Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini hari sabtu..Hari sabtu hari orang bercuti..Aku juga seperti servant yang di luar sana. Berehat lagi..dan terus berehat..haha..Orang tiada kerja macam ini lah keadaannya..Mengulang kaji pelajaran, ouh ibu..macam lambat je nak bukak kitab..Mood masih tidak muncul seperti zaman-zaman remaja dahulu..cewah..Tapi kalau bukak fesbook, hohoho..tidak perlu pada mood, tiada mood pun mampu untuk menekan keyboard..huhu..Dunia oh dunia..

Topik...?? tiada topik yang khusus yang hendak dibincangkan..Sekadar mengUpdate blog..Menggerakkan selebrum dan serebrum aku untuk berkerja..Kembali kepada tujuan aku menghidupkan blog yang entah kali ke berapa..kali ke 5 la kot seinggat aku berkecimpung di dalam dunia blogging ini adalah untuk berkongsi-kongsi cerita, ilmu, dan kehidupan yang aku lalui sebagai menggarap revolusi di dalam diri ke arah titik positif. ( macam merepek pulak rasa..huhu)

Netbook aku buat hal..Blue screen ..bersabar je la..tak tau la apa salah aku..Baru dua bulan berada di dalam tangan sudah dua kali dia buat hal. Adakah disebabkan free?? aku dapat percuma disebabkan aku mendaftar stremyx package student ke rumah..Selalunye barang percuma ni paham-paham je la kan..Tapi tangan aku masih tidak gatal untuk mengubah suai netbook seperti aku lakukan pada laktop acer aspire 3620 dulu-dulu...So salah aku kew??huhu

Netbookku..amacam? catchy x.huhu

Takpe la, tinggal dulu cerita netbook, aku dah hantar pada foreman untuk kendalikannya. Harap-harapnya boleh diperbaiki. Semalam aku dapat surat panggilan ke temuduga jawatan tetap Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 bidang penghkhususan Agama/Syariah/Dakwah & Kepimpinan. Gaya jawatan memang mencabar dan menarik la.aku dikehendaki untuk menghadiri temuduga pada 20/Dicember/2010 sehari sebelum aku mendaftarkan diri di UKM untuk program Master. Anda rasa macam mana? patutke aku pergi? rasa macam hendak pergi la..Cari pengalamankan..Tapi kalau tidak pergikan kene blacklist ke nama erk?? ada sapa tau tidak? sebab macam jawatan dari SPA8 aku telepon staf dia kalau tidak menghadiri temuduga tiada masalah..Kalo jawatan dari SPP aka suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ni aku tidak tau la pulakkan...Sahabat-sahabat di luar sana ada tidak yang dapat panggilan nih??kalau ada, text-text la aku er..huhu

Ok lah, sebelum aku menutup pena jom kita dengar lagu kalau berpacaran nyanyian penyayi Malaysia yang membawa mesej-mesej yang mendalam.

Aku sertakan juga lirik yang di copy dari internet

[Sohaimi Mior Hassan]
Kalau berpacaran 
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila 
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula 
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang


Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu 
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran 
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita 
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia 
Ucap syahadah

Okeh..Sekian untuk tika ini..Selamat berehat.

Comments (0)