Daripada Ibn Mas'ud : Sesungguhnya kamu akan mendapati kalam nabi yang pertama : kalau kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu suka..( Hadis riwayat imam bukhari)

Malu merupakan lambang perhiasan manusia..Ia adalah mahkota manusia tanpa sebarang percanggahan sekalipun..Ia juga merupakan dalil atau bukti yang menjadi penahan nafsu tuan punya badan dan menjadi penyuci  kepada roh badannya..Tambahan pula, malu itu merupakan satu ciptaan yang menjadi lambang kebangaan dan kemulian seseorang mukmin. Ia juga adalah merupakan cabang daripada cabang-cabang iman yang akan memimpin diri tuanya ke syurga Allah..
Sabda baginda nabi s.a.w : Malu itu sebahagian daripada iman, dan iman itu akan membawa ke syurga.( Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Tidak syak lagi bahawa iman itu adalah antara pembantu kepada taqwa.. Kerana ianya akan memimpin tuannya untuk membuat perkara yang elok dan cantik di pandang. Ia akan menjadi pelindung daripada melakukan melakukan perkara-perkara yang jahat dan munkar. Bagaiman untuk melahirkan rasa malu ini ialah melahirkan atau menunjukkan hambanya dengan sentiasa mendekatkan diri kepada penciptanya..Tidak lupa untuk mengajak orang lain untuk sama-sama dekatkan diri kepadanya..Ia secara tidak langsung akan sentiasa menjadi peringatan kepada tuannya untuk meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Allah kepadanya..Oleh sebab itu, ikatan antara malu dengan iman sentiasa datang di dalam bahagian lain di dalam nas-nas syarak.



Seperti yang kita ketahui bahawa nabi s.a.w adalah orang yang paling malu..Seperti yang diriwayatkan daripada ibn mas'ud bahawasanya : Rasulullah adalah merupakan orang yang paling malu lebih malu daripada seorang anak gadis apabila menemuinya.. Begitulah kebangkita para nabi di dalam kehidupannya. Maka tidak peliklah apabila dikatakan malu adalah wasiat yang terkenal dan merupakan perkataan atau tinggalan nabi, yang mana merupakan tinggalan juga para nabi sebelumnya kepada umat mereka.

Malu ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Antaranya malu daripada melakukan jenayah..Malu daripada melakukan jenayah walaupun ianya kecil. Ia adalah merupakan titik tolak menunjukkan dekatnya diri seseorang itu kepada penciptanya. Ini adalah merupakan pengecualian nabi-nabi ketika mereka menyatakan mereka telah melakukan kesalahan walaupun tuhan telah mengampunkan mereka.
Antara kata-kata imam Hambal yang sering kita dengar : Apabila tuhan berkata kepada diriku, tidakkah engkau malu apabila engkau telah membuat maksiat kepadaku? dan engkau telah menyembunyi dosa kau di dalam dirikau,dan maksiat datang kepadaku, maka apa kata-kataku kepada kepadanya apabila ia sentiasa mengikutku dan memotongku..?

Antara bentuk malu yang lain adalah malu yang lahir daripada mengenal seseorang hamba itu kepada tuhannya..dan mengetahui dan mengenal sifat-sifat kesempurnaanya..Malu ini akan menjadi pelindung kepadanya diketika  diperhatikan oleh ALLAH yang berterusan. Hal ini kerana syiar adalah kata : Janganlah melihat pada dosa yang kecil tapi lihatlah besarnya maksiat yang kamu telah lakukan..

Mungkin juga kita boleh menambah bentuk malu yang ketika iaitu malu seorang wanita.Ini adalah sesuatu sifat semula jadi yang dicipta kepada seorang yang bernama wanita.Seperti apa yang diriwayatkan daripada Aisyah : Aku dulunya masuk ke makam nabi muhammad dan ayahku abu bakar tanpa memakai hijab, kerana ia adalah suamiku dan ayahku. dan apabila umar dikebumikan bersama mereka wallahi aku tidak masuk ke makam tersebut kecuali aku menuntup auratku kerana malu dengan umar.

Begitulah sikapnya sesorang mukmin apabila telah ditanam dan dibaja malu didalam hati ia akan malu dengan Allah dan manusia disekelilingnya.. Baginda nabi s.a.w telah ditanam dengan perasaan malu yang melambangkan suluk peribadi mulia baginda. Insan perlu untuk melatih diri mereka untuk membentuk akhlak yang terpuji ini.
Daripada Ibn Mas'ud : Rasulullah s.a.w telah bersabda : Malu dengan Allah adalah malu yang sebenar-benarnya.Kami berkata, kami malu dengan Allah, Alhamdulilah. Berkata nabi : Bukan begitu tetapi malu yang sebenar adalah kamu menjaga diri kamu daripada sebarang kecederaan, menjaga batin kamu daripada hawa nafsu, sentiasa mengingati mati dan musibah, siapa yang inginkan akhirat tinggalkan segala perhiasan dunia, sesiapa yang melakukan sedemikian maka ia adalah sebaik-sebaik malu disisi tuhannya.(Riwayat Tirmizi)

Inilah gambaran akhlak nabi yang terpuji, moga ia dapat menjadi satu ingatan dan panduan kepada kita semua dalam usaha mengajak kepada kebaikan dan membenci kemungkaran..

Sekian..

+Kajang

Comments (0)