Assalamualaikum..Jari jemari kembali semangat untuk menulis..

Tajuk cerita Genap setahun..Apakah yang dimaksudkan? Kahwin? Belum lagi, masih menanti saat-saat indah itu..hehe..Sudah setahun aku meninggalkan bumi Morocco.. Ya, itu adalah tajuk cerita aku untuk tika ini..Pejam celik masa berlalu begitu pantas. Aku kini masih lagi menggangur (status diri sebagai pelajar lagi beb!)..

Tanggal 25/05/2010 airport Marakesh menyaksikan perginya dua lagi pelajar Malaysia yang pernah menuntut di bumi penuh sejarah ini..huhu..Selama 4 tahun di sana, banyak pengalaman yang aku gali dan gunapakai untuk aku berdiri sebagai seorang insan ciptaan tuhan.Bermula pada oktober 2006, aku bersama 8 orang lagi pelajar tajaan yayasan pahang bergerak meninggalkan tanah air bersama pengiring Us Khairul Anwar menuju ke salah satu destinasi impian demi mencapai segulung ijazah untuk dikongsi bersama masyarakat Malaysia kelak..

Terima kasih pihak kedutaan dan persatuan mahasiswa malaysia morocco yang bertungkus lumus untuk menjaga kami selama mana kami di sana. Daripada seorang yang buta arab sudah menjadi seorang yang mampu untuk bertutur bahasa keempat dunia ini..Daripada seorang yang tidak berdisiplin dan mempunyai prinsip insya Allah kedua-duanya telah disemai di dalam diri. Berkat doa kedua ibubapa serta usaha yang datang dari pelbagai pihak mampu untuk mendorong membentuk sahsiah peribadi yang baik..

Teringat perjalanan sebelum sampai ke bumi beraja ini, segala urusan ku lihat begitu sukar untuk dicapai.. Urusan untuk mendaftar pon susah sudah terbayang susahnya menuntut ilmu di sana..Masih teringat cerita pelajar dari beberapa negeri yang tidak dapat untuk meneruskan pengajian di sana.. Kambing sudah ditumbang, kenduri sudah di buat, tajaan sudah di minta..Namun, ketentuan Allah itu adalah sebaik-sebaik ketentuan.

Ditempatkan di sebuah wilayah yang kecil di persisiran pantai, ketenangan, dan kesejukan bukanlah sesuatu yang indah. Dengan otak yang kosong hanya berbekalkan ilmu yang dipelajari selama 3 bulan di Malaysia sebagai persedian terus menjengah pintu Universiti. Kejutan bagi aku, dan kejutan juga bagi para pensyarah kerana pertama kali setelah berpuluh tahun tidak menerima warga asing dari timur bumi menuntut di situ..Keputusan peperiksaan keluar, sedih kerana terpaksa membawa beberapa sabjek ke tahun berikutnya. Apa yang penting pesan seniorku adalah usaha dan rajin serta tawakal..Alhamdulilah berkat doa dapat jua digengam ijazah di tingkap pejabat universiti :D

Raja Morocco dengan Suit Rasmi
Pembentukan sahsiah.. Pihak persatuan bersama kerjasama pihak keduataan adalah peranan utama dalam hal-hal ini. Pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan saban tahun jelas mengajar erti sebagai seorang insan di bumi orang. Sifat keterbukaan tidak sampai hanyut dididik bagi memacu sahsiah pada masa hadapan. Kerana setiap daripada kita adalah pemimpin, maka setiap daripada kita akan dipersoalkan dengan apa yang dipimpinkan..

Pemimpin rakyat Morocco. King 5
Terima kasih kepada semua yang banyak membantu dalam kejayaan ini.. Di doakan agar semuanya beroleh kejayaan di dunia dan akhirat..
+sambungan mengenai tempat-tempat menarik di Morocco kelak..

Antara lambang kemegahan mereka

Comments (0)