang-orang soleh.
.Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari : daripada Abu Musa : telah dikurniakan kepada seorang anak lelaki, maka aku menemui nabi, dan baginda menamakannya sebagai ibrahim, dan nabi mentahniknya dengan tamar, di tambah di dalam bukhari : lalu didoakannya dengan keberkatan kemudian nabi menyerahkan kembali bayi tersebut kepada abu musa.
Hikmah tahnik adalah untuk menguatkan lagi bayi tersebut untuk menghisap susu ibunya.
3) Setiap bayi yang dilahirkan itu tergadai dengan akikahnya disembelih baginya pada hari ketujuh, diberi nama, dan botakkan kepalanya..(Hadis riwayat ahli sunan, tirmizi : hadis hasan sahih)
Daripada Aisyah , nabi telah bersabda : Bagi lelaki dua ekor kambing, bagi perempuan seekor.(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tirmizi)
Di dalam hadis ini jelas menyatakan bahawa akikah untuk anak adalah kambing.Maka tidak boleh diakikahkan dengan binatang selain kambing. Jika kewangan tidak mencukupi boleh dilakukan pada waktu lain kerana hari ke tujuh adalah anjuran daripada nabi muhammad s.a.w..Tujuan akikah adalah untuk iklan kepada awam bahawa ia adalah anak keturunan kita.
Kemudiannya, nabi menyuruh kita untuk memberikan nama yang baik-baik kepada anak kita..Kerana nama yang baik itu menjadi lambang peribadi seseorang ..Nama yang diberi mestilah mempunyai maksud yang elok.
Kemudian dicukur kepada bayi tersebut.Dicukur disini hendaklah dipahami bahawa cukur kesemua rambut diatas kepala bayi..Nabi melarang kita untuk melakukan QAZA' iaitu mencukur separuh sahaja daripada kepala.Rambut yang dicukur dibersihkan dan ditimbang dengan kiraan perak kemudiannya di sedekahkan kepada fakir miskin.
Demikian anjuran-anjuran yang disuruh oleh nabi kita muhammad S.A.W ketika memperoleh bayi..Anak kita hendaklah dididik dengan didikan agama yang kukuh dan sempurna supaya kelak akan berguna kepada keluarga dan masyarakat..
![]() |
Baby Kak Farhah (pinjam gambar) |
Sumber : Hisnu Muslim oleh Qahtani
+ Tuhfatul maudud fi ahkam maulud oleh Ibn Qayyim
+ Tuhfatul maudud fi ahkam maulud oleh Ibn Qayyim
Sekian..
Kajang
7:21 PM |
Category:
perkongsian
|
2
kritikan