Assalamualaikum dan bertemu kembali..
wa, macam rancangan Tv pulak..Tiada bakat dalam diri aku nak jadi pengacara..huhu..
Aku kembali gembira..Sebabnya? sebab aku dah dapat kembali netbookku..Macam nyawa dah netbook ni..Ditambah dengan dunia yang serba urban ini, manusia memang tidak boleh lari daripada teknologi..Tidak terlepas untuk diriku.Aku amat menyukai teknologi..Gadjet-gadjet..Huuh..memang penasaranlah orang kata..
Ok..Today i would like to share to all of you one of interesting topic i thing which is " Beza Syahid Dunia dan Akhirat"Wah, speaking pulak den..Aiwwah, tajuk ini ku petik dari sebuah majalah dan ingin ku kongsikan dengan sesiapa yang berminat untuk membacanya..
Ulama berbeza pendapat dalam memberi pengertian syahid. Ada yang mengatakan bawah syahid adalah kerana dia disaksikan/diperlihatkan kepadanya syurga. Dikatakan juga bahawa sebab dinamakan syahid ialah roh-roh mereka menyaksikan syurga dan berada di Dar as-salam(syurga) dan mereka hidup di sisi tuhan mereka. Jadi syahid ( al-syahid ) beerti saksi dan juga hadir ( berada ) di dalam syurga. Imam al-qurtubi berkata, " Inilah pendapat yang benar."
Antara pengertian syahid yang lebih tepat menurut Abu Ibrahim al-Mishri ialah, "kerana dia memiliki saksi (syahid) atas kematiannya. Saksi itu ialah darahnya sendri kerana pada hari kiamat nanti ia akan dibangkitkan oleh ALLAH dengan lukanya yang mengalirkan darah."
Syahid terbahagi kepada tiga iaitu 1) syahid dunia akhirat 2) syahid dunia 3) syahid akhirat.
Syahid dunia akhirat
Ialah orang yang terbunuh semasa berperang di jalan Allah dengan ikhlas dan tidak memiliki unsur-unsur riyak dan tidak juga berbuat ghulul ( khianat seperti mencuri harta rampasan perang ). Ia merupakan syahid yang sempurna dan paling utama. Baginya pahala yang agung di sisi Allah taala.
Soal niat ikhlas ataupun tidak hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Manusia hanya menghukum secara zahir bahawa die mati terbunuh di jalan Allah, maka dia layak untuk sebagai syahid, Jenazahnya tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafankan, dan tidak perlu disolatkan, cuma hanya perlu dikuburkan dengan lengkap pakaian yang terbunuh ketika syahid.
Syahid Dunia
Orang yang terbunuh ketika berperang tetapi tidak ikhlas kerna Allah dan bukan kerana menegakkan kalimat Allah. Soal niatnya, manusia selain dirinya tidak ada yang tahu tetapi ketiak jasadnya ditemui terbunuhketika berperang melawan kafir, maka ia dikategorikan sebagai syahid.
Untuk syahid jenis pertama dan kedua, terdapa beberapa pendapat. Menurut pendapat al-ahnaf ( hanafiah ) mereka tidak dimandikan, tidak dikapankan,tetapi disolatkan. Menurut Hanabilah( hanbali ) mereka tidak di mandikan, tidak dikapankan, tidak disolatkan. Menurut pendapat malikiyah ( maliki ) meraka tidak dimandikan,tidak kafankan, tidak disolatkan. Begitu
juga syafiiah
Syahid Akhirat
Orang yang mati kerana lemas, terbakar, sakit taun, sakit perut dan lain-lain. Orang yang termasuk kategori ini dimandikan, dikapankan serta disolatkan.
Diceritakan kepada kami Abdullah bin yusof,diceritakan kepada kami Malik daripada Sumyyin daripada Abu salih daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Syuhada itu ada lima iaitu orang mati terkena deman campak, orang yang mati kerana sakit perut, orang mati tenggelam, orang yang mati tertimpa runtuhan dan yang yang syahid di jalan Allah." ( riwayat al-Bukhari no.2617 )
Mati syahid adalah impin setiap jiwa orang yang beriman. Rasullullah bersabda yang bermaksud : " Sesiapa yang memohon syahadah ( mati dalam keadaan syahid ) dengan sungguh-sungguh, maka sungguh ia akan diberi pahala seperti pahala mati syahid walaupun dia tidak mati syahid." )( riwayat Muslim ni 3531)
Maka..kita bagaimana..Allah Allah Allah
* sumber : Majalah Solusi Isu no 21

![]() |
| Sumber syeikh Google |
* sumber : Majalah Solusi Isu no 21
3:14 PM |
Category:
Ingat Mengingati
|
0
kritikan

Comments (0)